Thursday, December 18, 2014

133 days.

I can tell you that its gonna be less than 5 months.

Insya Allah. 
Only God knows what it feels, inside.

Persediaan? Its only 30% has been done.

Actually its not done, cuma dah book. And I keep on changing the date. Tu pun, benda penting macam catering, pelamin, baju semua belum cari belum book.

1. Baju Nikah? Belum tempah
2. Baju Sanding? Belum Decide
3. Baju Bertandang? Belum Ukur
4. Pelamin? Belum Decide
5. Hantaran? Langsung! Belum beli.
6. Catering? Belum book.
7. Henna? Baru cari tapi mostly dah fully-booked.
8. Makeup? Jangan tanya!
9. Kad Jemputan? Haram jadah nya design pun belum berangan, apatah lagi map.
10. Doorgift? Kasut, Photographer Sanding. Semua pun belum.

Yang sudahnya apa, ain? Nak kahwin ke tidak?

1. Photographer Nikah - MukhrizUdey
2. Videographer Nikah+Sanding - Motion Peektures (PrettyPeektures)
3. Pre Wedding Photo+Deco - RendaPuteh
4. Photobooth - Trendy Favors

So nampak tak benda yang tak penting yang aku setelkan? *tampar diri sendiri*
Actually, tu semua setel sebab nak grab promo. :( Kalau tak aku tak gelabah ciput nak book. Hihihi.

Thanks to the vendor yang very friendly and understanding. Siap mengadu stress lagi uolls! Gila apa aku nih mengadu pada vendor? Nasib baik diorang paham setiap keluh kesah aku.

Sighhh. Stress sebab fikir mana nak petik duit. Banyak gila pakai duit untuk kahwin ni!Dah la takde bonus minggu ni. *nangis*

Lepas tu stress nak plan arrangement bagai. Kejap nikah dengan sanding lain hari. Alih alih tetiba rasa nak buat hari yang sama pulak. Tetiba jadi hari lain-lain balik. Tak tetap pendirian betul aku ni!
Next, stress hal-hal persekitaran. Tiba-tiba pulak sang pelaut punya company kelam kabut haru biru. Seems like he has no news bila baru boleh turun. Ni macam nak kene g Papua pulak, macam mana nak turun for the wedding nanti? How about the preparation? Oh God. Serius. Hati ni, dalam tidur pun susah hati.*nangis)

Actually, my parent tak kisah pun kalau nak buat simple aje, nikah kat masjid. Lepas tu reception buat ala kadar, diorang ok je. Nak nikah sanding hari lain ke, hari sama ke. Pun diorang tak kisah. Up to me macam mana aku nak. Cuma aku je yang gedik. Nak macam tu, nak macam ni. Dalam kepala otak asyik fikir, ‘insya Allah ni la my 1st and last wedding in my entire life’. Then what would you expect? Memang plan nya semua nak ikut nafsu la jadinya! Adehhh.

Lepas ni pulak nak cerita mimpi-mimpi ngeri pasal wedding ni. huihhh. Cuak beb! Kalah mimpi pasal hantu dia punya ngeri.

Okay. Ini aku merepek kerepek dan merapu kelaut sebab stress. Jangan layan. Okbye.

P/s: nak sambung siapkan drawing. hikhikhik

Thursday, August 21, 2014

Sebab SIFUs CCNA dah terjumpa blog ni.

Dalam kelas CCNA training.

21 Aug 2014. 2.42 petang.

Entry khas untuk omegarian.

Guys, you ask for it. you got it.


Mohon tunjuk ajar sifu Fazuli, sifu Lukman, sifu Q, sifu Fazz, sifu Edlin, sifu Kadok/Teddy dan semua sifu sekalian.

Wednesday, June 4, 2014

Review E-Day: Mini Pelamin

Selamat Tengah hari!

ok curi pakai internet ofis laju-laju.
dah nak habis lunch hour ni. nanti nama kena amik dengan IT pastu black list dengan bos.
dah macam budak sekolah je rasa. blerghh.

anyway. review ni dah boleh dikatakan basi. sebulan yang lepas punya cerita.
tapi sebab dah niat nak share jugak kat blog, i have to. persetankan walaupun takde orang baca dah. who knows ada yang tersesat sampai ke blog ni masa cari idea untuk tunang atau nikah?

just like me. sebelum tunang tu, cari review ke sana sini. virtually. jalan ke sana sini dalam blog je.
wiwiwiwiwiwiw.

after all, my pelamin is not from online blog punya review. thank you to Instagram and #hashtag phenomena!
jemput tengok my mini pelamin for my engagement day!kalau berminat, pergi je tengok IG diorang, cakap tau dari ainraus.hahaha.
i just love my minidais! simple but, i just love it. fullstop. that's it.












ha macam mana? tak suka? ala takpelah. taste masing-masing kan? asalkan saya suka. family pun kata cantik. silapnya, saya salah pilih kerusi.
nangis.
kerusi tu tinggi sangat. jadi tak cantik bila saya duduk.
trust me! bukan saya pendek. tapi memang tinggi kerusi tu. so kaki tergantung kalau nak duduk selesa.

aahhhh! tak kisah la. benda dah lepas. lagipun harga dia super berbaloi! mana nak dapat mini pelamin harga bawak RM400 even dah masuk transportation charge?

dont you think it is more than worth it?

ok. pendapat masing-masing kan? hehe.

ok lunch hour dah habis. byee~

Tuesday, June 3, 2014

11 months.

