Wednesday, December 19, 2012

Reminder to myself.

Hidup kita. Punya jalan yang berbeza untuk setiap individu. Sering saja kita rasa, oh. Jalan hidup dia sentiasa nampak indah. Penuh dengan senyum semata. Pandang diri kita, cuma yang kelihatan yang sedih-sedih saja.

Kadang kala mesti terdetik di hati. Alangkah bagus kalau kita dapat jalani hidup seperti dia. Saat itu, kita terlupa. Ramai lagi yang mahu merasa apa yang kita rasa.

Saya lupa. Pada bahagian masing masing, rezeki masing masing. Tak semestinya dia senyum sekarang, dia akan senyum hari esok. Tak pula saya akam muram dan suram hingga ke ahir hari. Mungki esok atau lusa, giliran saya untuk merasa gembira?

Ingatkan saya. Bahawa di atas sana ada Tuhan sebaik baik perancang. Disusun hidup kita sebaik mungkin. Berhenti merasa dengki, iri hati dan cemburu akan kehidupan mereka yg lain. Ain, belajar untuk menerima dengan redha, belajar untuk senyum terima setiap yang berlaku. Hati, mungkin saja diusik syaitan. Mengada-ngada.


P/s: aku makin keliru. Moga hati ini tetap pada sang pelaut. Walaupun setia itu tak mudah, tapi tetap tak susah. :)

Posted via DraftCraft app

Monday, December 10, 2012

Selamat belayar, semula. Sayang.

Saat ini datang lagi. Rindu akan kembali menggunung. Penantian yang akan bermula. Seperti biasa. Selamat kembali ke laut sayang. Semoga awak baik-baik saja. Selamat pergi, dan selamat kembali.



Dah lepas mengidam kenny rogers awak, johnys awak, twilight. Walaupun saya tak follow langsung siri twilight, demi tunaikan keinginan sang pelaut, saya redah jugak masuk wayang. Last- last dok tanya itu ini, siapa itu ini, kenapa macam tu macam ni. Hikhikhik. Nasib awak la sayang. Janji saya dah teman. Kan? Winkwink. ;)

Anyway, thanks for your last gift for this year. New collection of fragrance for me! Yeayyy!


And a new collection of card too! Thanks for everything dear darling. May God bless your journey.


Semoga kita berjumpa lagi, 6 bulan lepas ni. Insya Allah.

Posted via DraftCraft app

Thursday, December 6, 2012

Awak nak jadi siapa?

Jadi kanak-kanak, asyik nak bergaduh bertengkar. "Taknak kawan kau, jangan kawan dia, kawan dia tipu-tipu je." Bosan asyik dibuli. Nak cepat-cepat besar. Boleh pakai cantik-cantik. Boleh simpan rambut panjang sebab dah boleh jaga diri sendiri.


Bila dah remaja, krisis identiti. Tercari-cari arah nak tuju dalam hidup. Nak jadi macam dia ni, nak cantik macam dia tu, nak jadi cool macam orang tu, nak jadi hebat macam orang ni. Perasaan nak mencuba itu ini, nak memberontak bila tak dapat sesuatu. Tak sabar nak jadi dewasa. Boleh bebas sebebas-bebasnya.


Akhirnya sudah dewasa. Ingat hidup akan jadi lebih gembira? Tidak. Not at all! Now i know rhe hardship to start a new life. Ntah macam ibu ayah kita dulu mulakan hidup.

Jadi dewasa ternyata tidak mudah. Lagi banyak hal nak fikir. Lagi besar tanggungjawab nak pikul. Emosi makin pelbagai. Hingga suatu tahap, rasa nak menangis pun takde air mata. Jalan makin berliku. Tak ada jalan yang straight. Even highway pun punya selekoh.


So, people. Being a human is not easy, but that's so called life right? Kalau hidup ini terlalu mudah takde cabaran, takde dugaan. Mana warna warni kehidupan? Bosannya!


Maka kesimpulannya, ain. Berhenti mengeluh walaupun penat hati, penat otak, penat perasaan. Tanggung semuanya dengan tabah. Itulah corak hidup awak yang membezakan awak dgn insan lain.