Thursday, May 31, 2012

Terima Kasih Tuhan.


helo semua! yeay!
selamat 31 Mei 2012!
alhamdulillah. 
saya dah bentangkan Projek Sarjana Muda II semalam. eh? 
siang tadi lah kiranya. sekarang pukul 1.42 pagi. hehehehehe. 
terangkat satu beban di bahu. 
syukur sangat pada Allah. 

siapa kata Tuhan tak dengar doa hambaNya?
dia dengar. mungkin kita tak nampak dia tolong kita. 
tapi kita lupa. dia ada cara yang tersendiri untuk bantu hambaNya yang disayangi. 
inilah antara keajaiban yang saya harapkan. 
restu dan doa ma abah jugak mungkin bawak miracle ni.
diorang risau benar kat saya yang kononnya stress tahap gaban sampai asyik jatuh sakit kan. 
akhirnya, 
projek saya yang tergendala selama ni, menjadi jugak!
yeay!
tahu tak bila jadinyaa??????????
haaaa. lagi beberapa minit je nak sampai turn saya untuk present. 
masa tu rasa macam nak menjerit menangis semua ada, sebab happy gila!
tapi kang lari pulak emosi nak present kan?
so bertenang. dapat pulak panel saya tu salah sorangnya foreigner lecturer. 
memang jenis nak hentam student je kerjanyaa. 
tapi Alhamdulillah! presentation saya berjaya jugak lah kiranya, sebab dia cakap saya berjaya jawab semua soalan dia. 
masa tu la kannn. Tuhan je yang tahu apa yang saya rasa. 
memang bahagia tak terkata. rasa macam nak terbang balik Putrajaya nak peluk ma lah!
terima kasih Tuhan, terima kasih ma abah, terima kasih kawan-kawan, terima kasih blogger, terima kasih semuanya!

namun masih tersisa perjuangan saya. thesis dan assignment Antenna Engineering tak siap lagi. 
lepas tu, final exam yang sebenar-benar final. 
walaupun tak sampai sebulan, tapi panjang sungguh saya rasa perjalanannya. 
sabar ain, sabar. 
insya Allah. semuanya akan indah.


dah boleh senyum lebar kan saya ?


kami dah bahagia. sedikit. 


p/s: terima kasih sang pelaut. kerana sentiasa ada di sisi, walaupun kita jauh beribu batu. 

Thursday, May 24, 2012

iNOTEK 2012


syukur Alhamdulillah.
walaupun saya rasakan, pilih bidang kejuruteraan ni satu kesilapan.
tapi kesilapan ini tak menghancurkan  hidup saya.
akhirnya, sampai jugak saya ke hari kejadian.

iNOTEK 2012.
exhibition of final year projects. 
faculty of electronic and computer engineering. 

it might be my very first and last experience.
so, thank God for letting it happens!
hari ini datang tanpa tertangguh walau sedikit pun.
dengan doa dan restu ma abah,
insya Allah saya dapat habiskan pengajian selama 4 tahun di UTeM.

so, let the photos tell you.



desktop punya wallpaper kena la tukar. biar professional sikit. takkan nak pakai yang love-kartun tu kan. hihihi. 


Teh Chee Kang. 4 years being such a good and nice person. thank you friend!




girl's power. 






we're done. iNOTEK 2012. 


so says who a lady cannot be an engineer? kehkehkeh. pray for me so that i can be a good one!


Friday, May 18, 2012

gangguan emosi

emosi sangat terganggu kebelakangan ini. terima kasih rakan blogger yang sudi singgah dan tinggalkan komen. 
thank you. for the care and love. 
i really need the words. 
sekarang ni tak mampu nak blog-walking. nanti saya lawat blog awak-awak semua eh?

anyway, tengah dengar lagu ni banyak-banyak ulang-ulang kali. sebab nak cari kekuatan dalam diri. nak tempuh masa-masa kecemasan yang ada. 
semoga saya tabah. 



