Sunday, July 28, 2013

25 julai 2013, another day i turn one year older.

Hi.

Serius. Lama gila tak jenguk blog. Betul-betul pemalas tahun ni.
Rasanya dah boleh campak lombong kot.

Kalau tahun lepas, waktu-waktu macam ni, sibuk tulis kad raya. Nak post pada geng2 blogger. Teringin nak buat lagi sebenarnya tahun ni. Tapi. Macam ada ke lagi yang nak buat lagi tahun ni?

Anyway. Tahun ni punya birthday, again. Jatuh pada bulan puasa. Tapi ada satu kelainan yang buat saya super happy gembira!

25 julai 2013. For the first time ever, si pelaut cuba nak surprise saya untuk celebrate kat hotel. Its actually a buffet for buka puasa. 2 in 1 la. belanja birthday, sekali dgn berbuka puasa. Hahahahahah. After all, surprise tu tak berapa nak menjadi la. sbb dia tak pandai buat surprise segala bagai ni. But still, saya terharu gila-gila! Bukan senang dia nak ada kat darat time my birthday. Raya apatah lagi. Pakej semua include lah tahun ni!







So macam mana tak gembira? Hahahaha. Senyum sampai ke telinga lah jawabnya!



Siap dapat hadiah lagi. I wont ask for more for this birthday.

Tapi agaknya tahun ni Tuhan nak bagi rezeki saya makan lagi dan lagi, bahagia sempena peningkatan usia. Kawan-kawan tercinta dekat ofis pun pandai nak buat saya terkejut, terharu.






Dengan hadiah yang ada, terima kasih. Semoga friendship kita kekal sampai bila-bila, walaupun kita tak kerja sama-sama lagi lepas ni. Eh? Hahahahahahah.

Ntah bila la ada rezeki nak balik keje kat kl.

Apa2 pun, syukur Alhamdulillah atas semua nikmat Tuhan bagi saya rasa. Terima kasih. Cinta, kasih sayang. Penuh bertebaran dalam dunia. Kita je yang perlu hargai.

Selamat berpuasa, sayang sekalian.

Posted via DraftCraft app

Wednesday, June 5, 2013

Perasaan yang tak patut hadir

Tiap kali aku terlupa akan batasku,
Ingatkan aku Ya Allah,
Jangan Kau biarkan aku dikuasai rasa tamak dan haloba.

Bagai mahukan semuanya untukku,
Sedangkan perasaan itu tidak patut hadir,
Walau sedikit pun.

Seperti inginkan sungai dan laut yang tak pernah kekeringan.
Datangkan aku,
Perasaan yang cukup dengan kesederhanaan.

Bantu aku, Ya Allah.
Untuk tidak terus hanyut dengan hawa dan nafsu.
Tidak tergoda dengan hasutan dan bisikan syaitan.

Ain Raus.
9.40 p.m.
Johor bahru.

Posted via DraftCraft app

Sunday, March 17, 2013

BBQ; somewhere at Desaru.

hey yo!
gila lama tak update blog. pepoyo busy je kan saya ni.
wuwuwuwu. actually memang lah nak update blog ni. hari-hari ada niat nak update. siap dah susun ayat dalam kepala otak ni. at the end, sampai rumah dah nak katil. paham paham je lah kan.
hikhikhik.

anyway, last weekend. officemate rajin pulak nak lepak kat pantai Desaru sana buat BBQ.
amboi, kat pantai tauu! macam tetau je saya dah lama tak jejak pantai. boleh kira kata semenjak kerja mmg tak jumpa pantai lahh!

sebenarnya agak kekok nak menulis balik ni. so kita layan gambar je dulu boleh?









had a really good time with them. thanks to Omegarianz! looking forward to another activity! at least tak terasa lonely sangat kan merindui pelaut yang ntah bila nak turun tu. hikhikhik. 

okay. sambung nanti lah. nak baca novel! selamat hari Ahad kesayangan alam maya!

Saturday, January 26, 2013

3 bulan berlalu.

Assalamualaikum. Helo sayang sayang alam maya sekalian.
Aiceh, macam banyak je kesayangan kat dunia sini.

How are you? How's life treating you guys in 2013? Seriously, rindu rasanya nak menulis merepek syok sendiri post gambar poyo kat sini. Betul, rindu nak sembang-sembang dengan kawan dunia sini.

Tapi sejak kerja ni, badan ni bajet macam penat sangat je. Balik tu kalau tak terus mandi, landing kejap atas katil kompem terlajak terus sampai pagi. Sangat tak senonoh punya anak dara. Padahal kerja mengadap PC, pegang pen dan kertas je pun. Nak kata badan baru nak adapt dengan dunia baru, helo ain! Dah 3 bulan okay!

So that's why kalau balik kerja, kena mandi and buat apa yg patut, baru landing atas katil. Kalau ada mood, saya tengok TV kejap. Selalunya kalau weekdays jarang la lepak depan TV lama2. Lebih selesa landing atas katil, main tweet tweet sampai lena. Nak update blog, sama ada takde mood menulis ataupun takde idea nak cerita. Sighhh.

Anyway, cakap pasal 3 bulan dah kerja, good news is, saya dah entitled annual leave! Yeayyy. So tak payah nak tahan diri daripada amik cuti sebab tanak unpaid leave. Hihihi. Maklum lah, gaji tak seberapa, kalau unpaid, apa je la yang tinggal hujung bulan kan? Sekarang, dah boleh planning cuti kalau nak balik KL. gembira!

And the bad news, mungkin mereka yang tengok saya nampak badan tak naik. But the truth is, some of the seluar dah tak muat! Woiii. Apakah ini? 3 bulan kerja naik 3kg? Sangat tak masuk akal. Yang ni sedih gila! Dah la first attempt nak try online shopping, konon baju tu size nya fit to M, tapi bila dah sampai, saya try. Sangat ketat. Ohh no. Gila punya kecewa. Sebelum ni kalau nak beli baju kurung ke, kebaya ke, apa ke. Semua kena cari XS. Sekarang? You can imagine how sad am i right now.

Okay. Tu je nak cite buat masa ni. Jumpa next entry ok? Byeeeee!

P/s: gambar kat bawah ni nampak tak muka dah chubby?







Posted via DraftCraft app