Saturday, July 28, 2012

Tradisi Kad Raya

selamat Ramadan ke -8. :)

i know its too early right?
tapi saya rinduu la zaman-zaman kad raya.
korang rindu takk?
i was thinking, best tak kalau kita main tukar-tukar kad raya?
ada yang sudi tak?
wuwuwuwwu.
meh laaa. tinggalkan alamat untuk saya pos kad raya.
dont worry, saya tak publish awak punya komen. promise!

agak-agak ada yang nak tak?

updated:
please drop your address here, i wont publish. or maybe you can find me and inbox at FB: Ain Raus or twitter @ainraus

okay? cool? hikhikhik. sudi laaaaa. *muka bajet comel*

Friday, July 27, 2012

Puisi Aku #3

cinta itu seksa.
cinta itu pedih.
tapi kenapa aku memilih untuk menyintai?

rindu itu sengsara.
rindu itu perit.
tapi kenapa aku pilih untuk merindu?

memikirkan mu, tidak lena tidurku.
teringatkan mu, bergelora jiwaku.
membayangkan mu, angau hidupku.

sungguh. kau tak pernah tinggalkan aku.
walau sesaat pun.
kau sentiasa ada. di mindaku.
tahukah kau itu memenatkan aku?

tolong lah sayang.
untuk sekali ini.
pergi lah kau. jauh.
jauh sekali dari fikiranku, mindaku.
biarkan aku tenang.
tanpa kerinduan yang menyesakkan jiwa.
aku penat. penat sekali.
terlalu penat untuk mengalirkan air mata.

lama. lama sungguh tidak mendengarkan suaramu.
senyum. aku lupa. aku sudah lupa untuk tersenyum buatmu.

Wednesday, July 25, 2012

Wordless wednesday #3

Another bestfriend.

Thank you cipin. Its been more than 3 years.

Friendship forever. Biarpun jauh dimata, you are always there.



meroyan di hari sejarah hidupku.

malam ini, aku mahu nangis sepuasnya.
izinkan aku.

25/7/2012

it comes only once in a lifetime. and you're not here to say that magical words? i miss you like crazy.

Monday, July 23, 2012

Bad DAY. #1

macam mana nak mulakan cerita?
trauma. kalau duduk diam-diam, tangan ni masih menggigil. kalau diizinkan, nak je putarkan waktu semula. nak lebih hati - hati. tapi walau macam mana kita beringat sekalipun, macam mana berhemah kita memandu, kalau dah takdir, tak boleh nak elak jugak kan?

22 Julai 2012. lebih kurang pukul 6 petang. im on my way nak hantar adik balik kolej dia. kolej matrikulasi selangor. when suddenly i saw so many cars had an emergency brake. ingatkan jalan sesak macam biasa. kelisa depan brek emergency, so i did. kereta dah berhenti. nothing happened. and about 5 seconds after that. BUMMM!

enjin kereta mati. kereta dah berlanggar dengan kelisa kat depan. saya pun tanya abang kat sebelah,
"abang! kita dah berlanggar ke?" and he replies, " hadoi, dah. dah langgar. " i asked him, "abang tolong keluar tengok boleh?" abang pun suruh saya letak kereta kat tepi. and sadly, pemandu Gen2 yang langgar saya kat belakang tu terus cepat-cepat lari. takde siapa yang sempat tengok dan hafal no plat dia. its a big mistake of mine. patutnya the first thing yang kena buat, mestilah ambil no plat kereta belakang yang langgar!

after that only i noticed, we are not the only two. rupanya kat depan tu mmg accident sebab ada kereta brek tiba-tiba. so 4 ke 5 kereta kat depan tu memang dah berlanggar, tambah kelisa dan viva saya yang menyertai kemalangan tu. jadilah 7 serangkai. kalau ada gen2 tu tak lari, kira lapan (8) lah kan? and he's the one yang kena blame!

tapi Alhamdulillah. kereta saya tak seteruk kereta depan-depan sana. sebab kelisa tu dah stop. berjaya elak. saya pun berjaya stop kereta, tak berlanggar pun. tapi Gen2 bengong tu laju nak mampos, maka kami pun terbabit! nak tak nak, terpaksa setel balai lahh. takkan nak bayar pulak. kelisa tu kemek sikit bebenor. saya ni? depan belakang bumper kemek+rosak+pecah. belum masuk sensor reverse yang hancur. bumper belakang yang seret tayar.



*sigh*

orang kata jangan mengeluh. jangan tanya Tuhan kenapa itu kenapa ini. saya cuba. untuk fikir positif. cuba untuk sabar. tambah lagi tengah puasa kan. saya tabahkan hati pergi balai polis kuala langat (banting). sabar tunggu turn buat laporan polis. kesian ma abah terpaksa datang. berbuka dengan kurma je dengan encik polis. selesai report polis, kami pergi makan kat kedai, hantar adik balik matrik. kami kembali ke balai polis. sarjan polis buat siasatan. kesalahan terpaksa saya pikul. saya yang kena saman. sebab dalam banyak2 kereta, saya yang paling belakang sekali. sebab gen2 biru tu tak dapat dikesan atas sebab takde no plat. melayang duit abah.

