Wednesday, September 26, 2012

wordless wednesday #3

i think im falling in love with this.


China Blue from Marks & Spencer :)

Tuesday, September 25, 2012

kerja. cepat la datang kepadaku. :(

helo geng!

puhhh. lamanya tak update blog. bajet busy je la saya ni kan. poyo! padahal masih menganggur. cehhh. takpe. sabar ain, sabar. rezeki kita Tuhan tentukan. insya Allah.

beberapa hari ni asyik keluar je. banyak cerita nak tulis kat sini. tapi asal balik je dah malam. penat, mengantuk. hari Sabtu lepas ada career fair dekat Mid Valley . 21-23 September 2012. JobStreet punya anjuran. sejujurnya, career fair ni nampak lagi menarik berbanding career fair yang saya pergi beberapa bulan lepas kat PWTC. tapi untuk yang berkaitan kos saya tak banyak. nangis!

so i decide to drop my CV dekat mana-mana booth yang ada possibilities for Electronic Engineer. lantak lahh. kalau Tuhan kata ada rezeki, ada la kan? apa nak buat. usaha, sudah. cuma tinggal doa dan tawakal je. berserah. kesat air mata.

saya nak kerja cepat sebenarnya! tak kisah la kat mana pun. tak dapat KL Selangor pun tak apa. doakan saya ehhhh koranggg?

thanks to Cik Lily yang sudi temankan saya at last minute. habis je program dia kat UKM terus saya angkut dia pegi Mid Valley. dia ni one of the blogger yang saya kenal few years back. sampai sekarang! thank God for this friendship.




free drinks from Starbucks. :)



Cik Lily yang dah stop blogging for a while. :)






Friday, September 21, 2012

merepek bab kecantikan muka

ehem. ehem.

saya nak cerita pasal cantik lagi boleh?walaupun saya ni tak lah cantik mana kannn. kehkehkeh. actually bukan pasal cantik sangat pun. nak kongsi sambil tanya korang-korang yang jelita dan hensem kat luar sana. mana tau boleh share lagi tips-tips korang yang berharga tu.

nak cakap pasal set penjagaan kulit muka ni kan. dulu masa muda-muda kan. cewahhhh. sekarang macam dah tua sangat kan?dulu saya selalu rasa kalau nak muka cantik, kena pakai 1 set lengkap. kalau tak pakai 1 set, nanti hasilnya tak mujarab. kononnya lahhh kannn. tapi makin lama, makin saya sedar. ramai jugak orang yang pakai set campur-campur. pencuci muka pakai brand lain, toner, moisturizer, serum, mask, semuanya lahhh lain-lain! tapi muka diorang nampak cantik je. but still, saya tak berani nak campur-campur lagi masa tu. konon setia gila habis la kan pakai 1 set semua.

zaman matrik dulu, pakai set AVON PT White,tahun 2007 macam tu. sebab pakai set ni la menyebabkan saya terus terdaftar sebagai wakil Avon. padahal nak pakai untuk diri sendiri je. then, suatu hari matrik takde air. bila ada je air, saya antara golongan terawal mandi which sadly, air karat yang awal-awal keluar. muka  terus jadi sensitif, bengkak dan gatal-gatal. so no more Avon punya produk after that. jenuh tau masa tu nak cari pencuci muka yang sesuai.

asyik bertukar je, sampai la suatu hari tu masa daftar kat UTeM, tengok kawan baru merangkap housemate pakai Loreal Hydrafresh kaler hijau tu, untuk kulit kering. then i decided nak pakai Loreal jugak. tapi masa tu pakai yang whitening punya. and it suits my skin. cuma masalah kulit berminyak tak berjaya diatasi. biasalah kan, kulit berminyak, senang la jerawat nak bertapak. nak dijadikan cerita, manusia mana pernah reti bersyukur? and that was me! gedik tukar pakai yang lain pulak until one day ikut kawan yang lain pulak pakai set Tia Amelia.

pergh. bila pakai set Tia Amelia ni serius! muka jadi cantik, jerawat tak naik. kulit pun makin cerah! tapi harga pun boleh tahan, then set dia kena pakai selalu which leads to situasi asyik membeli tetiap bulan sebab cepat habis. dah la kena pakai pencuci muka, toner, krim siang, foundation/bedak asas, krim pencerah (malam) dan krim kunyit (malam jugak). once saya missed pakai sekali/sehari salah satunya. habis naik jerawat balik. so agak rasa pelik disitu, so saya stop. masa tu la bermula kejadian tak diingini. hah! amek kau bahasa!

i mean, kulit jadi over-sensitif. tak boleh kena panas matahari atau berpeluh sikit, habis gatal-gatal sampai bengkak. then i regret why stop that Tia Amelia. at the same time, regret kenapa pakai produk yang macam ni. once you stop, you'll suffer. after that slow-slow i find again the one yang sesuai dgn kulit. memang ada some of it yang sesuai, but it just sesuai lahh. tak gatal or whatsoever, cuma takde perubahan. langsung. Clean &Clear, Clinelle, Eucerin, Sebamed and Neutrogena.