There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are

There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
And you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold

You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

Oh ho, Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away, hey yea

Hold on
There will be tomorrow
In time, you find the way, hey

Then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

That a hero lies in you
Mmm, that a hero lies in you

Tuesday, May 15, 2012

sedih. amat. kecewa.

wuwuwuwu.
sedih gila dengan diri sendiri.
kecewa dengan diri sendiri.
marah?
mungkin.
tapi tu semua salah diri sendiri.
apa nak buat.
semua awak yang salah ain.

tak buat kerja dari awal.
tak study awal-awal.
tak prepare semuanya siap-siap.
bila dah kelam kabut banyak kerja bertimbun,
tak reti bahagi masa untuk buat kerja dan study.
last-last test tadi tunggang terbalik.

maaf kepada encik lecturer, ma abah, dan diri sendiri.
saya telah hancur dalam Test 2 : Optoelectronics and Optical Communication.
menangis airmata darah pun, tak guna.
benda dah lepas.
sekarang, cuba siapkan semua kerja secepat mungkin.
lepas tu bole pulun final exam yang sebenar-benar final.

sabar ain, sabar.
jangan menangis.

Monday, May 14, 2012

terima kasih, sayang.

semalam.
waktu macam ni lahh.
kita gaduh.
benda kecik je.
tapi saya gedik nak besar-besarkan.

kekasih.
maafkan saya.
saya tau awak penat. cedera lagi pulak masa bekerja.
sepatutnya saya dengar awak mengadu.
sepatutnya saya bercerita tentang hari saya.
sebab itu buat awak gembira dan hilang penat,  hilang stress.
tapi semalam.
saya rindu yang amat.
rindu nak mengada-ngada.
rindu bermanja.
ye, saya gedik malam tadi.

maafkan saya kekasih.
buat awak risau tak menentu.
buat awak sedih memikirkan hal yang tidak-tidak.
buat awak tak tenang takut saya tinggalkan awak.

minta maaf, kekasih.

andai saja awak tahu.
saya tak pernah terniat,
tidak pernah terlintas di hati saya nak pergi. jauh dari awak.
tidak pernah terdetik niat di hati.
cuma kadang-kadang emosi melebihi akal fikiran.
ego tinggi menggunung.

KEKASIH.
TERIMA KASIH SEBAB SABAR DENGAN SAYA.
TERIMA KASIH SEBAB SAYANG SAYA.
TERIMA KASIH SEBAB IKLAS JAGA SAYA.
TERIMA KASIH KERANA SERING BUAT SAYA TERSENYUM DAN BAHAGIA.
TERIMA KASIH ATAS USAHA UNTUK JADI YANG TERBAIK BUAT SAYA.
TERIMA KASIH ATAS SEMUANYA, SEGALANYA.

SAYANG, CINTA HATIKU.  TERIMA KASIH KERANA PERTAHANKAN IKATAN KASIH INI.

p/s: i love you. and i just miss you. sorry for the tears. promise you i'll never cry for thing like this. 

Saturday, May 12, 2012

selamat hari ibu :)

ma. 



 terima kasih untuk semuanya. 
untuk membayar jasa dan pengorbanan seorang ibu, takkan aku mampu. 
yang aku mampu, 
hanya mendoakan kesejahteraan hidup seorang ibu, 
agar bahagia selalu membaluti tubuhnya. 
Tuhan, murahkan lah rezekinya. 
capaikan lah impiannya. 
dan izinkan aku, 
menjadi anak yang boleh membahagia seorang ibu. 
aku mahu senyuman itu, terus terukir di bibirnya. 
kerana, 
hanya dia ibuku. 
di dunia dan akhirat. 

terima kasih ma, selamat hari ibu. 



puisi Aku #2

tali itu pernah terikat, teguh. 
hampir saja disimpul mati. 
tapi ada tangan yang mahu meleraikan. 
lantas tali itu terputus di tengah jalan. 

hari berganti hari, 
bulan berganti bulan. 
tali itu terus disitu. 
datang sepasang tangan yang lain. 
kembali. 
mengikat semula tali yang dua itu. 
tapi ia tidak lagi sekuat dulu. 

namun untuk apa diikat lagi?
andai tali itu dibuka lagi?
dan tak mungkin terikat lagi. 


yang tercipta hanya kenangan. 
memori. 
yang akan menyesakkan jiwa. 
biarkan, biarkan ia berlalu. 
agar tidak bertandang rindu di kemudian hari. 
siapa kita untuk persoalkan apa yang berlaku.
kerana hanya DIA yang mengetahui segala. 