:'(

apa nak buat? benda dah jadi. kita berjaya kawal kenderaan. orang lain yang langgar. nasib saya kurang baik. bayar saman. now, tengah kelam kambut pikir tentang insurance kereta, sambil nak jaga warranty perodua.

Tuhan, permudah lah semua urusan kami Ya Allah.

boleh saya sambung cerita next entry? sedih. selamat malam, selamat bersahur. :'((

Friday, July 20, 2012

Kau datang lagi

kau datang lagi.
Sebak rasanya.
Tak sangka kita masih berpeluang bertemu lagi.
Aku merindui kedatangan mu.
Kau datang membawa sejuta rahmat dan keberkatan.

Selamat datang Ramadhan.

Selamat berpuasa ma abah, keluarga, kawan-kawan, kesayanganku sang pelaut.
Selamat bersahur, selamat berbuka.
Semoga Ramadhan tahun ini membawa 1001 kebaikan buat kita.

Syukur ke hadratMu Ya Allah, kerana mengizinkan aku bertemu dengan Ramadhan kali ini.
Terima Kasih Tuhan.



P/s: sayang, tak kira di mana awak berada, nikmatilah rahmat dan keberkatan di bulan puasa, Ramadhan al-Mubarak. Be safe, always. Lautan atau daratan, tak kira dimana kita berada, kewajioan harus ditunaikan. :) i love you darling baby.

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday #2


Setiap kali wordless wednesday, mesti makan kek. :p





May this friendship last forever!

You may visit his blog at http://ariffinmutalib.blogspot.com

Heheheheheh.

Monday, July 16, 2012

Mahligai cinta #5

Hey. Another wedding reception, and its not mine, again. Bila nak pergi wedding diri sendiri ni? Eh? Hahahahaha. Okay. Stop berangan.

Ahad lepas, 15 july 2012, seorang lagi kawan satu batch MRSM KUALA KLAWANG selamat membina mahligai cinta bersama suami tersayang. Its funny though, sebab saat saat akhir dekat mrsm kuala klawang, saya bersama effiey, pengantin perempuan which is my friend ada konflik dengan boyfriend dia. Boyfriend dia masa tu satu kelas dengan sang pelaut cinta hati saya. Kehkehkeh. Tapi konflik cinta monyet tu, tak perlu kot kita singkap semula. Ex-bf dia masa kat mrsm kk pun datang wedding dia. Takde dendam yang tersimpan. Masing-masing mendoakan kebahagiaan masing-masing. Cinta zaman sekolah tu umpama permainan budak sekolah kan. Cuma saya yang berada di situasi tu, rasa agak pelik dan lawak sikit lah kan.

Okay ain, dah terlebih merapu. Stop it okay ain. Entry ni cuma nak share gambar majlis perkahwinan saudari safeera atira dengan si suami, che izzat? If im not mistaken.





Okay pelik tak selendang saya? Trust me, dah tak larat nak betulkan shawl tu, taknak lambat sampai ke jasin so that i biar je. Jangan tanya fashion siapa atau trend mana i cuba nak ikut. Sebab itu i main redah je uolls! Asalkan tak terbukak tengah jalan. Sighhhhh. Teruk betul.




Okay ni antara rombongan cik kiah. Hihi. Kawan- kawan mrsm kuala klawang yang join the rombongan. Masa wedding macam ni je la dapat jumpa balik diorang semua ni. Kann?




Gegadis yang in a row, menunggu turn masing-masing. Kehkehkehkeh. Boleh tak izinkan saya yang naik pelamin dulu? Weehuuuuu. Okay gatal. Bye!



The Pengantin of course! Tahniah effiey, semoga bahagia selamanya. Hidup di bawah rahmatNya sekeluarga. Jangan asyik tanya je bila turn ain, tapi doakan sekali agar jodoh ain-afiq cepat sampai okay? Hihihihihi.


Anyway, attending a wedding, especially with friends from mrsm kk. I always get asked 'mana afiq? Bila afiq balik darat? Bila kau dengan afiq ounya majlis?' like seriously, macam mana saya nak jawab sayang? I miss you. Balik cepat sayang.

