Wednesday, January 18, 2012

dia kawan saya!

hey. hi people!
dah habis exam, macam yang disangkakan. saya kecewa sebab tak boleh perform. 
tapi apa nak buat. benda dah berlalu tak boleh nak patah balik. tawakal pada Allah je la saya mampu. 
semoga saya lulus semua subjek untuk semester 7. tiada halangan untuk saya tempuh final semester bulan 2 nanti. 
nak melegakan sedikit kekecewaan itu, saya tidur. 
nak elakkan sedih dan cemburu sebab kawan-kawan lain dating pun ye jugak. hihihihi. 
lagipun penat otak wooo. ngantok gila masa dalam exam hall.

so next, malam nya pergi lah dinner dengan cik wanie. 
dia ni bukan la kawan dari sekolah, matrikulasi atau universiti. 
tapi kitorang kenal, err. macam mana eh? 
lupa-lupa ingat lahh.
tapi sebab BF dia kawan sang pelaut yang menjadi kesayangan saya. 
kami sama-sama menanti cinta, penuh setia. 
walaupun kenal setakat dalam FB dan blog. tapi kami serasi!
boleh bercerita tentang apa saja dengan dia. dan dia sangat memahami. 
terima kasih Tuhan sebab memberi aku kawan sebaik dia. 
malam tadi bukan pertama kali kami dating, tapi dah beberapa kali. 
sebab kemesraan yang wujud dengan cepat, jadi kami tak kisah nak keluar sama-sama, lagi dan lagi!

bercerita tentang dinner tadi. 
cik wanie decide nak pergi Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru. 
okay, kepada sesiapa yang tidak tahu, NLAKB ni ada cawangan kat Dataran Pahlawan, Melaka. 
takde nya saya nak pi KL makan nasi lemak tu haa. 
hihihihi. 
tapi saya rasa biasa je, tak tahu la sedap dia kat celah mana. mungkin selera saya ni tak reti menilai kot.
nasi dia kami amik nasi lemak biasa je. RM 3.50
tapi yang penting, air dia punya cawan besar gila babe!
tak habis woiiii~
berbaloi la dengan harga air yang mahal itu. 
sila lihat gambar saya yang tak berapa comel ni haa. 
ni je entry untuk malam ni sebelum balik KL esok! yeahhuuuuuu! 

besar tak air cincau ituuuu? RM2.90 okay! paling murah kot. 


cik wanie dengan ice lemon tea. harga? lupa lah pulak. 

p.s: awak. bila kita nak dating lagi? hampir setahun dah ni. 

Tuesday, January 17, 2012

Habis dah semester 7

Alhamdulillah.
Habis dah final exam. But it didnt went very well. What to do? Past is past, right?
Looking into the future, i only have the final semester to do my very best!

So, happy holiday friends! See you in a month.
To my chinese friends, thank you for "limau". ;) and happy chinese new year!




P/s: semua orang pergi dating. Saya? :'(

Monday, January 16, 2012

Nak cakap apa pulak malam ni?

Haih. Tiap malam nak merapu kat sini. Tapi takde orang baca pun.
Dah tu pulak, tak sedar diri awak tengah final exam.
Memang selalu eh time last paper je mood study hilang ntah ke mana.
Tapi saya ni bila2 masa pun mood asik hilang. Hey la haiiiiii.
Last paper, is one of the tough subjects.
Radio frequency and microwave techniques.
Rasanya dah dua kali mention dalam blog ni. Hihihi.

Anyway. Goodluck to all of you who is sitting for the final exam.
Wish me your special luck okay?
Night love. Sleep tight.

konon la study kencang! heh~

Sunday, January 15, 2012

perempuan itu siapa buat lelaki?

Assalamualaikum W.B.T
selamat malam. eh, selamat petang. belum nak tidur lagi. hihihi. 
tapi dah tengah malam ni. selamat apa-apa je lah.


malam ni saya cuma nak meluahkan pendapat. 
berkisar tentang perkara yang makin menjadi kebiasaan pada zaman ini. 
dah, kenapa macam skema pulak penulisan malam ni?
lantaklah. ini je idea yang datang untuk menulis. 