for last set, i used Sebamed Clear Face macam gambar Mr. Google atas ni. okay. kira ok la.masih ada tapak untuk jerawat naik. so i ikut ma pakai Neutrogena. but this time i decided to campur. tanak jadi pengguna setia kepada whole set jenama tu. and Alhamdulillah! its much more better.

so maybe betul la ada sorang salesgirl The Body Shop penah nasihatkan saya jangan pakai the whole set for facial skincare. dia tak bagi saya teruskan satu set pakai Tea Tree macam dalam gambar dari Mr. Google ni. because itu akan menyebab kan muka saya jadi lagi teruk and it is so true! memang masa pakai set ni jerawat lumba-lumba naik. belum masuk dia jadi kering gila babeng!


so now, i think. mungkin betul. campur-campur lebih baik daripada setia kepada 1 jenama? sekarang ni saya campur seperti bawah. walaupun tak lah memiliki kulit flawless, putih dan gebu, tapi jerawat dah tak berlumba-lumba nak menempel kat muka ni. semoga ini akan berterusan. insya Allah. :D



pencuci muka Neutrogena.


Scrub Muka St. Ives


Toner Oxy for oily skin



Fair and Lovely atau Cocoa Butter


face mask from Etude House




 then baru saya apply foundation kalau nak keluar lelama. last but least, saya tak pandai sangat bab kecantikan ni. but satu benda je saya boleh cakap. kulit muka setiap orang berbeza. tak semestinya dia pakai ni cantik, awak pun akan cantik bila pakai. jadi, keberanian untuk mencuba adalah penting. selain sabar untuk menunggu hasil.

okay. entry ni dah over panjang. ada ke orang nak baca? selamat malam!




Tuesday, September 18, 2012

cerita kahwin lagi. mahligai cinta #6


housemate masa 2nd year dekat UTeM dah kahwin. lagi seorang kawan dah selamat jadi isteri orang. bestnya pergi majlis orang. majlis sendiri bila lagi? ehhh? hahahaha. okay. jangan nak merepek.

kali ni pergi Melaka naik bas, lepas tu tumpang cik Puzah ni pergi wedding Jiha kat Muar. weeeee. :D rindu naik Savvy merah ni tauu. ohh ohh. rindunyaa zaman student. cewahhhh.

oh yes. rugi kitorang datang lewat. tak boleh join kengkawan yang awal tu kutip tol. hikhikhik. adat perkahwinan orang Johor katakan. :)

layan gambar je la ehh entry kali ni? jom!



puzah me ecah in the red Savvy. thank you MBR!



jambatan Muar kata mereka. :)



geng-geng UTeM termasuk bebudak kelas Jiha. 



Jiha, dah jadi isteri orang kena sopan sikit tauu. wink wink. ;)



Jojo maintain diva, suha dah bekerjaya. saya masih menganggur. great. -.-




bebudak master dan yang dah bekerja. cis.



ni pun sama. dah kerja dan sorang lagi master. cis lagi.



so kawan-kawan, budak kelas kita siapa nak kahwin dulu? :D



banner jiha. boleh pulak gambar whatsapp yang dipilih si Jiha nihh. ;) comel!




Selamat Pengantin baru Jiha dan suami. semoga bahagia ke akhirnya. :)




next. masjid Muar katanya. 


pemandu pelancong sambilan, cik Farah. hihihihi.



tuan MBR. 













okay. best jalan-jalan. rindu mereka sangat. nak tapi entry pun jadi speechless. 



Tuesday, September 11, 2012

ada petua nak cantik?


siapa taknak cantik? kalau ada yang jawab taknak![fullstop] . okay means tak berapa nak normal agaknya dia tu kan. dari zaman dulu kala lagi, perempuan terutamanya obses nak cantik. lelaki pun apa kurangnya. sang pelaut saya contohnya. kihkihkih. 

melainkan mereka yang dikurniakan wajah secantik bidadari. oopss! its not that im not bersyukur with what already given by HIM. sesungguhnya, saya bersyukur yang amat kepada Yang Maha Esa kerana mengurniakan saya dengan wajah yang sempurna, tiada cela atau penyakit apa-apa. tapi secara jujurnya, siapa taknak kulit yang bersih daripada jerawat, minyak berlebihan, flawless, putih gebu licin bak sutera bagai semua tu? semua orang idamkan kulit muka macam tu kannnnnnn?

cuma saya takde la obses nak dapatkan semua tu. cukuplah jerawat tak berlumba lumba naik kat muka dan dapat kurangkan minyak kat T-Zone ni. kulit cerah? itu suatu bonus untuk saya kalau dapat! wink wink!

actually apesal tetiba hari ni nak update entry pasal hal macam ni? haaaaaaaaaaaaa! ni sebabnya. PELAUT SAYA NAK BALIK! WEEEHUUUUUU! TAK SABAR NAK DATING! NAK PAKAI CANTIK-CANTIK. NAK TAMPIL MENAWAN. cewahhhhhh. gedik benar ayat kau ain!

