Monday, March 26, 2012

kawan, adakah kau rasa apa yang kurasa?

ku lewati sesuatu kenangan,
betapa aku rindu. 
sungguh aku rindu. 
kau dan aku, dan mereka. 
senyum dan tertawa. 
menyimpul seribu satu rasa dan memori bersama. 
perjalanan cerita antara kita yang penuh warna dan emosi. 
kau bukan sebahagian dari cinta aku. bukan kekasih hatiku.
tapi kita bisa berbicara dan berkongsi suka duka. 
kerana kau punyai sesuatu; kefahaman hati seorang sahabat.

benar, aku sayang. terlalu sayang dan terlalu takut akan kehilangan. 
tapi seperti yang diduga. 
kehidupan telalu banyak kejutan. 
kejam? 
mungkin. 
tapi itulah yang telah menguatkan aku. 
sekuat mana pun aku berpegang dan pertahan kan persahabatan ini. 
ia tidak akan bertahan andai yang menjaganya cumalah sebelah tangan. 
kadang-kadang aku tertanya. 
mengapa tidak kau bertepuk tangan itu lebih kuat, agar ia berbunyi lebih enak?
kenapa kau hanya memberikan sebelah tangan, dan hanya menanti aku bertepuk?

kawan, 
izin kan. 
aku menyimpan semua kenangan antara kita. 
izinkan. 
aku merindu pada gelak dan tawa kita. 
izinkan. 
aku melayari semula semua cerita kita. 

semoga. kau sedar. 
selama ini. kau memang kawan terbaik yang pernah aku punya. 

Sunday, March 25, 2012

The Vow; saya menangis kerana rindu.

hey. 
dah seminggu lebih sang pelaut kembali bekerja. 
hampir seminggu jugak saya tak sihat. 
tapi Alhamdulillah sekarang dah bertambah baik. :)


The Vow. 
ramai orang bercakap tentang movie ni. 
yang mana sepatutnya jadi movie pada bulan Februari. 
sayang. sang pelaut tak sempat tengok. 
ramai kata sangat sedih, siap nangis2. 
tapi kawan saya tak nangis pun?
saya? hah! mestilah nangis. 
tapi itu pun sebab rindu kot. hihihi. 


anyway, tak perlu bercerita pasal airmata semua ni lah. 
apa yang saya nak katakan, 
semoga lelaki seperti itu, yang bergelar suami. 
masih wujud di kalangan kita. 
Tuhan, berikanlah aku seseorang yang punya kekuatan cinta macam tu. 

THE VOW; quotes.

"I vow to always hold you to tenderness.... to live within the walls of your heart and to call call it home."

"I vow to love you now and forever. I promise to never forget that this is once in a lifetime love. I vow to love you and no matter what challenges may carry us apart, we will always find a way back to each other."

"I vow to help you love life, to speak when words are needed, to share silence when they're not."



Tuesday, March 20, 2012

kuatkan aku, sayang.

seperti biasa.
saya kembali merindu.
bila si dia mula menjalani hidup di atas lautan.
semoga awak baik-baik sahaja, sayang.


kalau dulu,
mungkin saya menangis teresak-esak rindukan awak.
kemudian saya belajar untuk kuatkan hati dan emosi.
saya kurang menangis. belajar untuk terima gaya hidup semasa.
tapi saya demam panas.
terlalu rindukan awak mungkin.


kali ini.
saya katakan pada diri.
saya dah dewasa. dah cukup kuat untuk terima perpisahan sekali lagi.
saya bersedia menanggung rindu.
tak akan menangis.
percayalah, saya berjaya tahan airmata untuk merembes keluar.
hanya bergenang. rindukan suara dan senyum awak.
tapi. rupanya badan saya masih belum cukup kuat nak menahan emosi.
maaf sayang, saya tewas lagi.
tapi saya akan cuba untuk kembali sihat seperti sedia kala.


selamat malam cinta.

Saturday, March 3, 2012

A' Famosa Water World; with ladies.

helo people. 
lama kan tak menaip kat sini?
malas yang amat. tambah lagi takde cerita best nak kongsi. 
huhuhuhu. kadang-kadang rasa macam nak delete aje blog ni. 
tapi sayangggggg lah pulak. 


anyway, hari tu kan. 2 Mac 2012. 
me with the ladies of my class went to the A'Famosa water world. 
of course not all of us were there. 
some of them had their own matters to be done. 
its actually my sudden decision to join them. since my housemates were on their trip to Genting Theme park. 
and you know, i was all alone in the house. 
banyak duit kan nak pakai naik genting sana? so saya ni kena berjimat sikit untuk sem ni. banyak hal nak pakai duit. tak mampu nak habis kan beratus ringgut tu nak ikut pergi Genting. 
so why not join the water park punya plan kan? 


kitorang pergi on weekdays that was, Friday. 
sebab kononnya weekdays murah. tapi kan!!!!!!!!!
jangan percaya harga dalam website dia. 
dalam website dia cakap kalau ada mykad RM25 kan?
but for real, tiket nak masuk kena bayar RM35. harus bayar dengan harga itu. 
katanya dah termasuk dengan makan sekali lah kannnn. 
but then again, nasi ayam tanpa sup. dengan air tin. => boleh dikira sebagai menu tu berharga RM10. 
sedih betul. 


overall, i would say, okay lahh. 
agak sunyi sebab weekdays tak ramai orang. yang ada cuma kumpulan kitorang, then chinese guys and girls. yang lain banyak tourist dari belah Arab sana kot. 
nasib baik walaupun weekdays, hampir semua permainan bukak. 


ada Body Slide; turun gelongsor air tanpa pelampung tu. kena baring aje. best!
ada inner tube; yang ni ramai suka kot. turun pakai pelampung 8 tu. best jugak. 
family raft; kira macam rakit yang ala-ala pelampung. boleh naik 3 atau 4 atau 5 orang kot. best jugak laah. lebih kurang macam inner tube. 
yang agak menakutkan adalah!
high speed; yang ni tinggi gila kena panjat tangga dia. korang boleh nampak kalau kat highway plus tuh! hohoho. memang curam, laju gila turun gelongsor air yang ni. no pelampung okay. you just need to lay down. 
bahaya jugak untuk mereka yang gayat. hihihi. tapi saya sukaaaa! walaupun saya tutup muka pakai tangan. wink2*


ini ada lah sikit gambar yang sempat diambil sebelum dan sesudah mandi. masa mandi memang tak dapat lah nak tunjuk. hihihi. 











sekian, see you with next entry, Dinosour is back in Melaka. :D