Friday, May 11, 2012

Lemon Vit C Mask

helo. 
lemah, semakin tak bermaya. 
sebab stress. 
tak sabar nak habis bulan May. 
tapi bulan Jun final exam pulak. 
masih lagi tak boleh relax. 
tak sempat nak menikmati saat-saat akhir sebagai seorang pelajar. 

jadi bila dah stress, muka pun makin berkerut. 
nak relax kononnya. so malam ni pakai la semula mask. 
lama pulak dah tinggalkan. 
jom pakai mask untuk meremajakan dan mencerahkan kulit.
1. cuci muka. 
2. pakai mask (10-15 minit)
3. tanggalkan mask. 
4. sapu/ratakan baki intipati daripada mask tu ke seluruh muka. 

wahh. sekarang rasa segar sikit muka. cewahhhhh. 
sikit lah. sebenarnya tak nampak sangat beza kat muka saya ni. 
yelah kan. orang lain pakai mask seminggu sekali/2 kali. 
saya pakai mask sebulan sekali. mana nampak effect. 



hari tu pakai untuk oily skin dan repairing. 
tapi apa pun tak berapa nampak. 
ni meh kita tengok cerah ke tidak si ainraus. kehkehkehkeh. 
silap-silap sang pelaut turun darat dah tak kenal kekasih hati. :P




p/s: Ya Allah. berikan lah hambamu ini kekuatan dan kesihatan yang baik. 
Ya Tuhan, izinkan lah aku menghabiskan perjuangan ini seperti yang dirancang.  
hanya padaMu aku memohon. 


Wednesday, May 9, 2012

Wordless wednesday #1


Absolute chocolate cake, with a flat white coffee.



masa bersama keluarga :)


okay. sabtu lepas. 
lepas je pwergi wedding kawan sekolah, 
saya terus shoot pergi pengkalan balak. 
whyy?
sebab my family kononnya nak bercuti kat sana. 
dah bosan dengan suasana hiruk-pikuk di kotaraya kuala lumpur. 
nak tenangkan fikiran lah kononnya. kehkehkehkehkeh. 
nak merasa suasana tenang di tepi pantai. 


so abang yang duduk menyewa kat area masjid tanah sana booking la chalet D'Nelayan. 
sebab ada swimming pool for kids. bilik tokwe dengan tok ayoh memang mengadap pantai terus. 


haaa. tu dia bebudak yang excited dapat mandi kolam. 



so nak makan malam macam biasa la kalau lepak melaka. memang cari ikan bakar. tapi kitorang tak pergi sampai ke Umbai kali ni. setakat pergi dekat area nelayan pengkalan balak tu je. dekat-dekat area restoran terapung tuh. tapi service memang teruk kali ni. maybe sebab ramaiiiiii sangat orang kot? ntah la. 



ni pantai dekat tempat yang kitorang makan waktu malam nya tu. cuma ni time kitorang datang breakfast pulak. sekali masuk dewasa RM5. then makan la sarapan sampai puas. best tak?


with the only adik. lepas breakfast main bergambar pulak sebelum balik. kehkehkeh. 




ni tokwe dan tokayoh, bersama ma dan abah kat belakang tuh. 
bawak diorang naik Melaka River Cruise tengok-tengok sekitar bandar melaka. 



aunty pun ada. 


cousins. 


so then after that, saya kembali pulang ke ayer keroh. dan mereka pulang ke chalet. 
sebab diorang balik KL isnin. 
saya perlu kembali ke alam nyata, bahawa banyak kerja perlu disiapkan. 

begitullah cerita percutian saya yang tak seberapa di saat dan ketika kesibukan tahap maksima. 
sekian. ;)




Tuesday, May 8, 2012

mahligai cinta #4

another wedding reception entry.
dont tell me you already boring with this? :)
saya takde cerita lain nak update baby blog tersayang. hihihihi.

so, ini antara rakan seperjuangan di MRSM Kuala Klawang.
dia adalah yang ke-3 sudah membina istana cinta bersama insan pilihan hati.
apa nak dikata, jodoh sudah tiba. ke pelamin lah dia.
jeles okay!
tapi sabar ain. bila tiba masanya, dan kalau benar ada jodoh. takkan ke mana ain oi!

tahniah Nur Atiqah Abd Sukur dan suami.
balik dari study di Jepun terus langsungkan perkahwinan.
semoga bahagia hendaknya dan dikurnia dengan zuriat yang soleh dan solehah.
insya Allah.