Saturday, July 14, 2012

Review: 8 Jam

apesal la payah sangat kau nak update blog ni ain? busy sangat ke jadi penganggur? hampir seminggu tersimpan dalam draft, nah amik entry merepek ni ye kawan2? hihihihihi. 

selasa lepas, akibat kebosanan tahap cipan lama sangat tak keluar rumah. 
me with girlfriends decide nak tengok wayang hari tu. 
dekat Alamanda je pun. 
kesian girlfriends dari Ampang jauh2 datang. hihihi. :)
kalau ikut saya laa. berderet lagi movie yang belum tengok. 
macam katak bawah tempurung tak? ;)
but lastly kami tengok filem lakonan Sam dan Yana. 
actually saya memang suka amat dengan Yana. sebab dia comel. pastu sebab dia ada lesung pipit. sama lah kita! hihihi. 





actually movie ni best. ada babak sedih, touching, romantik, ganas. 
kalau menghayati bebetul, boleh nangis kot. 
tapi taktau la kenapa saya tak ternangis pulak masa tengok tuh. 
tanak eyeliner comot kot? kehkehkehkeh. 
tapi movie ni memang tak rugi la kalau nak tengok. 
so, selamat menonton kepada sesiapa yang belum tengok! 


Tuesday, July 10, 2012

Face Mask daripada Savee; The Face Inn

hey lovers! selamat hari selasa! haihh. dah jadi penganggur pun susah nak update blog. kenapa ntahhh. ni la dia kalau bakat menulis tu tidak ada dalam diri. *sigh*

okay, dalam entry kali ni. saya nak merepek dalam bab kecantikan. walaupun kita ni tak la cantik mana, muka tak flawless. kulit tak cerah. tapi gedik nak jugak buat entry ni. kehkehkehkeh. mohon yang membaca tak muntah hijau okay?

since umur dah masuk 20++ ni kan, cewahhhh! yelaa. sebab dah  nak masuk 23 ni kan, orang kata dah kena mula risau dengan isu penuaan. tapi nak pakai set penjagaan muka untuk anti-aging rasa macam terlalu awal. lagipun muka ni, kulit over sensitif. banyak yang tak boleh pakai. macam mana maintain awet muda camni? so i start with applying face mask! walaupun dah berbulan bulan bulan amalkan pemakaian face mask ni, den tak nampak lagi ni haa awet mudanyaaaa. -.- abeh camno?lambat lagi ko den nak tunggu ni haa?

tapi after pakai mask tu, rasa lah perbezaan nya sikit. kulit rasa lebih tegang dan anjal. 
perghhh. ayat iklan kan? copycat. ;) selama beberapa ketika ni, ada la dalam beberapa jenis face mask yang saya dah pernah try. antaranya adalah? jeng jeng jeng~






which one i prefer the most? at first, i'll vote The Face Inn from Savee. sebab dia murah gila! dia suka buat promotion kat Dataran Pahlawan, Melaka for RM1 per piece! murah kan? but days after days, agaknya laku sangat face mask keluaran syarikat Singapore ni, so kualiti dah tak berapa nak terjaga. if you notices in the photo, upper one adalah packaging asal. bottom two adalah yang paling latest. nampak tak betapa hampeh nya packaging yang latest? tu belum cerita yang gel dia melampau banyaknya sambil bila nak pakai mask kat muka tu gel siap jatuh-jatuh lagi. 

so for now, i'll vote for Etude House punya face mask. satu, sebab dia best! dua, sebab dia affordable. ihihi. the most important thing. muka iols yang sensitip ni tak gatal! yeay!

tapi masalah face mask jenis yang lekat-cabut ni, saiz nya selalu besar. that's why adik saya lagi suka mask jenis yang sapu aje kat muka. takde la terlebih macam ni haaa :-


okay la. dah merepek panjang sangat. korang ada tips untuk saya tak? care to share, please? 







Sunday, July 8, 2012

Friday, July 6, 2012

13 hari.

hari ke-13 menganggur.
dah mula risau sebenarnya.
satu interview pun tak dipanggil.
kawan lain ada yang bertalu-talu dapat call, emel.
kalau tak banyak pun, mesti ada .
macam mana ni?
bila mengadu kat ma,
dia kata relax la. awal lagi.
uwaaaa. :'(
dia nak anak dia menganggur sampai lepas raya.
lamaaaaa tu?????????
ohhhhh.
susah nyaa.
dulu memang la tahu susah nak cari kerja.
semua orang cakap benda yang sama.
tapi sekarang bila dah alami sendiri, baru tahu pahit getir nak cari kerja.

sang pelaut, bila awak nak turun? tanak teman tanak tolong saya cari kerja ke?
dah la saya rinduuuuu.
tapi takpelah. asalkan kapal awak dah sampai malaysia, saya boleh senyum semula.
weeehuuuuu!

sekian, update pendek di kala kemalasan walaupun takde kerja.



fireworks: view from the house, ma's room. floria fest 2012. 

p/s: tinggal 3 hari je pesta bunga 2012 kat putrajaya. jemput la datang. tiap2 malam ada pertunjukan bunga api. sampai kami kat sini dah bosan dah. haihh.