Tuesday, February 14, 2012

Selamat Bertunang, Iefa.

lepas wedding, majlis tunang pulak. 
agaknya memang umur macam ni, 
dah mula sibuk terima jemputan kot?


dia ni kawan sebilik masa di matrikulasi. Pahang. 
walaupun setahun, tapi kami mesra macam dah kenal lama. 
sebilik, 4 orang. 
tapi sayang. mereka bertiga semua sambung Ijazah dekat UTM Skudai. 
saya je terperosok dekat UTeM. 
tapi saya terima. 
setiap individu punya rezeki masing-masing kan?


saya ingat lagi. sepanjang sebilik dengan diorang. 
saya selalu berlawak.konon bagi peringatan kat diorang bertiga. 
jangan ada sesiapa yang berani naik pelamin sebelum saya. 
hihihihihi. kejam kan?
sebab saya takut saya yang jadi anak dara lanjut usia *ANDALUSIA*
antara kami berempat. 






walau apa pun. tahniah Iefa. 
saya gurau je apa yang saya merepek kat matrik. 
jodoh masing-masing di tangan Tuhan. 
takkan la saya nak melawan takdir kan?
Alhamdulillah jodoh awakk dah hampir tiba. 
semoga bahagia itu akhirnya milik awak. 

p/s:untuk apa kita dengki pada kebahagiaan orang lain? kalaupun kita musnahkan bahagia dia, belum tentu kita akan memiliki bahagia itu. kan?

Sunday, February 12, 2012

pertama kali; mahligai cinta #2

orang dulu-dulu ada kepercayaan. 
kalau anak dara jadi pengapit, nanti jodoh lambat sampai. 
kadang-kadang, my mother used to believe in it. 
it's not that she dont believe in Qada' & Qadar. 
cuma bayangan, omokan orang dulu-dulu tu masih ada dalam diri. 
she's been trying so hard, to not let me be the one. 
tapi zaman sekarang, tak payah percaya sangat la kot, kan?


so. 11.02.2012
nak dijadikan cerita, 
i went for my friends's wedding. 
and last minutes, she asked me to help her;
itulah dia. pengapit pengantin perempuan. 
bidan terjun, bak kata bidalan. 


untuk pertama kalinya, jadi pengapit. 
sepatutnya jaga pengantin lah kan. 
but the fact is, im taking care of myself!
kalau ada sesiapa yang pernah baca entry saya tentang saya dan kasut tumit tinggi,
oh yes. anda akan ketahui kenapa saya menjaga diri saya lebih daripada pengantin. 
hai la hai. dah la nak berarak masuk rumah tu pengantin kena turun bukit.
orang lain semua excited tengok pengantin. 
tapi! saya, encik boyfriend dan jugak kawan saya si fazril. 
tengah cuak kalau-kalau saya yang tergolek jatuh. 
but luckily everything went smoothly. thank God. 


to Aisyah Ramani, 
i am so sorry, for leaving you for 'makan beradat/beradab?' thingy. 
we're rushing for erin's and fazril's bus. 
congratulation for your wedding anyway. 
may God bless your marriage, happily ever after. 




p/s: you guys out there, please pray for my happiness too! hihihi.





Tuesday, February 7, 2012

thank you for being with me, again.

sayang, 
awak pernah hadir dalam hidup saya. 
awak bawa senyuman dan juga tangisan. 
saya ketawa dan menangis. 
sampai suatu saat, 
awak memilih untuk pergi dari saya. 
ego. dan mentah. 
masing-masing tidak berfikiran matang. 
menyesal. 
tapi tiada siapa mahu mengalah. 


sepi. 


zaman itu sudah berlalu. 
awak datang semula dalam hidup saya. 
mula membawa sinar bahagia. 
lebih lebar senyumnya. 
lebih girang tawanya. 
mungkin lebih teruk tangisnya. 
tapi cinta itu semakin mekar. 


sayang. 
kenapa awak terlalu baik terhadap saya?
awak cinta saya, mungkin jawab awak. 
tapi awak tahu tak semakin hari, saya semakin jatuh sayang pada awak. 
hingga suatu ketika, saya takut. 
untuk bermimpi untuk kehilangan awak. 


namun, ajal maut dan jodoh semuanya di tangan Tuhan. 
semoga jodoh kita berpanjangan dan berkekalan. 
selamat kembali sayang. 
dan jangan pernah sekali-kali awak pergi tinggalkan saya lagi. 





a little surprise for him, even he hates surprise. hihihi. 

p/s: surprise ni untuk welcoming him back from the sea. but the entry. it means welcoming him back in my life. i love you darling baby!