Hi,

Mulanya teringin nak buat entry untuk B2B. Konon survey sama-sama dengan bride-to-be yang lain untuk wedding preparation.
Wah kemain! Padahal I have longgg way to go.
Maafkan lah kepoyo-an saya di situ.

Ok back to the talk, punya la bercita-cita tinggi. Kawen nanti nak pakai dress by rico rinaldi atau nurita harith. But at the end, rasa nak menangis sebab starting price pun rasa dah terduduk. What to do? Saya ni golongan enjineur tak bergaji masyukkkk.
Sedih. *kesat air mata*

Takpelah. Fashion designer lain ada lagi kan? Who knows you can satisfied gila-gila with an affordable price from them?

Tapi. My dream is my first marriage will be my one and only. Takkan nak try and error designer pulak? How laaa? But for one outfit, more than RM4k, I don’t think it’s totally worth it anyway. Kan?

Sigh. Im not in the mood of thinking right now. Too much too think made me feel that im in a Lala-land.

Bye! 

Friday, May 30, 2014

The New Look

Helo.

Happy Friday!

Blog saya dah berubah wajah. Make over by Intan NurulFateha !

Yeayy! semoga lepas ni makin semangat la saya update blog untuk meroyan. Hihihihi.

Actually, dah puas meroyan kat IG. Pastu tetiba dapat mesej daripada si pelaut. Dia punya excited, sampai rasa nak meloncat menari! Nasib baik tak jatuh kerusi. Cover beb! Kat opis ni. But still, grab the phone terus call, mengadu sakit hati sebab dia tak contact almost 2 weeks.

Ok, lepas tu boleh sambung kerja dengan riang ria. Heheheh.

P/s: Lunch hour dah habis. Bye!


Thursday, April 24, 2014

Review Ain di JB: Zoo johor dan Coffee valley

Assalamualaikum.

Haaaaa. Gila babeng lama betul tak singgah blog sendiri. Update apatah lagi. Dah bersarang, berhabuk.

Izinkan saya kembali merepek dan merapu di alam maya ni?

Alright. All this while, bila saya pergi ke mana-mana mesti akan google mana tempat yang best untuk lepak, mana kedai makan yang menarik. I bet its not only happen to me, right? It happens to all of us.

Same goes when my family come here, to Johor bahru. Saya taktau nak bawak diorang pergi mana, nak makan kat mana. Nanti saya cerita dalan entry lain macam mana saya bazirkan masa keluarga when they came here for 3 days 2 nights. Ok?

So, since today is Sunday. I had a great time with my girlfriends. Macam lama je tak lepak weekend kat JB ni for past few weeks. Asyik balik kampung je kan.

Tah macam mana datang idea girlfriends nak pergi Zoo Johor. Katanya dah bosan jalan-jalan dekat dalam shopping mall. So, we went to Zoo instead! A great idea, anyway! Lagi banyak luangkan masa berkualiti bersama. Cewah!

But then, dont put same expectation with experience in Singapore Zoo. Of course it will be totally different.

HARGA MASUK CUMA RM2!
then kalau nak naik cycling boat, 2 PERSON FOR RM5!
Kalau ada anak nak naik kuda, seorang cuma RM4. Tapi sakit la kalau bawak anak 4 ke 5 orang pastu semua nak naik kuda.





Ok jugak kan sekali sekala lari dari kebiasaan? Asyik lepak kat mall je dengan kawan-kawan. Lagipun, nak naik cycling boat-or-whatever-its-name-is tu memang plan saya dengan farah dari zaman UTeM lagi. Dah dekat 2 tahun tinggalkan zaman belajar, baru dapat tunaikan. Hahahahaha!

Then, nak pergi minum-minum sambil bergosip pulak, we choose to go to Bazar Karat area. Situ kan banyak kedai cantik. Kan kan kan? Hihihi. Pernah lalu situ dan ternampak kedai Coffee Valley. Tempat ni sesuai untuk pencinta kopi. Dan pencinta kedai cantik, macam saya.


Chocbanana waffle and Mocha ice blended. The plain water is provided once you step inside and get a table.


After all, its a convenience to have a chit chat with the girlfriends.

Rasanya itu saja lah yang saya nak kongsi malam ni. Ada kerajinan yang singgah dalam diri, saya update lagi ok?


Tata titi tutu.

Selamat malam kesayangan.

Posted via DraftCraft app