gila kauuu! 6 bulan tak jumpa. berdebar! excited! semua ada kau tahu?feeling-feeling macam baru awal-awal nak dating. kahkahkahkahkah. okay. over! -.-

anyway, main point entry ni nak tanya kawan-kawan, kakak-kakak, adik-adik, abang-abang. kalau korang ada petua nak cantik kan wajah ni. ada la google dalam seminggu ni. moden punya lah, tradisional punya lahh. susah, senang, leceh semua cara ada. tapi of course i choose the easy and simple aje nak apply. dasar pemalas la ni kannn. what to do. 

basic daily step:
1. facial cleanser [2/3 times daily]
2. toner [always after cleansing]
3. moisturizer 
4. scrub [2/3 times per week]
5. facial mask [after scrub]

yang tradisional punya cara?
1. basuh muka dengan air cucian beras kali kedua >> baru mula mencuba. so tak nampak hasil. 
2. wapkan muka dengan air panas? >> belum cuba sebab tak sure step nak buat. howw?


ada tips-tips lain nak share? care to share please? *muka merayu*


Saturday, September 8, 2012

short update.

jangan gelak header tu. yes. kita tak pandai buat. okbye!

Friday, September 7, 2012

luahan si penganggur.

hey. hi!

supposely saya dalam mood raya lagi. tapi kan. sebab takde jemputan rumah terbuka. hati ni rasa sunyi lah. *eh gediklah kau* duduk kat rumah je, terperap. bosan tahu? rasa macam nak nangis je. cemburu tengok kawan kawan lain dah mula kerja. dah makin ramai yang dah tak duduk rumah habiskan masa dengan sia sia. 

kesat air mata. *biarlah takde air pun*

bila ni nak panggil interview? rasa macam loser sangat sangat dah ni. orang mungkin kata;

"relaks laa. buat apa nak gopoh2 kerja? "
"duduk je rumah. nanti kalau dah kerja mesti rindu nak lepak rumah"
"alaa. baru 2 3 bulan. bukannya lama sangat. "

dan bermacam ayat keluar. actually memang betul pun statement di atas. tapi kan. ralat jugak lahhh bila nak keluar dengan kawan kawan kena meminta kat parent. diorang memang la tak kisah. tapi, malu tu tetap ada. segan lagi. haihhhhh. bila duduk rumah diam-diam, rasa bosan. baik kerja kalau apa pun tak boleh buat. kan?

diam kejap. 

tapi apa nak buat? kita kena percaya pada ketentuan Allah. Tuhan kata rezeki kau belum sampai. maka, bersabarlah dan terus berdoa. 



maaf. entry kali ni dah takde modal nak cerita apa. stress ni take over pulak. sampai jerawat lumba lumba naik kat muka. nangis!

Tuesday, September 4, 2012

Raya kan sebulan. :)

selamat hari raya! maaf zahir batin! entry ini terlalu lambat. yes, i admit. tapi raya kan sebulan? kalau nak bagi saya duit raya pun boleh lagi ni. hikhikhik. nak no akaun tak? *winkwink*

lama kan kita tak jenguk dunia kat sini. rindu rindu rindu! raya tahun ni agak suram buat saya. cewah. suram kau! takde perkataan lagi sesuai ke? actually, bukan la suram apa pun. tapi sebab macam biasa, cinta hati saya si pelaut tu masih tak dapat raya kat darat tahun ni. kesian dia. lepas tu tok ayah kita kena operate kat Assunta Hospital. keluar hospital sehari sebelum raya. so plan nak balik kelantan semua cancel. yela. takkan baru lepas operation tok ayah kita nak duduk dalam kereta untuk long journey pulak kan? huhuhu. 

so raya pertama kita kat KL je laa. macam tahun tahun sudah jugak. tapi bersyukur sebab masih dikelilingi kerluarga tersayang kan? pastu keluar pegi umah nenek sedara kat area KL jugak. then baru balik Negeri Sembilan. ntah kenapa adik beradik abah teringin nak berkumpul kat N9 tu. mulanya seram jugak sebab rumah tinggal bertahun lamanya kan. bukan seram apa. cuma takut binatang macam cik **pan tu je. seumur hidup ni dah 2 kali kena gigit cik **pan. sakit!tapi Alhamdulillah. nothing happen.  

keseluruhannya, macam tu lah raya saya. takde pun jalan jalan raya umah kawan kawan cam tahun lepas. jemputan rumah terbuka pun tak banyak. sedih kan? lastly, layan kan aje la gambar di pagi raya di kota Kuala Lumpur ni. :)



baju ni buat saya nampak gemuk kannn? sedih. :(



the only adik and abang in this world. 



beloved family. cinta matiku. 



cucu dara tok ayah. hikhikhik. 



okay budak kecik ni gelarkan diri dia ubi kayu. can you believe this? -.-

sampai sini je dulu okay? nanti kita jumpa next entry. :) sesapa nak buat open house, jemput la saya. hihihihi. okay. tak malu. bye!