pengantin :)

ramai budak KK yang pergi. 
tak memasal je dah rindu zaman sekolah dulu. 
muka-muka tu la yang bawak segala macam kenangan sepanjang 3 tahun kat KK.
tapi muka yang sentiasa menjadi pujaan hati saya, yang sentiasa dirindu. masih ditengah laut.
penat jugak nak jawab soalan dari bebudak KK ni. 
semua nak tanya mana afiq, afiq kat mana, kenapa ain datang sorang? afiq tak datang sekali ke?
yang paling best. 
bila ain dengan afiq punya turn pulak? 
and trust me people. i dont have the answer. no. not yet maybe. 
let the time tell you when. :)


si gadis yang tak habis-habis berborak siapa next B2B. kehkehkehkeh. korang kawin la dulu ehh. ainraus & afiqsyuwari tak plan lagi bila nak kahwin nyaa. 




asha, maisarah si pengapit, saya, ernie malena. rindu gadis-gadis ini. 


ernie. orang yang paling semangat nak jumpa saya. saya pun rindu awak. percayalah. :)



eyla fadilah, ernie, awanis. :) kat belakang tu si alham nak jugak menyelit. 


sebelum pulang. masih tak puas bergambar. :) jumpa lagi kawan-kawan sekalian. 



finally. pentas dikuasai rombongan ex-KK. agaknya kalau wedding saya nanti semua warga KK datang tak? hahahahahaha. okay. perasan. bye!


p/s: susah tau bila budak KK berkumpul. mesti saya jadi rindu gilaaa kat awak. balik cepat  please!

Wednesday, May 2, 2012

selamat hari lahir kekasih hati.


selamat ulangtahun kelahiran yang ke-23 sayang.
semoga hidup awak diberkati oleh Allah.
dimurahkan rezeki.
keselamatan awak walau di mana pun terpelihara.
sekali lagi,
birthday awak tanpa celebration. tanpa kek, tanpa hadiah, tanpa keluarga, tanpa kawan rapat, tanpa saya.
jua tanpa daratan.
hari ini, 2 mei 2012.
sepatutnya hari bahagia buat awak.
tapi.
bagi saya.
ia sama seperti hari-hari lain.
saya masih setia.
menanti.
semoga jodoh kita masih dan akan berpanjangan.
insya Allah.

happy birthday darling baby! i love and miss you.

Tuesday, May 1, 2012

Lockout with Emieysandra. :)

selamat datang Mei 2012.
selamat hari pekerja Malaysia!

okay. lambat.dah nak habis hari.
tapi takpelah. nak jugak masuk entry ni dalam 1 Mei 2012.
kehkehkehkeh. mengada tak?
anyway. hari ni akhirnya saya berjumpa jugak dengan blogger kecik comel ni;



haaa. lama dah plan nak jumpa dia and makan-makan.
tapi dia ni kan bakal cikgu.
susah sikit nak keluar masuk maktab tu sesuka hati.
so harini, dapat la luangkan masa sekejap dengan dia.
maafkan saya emiey, kerana terlewat sampai.
sian dia kena beratur panjanggggg nak beli tiket wayang sebab ramai gila orang!
hari cuti la katakan. sesak jugak bumi Melaka ni kan.
pulak tu, kitorang taktau nak tengok cite apa.
Avengers saya dah tengok dengan classmate, battleship kitorang macam nak tengok.
tapi showtime pukul 5p.m.
dah la minah kecik ni kena balik sebelum pukul 7. so macam tak sempat.
last-last kitorang decide nak tengok cerita ni.


LOCKOUT

sebab saya dah lambat, maka terlepas lah showtime pagi. next, 4.40 p.m.
hambik kau! masa beli tiket tu baru je pukul 11.50 macam tu.
so mula-mula pergi makan, then tempah bilik karaoke. then jalan-jalan.
pastu pergi karaoke. pastu jalan-jalan lagi, sebelum lepak dan bergambar kat JCo Donut.
hihihihihi. tak malu kan kitorang?
pastu jalan-jalan lagi sekali sebelum masuk wayang.





over all, Lockout betul lah best.
penuh dengan aksi.
tapi. ganas lah jugak bagi saya.
tapi tak menyesal pun.
pergilah tengok!

akhir kata. terima kasih emiey. insya Allah ada rezeki, kita jumpa
lagi.


p/s: sayang. esok dah 2 Mei 2012. :)