Islam mengatakan kaum hawa tercipta dari tulang rusuk adam yang kiri.
mereka kaum yang lemah. perlu dilindungi. 
tapi yang kelihatannya kaum ini lah yang ditindas. 
mungkin juga kesilapan itu berpunca dari kami. Tuhan saja yang mengetahui.
takpelah. saya bukan daripada golongan cerdik pandai dalam ilmu agama. 
takut ada yang tersalah tafsir kalau saya beri pendapat lebih-lebih. jadi isu nanti, tak best pulak.


dalam kes ini. 
pernah juga saya terbaca dari blog seseorang. bercerita kisah yang lebih kurang isinya.
tapi maaf. sebab saya tak ingat siapa. jadi tak dapat lah nak kredit kan.


bila perempuan itu sudah terjatuh hati pada sang lelaki. 
cinta yang ternoda dek hasutan syaitan dan nafsu. 
terlupa akan kewujudan Tuhan yang Esa. 
menidakkan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, seorang anak, seorang wanita. 
yang dipandang hina itu, perempuan lah.
si lelaki yang telah merasai sesuatu yang bukan pada haknya?
tidak pulak menerima caci maki dan umpat keji. 
sedangkan kaum adam diberi 9 akal katanya?
juga bertanggungjawab melindungi kaum hawa?
saya biarkan anda fikirkan selebihnya.


seterusnya, bila perempuan yang mencintai lelaki. 
cintanya pulak jatuh kepada seseorang yang telah bergelar suami. 
ohh. perempuan itu dikatakan perampas. perosak kebahagiaan rumah tangga.
masyarakat, bukan kah kalau bertepuk sebelah tangan tak berbunyi?
lalu perlukah kesalahan itu diletakkan sepenuhnya di atas bahu perempuan?
si lelaki. atau kata nama lainnya, si suami. 
kau dengan gembira bersuka ria bersama yang tersayang. 
kau lupa pada anak dan isteri yang memerlukan kau?
ketika kau bersama keluarga pulak. 
tak terfikirkah apa yang diharap oleh perempuan yang kau simpan untuk keseronokan?
untuk mengambilnya menjadi yang halal, 
alasan kau tidak mahu meruntuhkan rumah tangga yang sedia ada. 
tak sanggup kehilangan isteri yang setia. 
hati perempuan itu pula? kau pijak sesuka hati. 
bila kau mahu kau belai. bila kau tak perlukannya, letak dia di tepi sebagai barang hiasan. 
mudah sungguh semuanya bagi kau. 


saya tak mahu berceloteh dengan panjang lebar. 
kerana ini cuma coretan yang tertulis atas pendapat peribadi. 
semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan kasihNya. 
insya Allah. 


err.serius betul entry saya kali ni. okbai!

Saturday, January 14, 2012

ain raus membebel lagi.

helo awak, awak, dan awak. apa khabar?
so baru beberapa jam lepas, sudah selesai satu paper. 
next, last paper on 17 Januari 2012. pagi. 
Radio Frequency and Microwave Technique. 
*kena beli microwave dulu sebab nak study. hihihihi. *
tapi nanti dulu lah study nya. 
relax kan otak dan minda kejap. *konon nya lah kan*


ni sekarang saya tengah pening kepala. 
sangat. sampai nak termuntah. tak tahu kenapa.
mungkin sebab makan dah tak teratur. 
perut mungkin masuk angin. tapi please, gastrik jangan datang okay?
tidur pun dah tunggang langgang.
tidur lambat. bangun? mestilah lambat! hahahahah. 
*anak dara hampeh, yes, i admit*
tapi saya gigih jugak menaip dalam gelap. 
*sebab roomate nak tidur dah*
lihat! betapa saya sayang kan blog saya. 
dan sayang awak yang sedang baca ni jugak. *wink wink*
tapi saya sedar. ini cuma blog picisan. 
yang sudi baca tu. saya berterima kasih sangat. 
sebab sudi ambil berat tentang saya. 
i mean, you care about me by reading my expression. 


so dah membebel lebih-lebih, apa yang kau nak cerita ni ain?
err. errr. 
actually. takde apa pun. cuma rasa bahagia kejap tadi. 
sebab dapat on the phone dengan sang pelaut. 
maklum lah. dah dekat setengah bulan tak dengar khabar berita.
nak SMS atau call, takde line. 
nak berbalas emel, Internet kapal hanya untuk company-captain. 
nak berutus surat kang, dah la takde alamat. kalau hantar kat pelabuhan pun, by the time surat sampai agaknya kapal dah keluar port. 
apa lahh nasib. tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya kan?
mungkin mengajar saya untuk menjadi lebih matang, berdikari, kuat? setia mungkin?
sayang, 
sehabis daya dah saya cuba untuk setia pada satu cinta. percaya lah. insya Allah. kalau dipanjangkan jodoh. tak kemana punya lah. 


okay. maaf. buat anda bosan lagi. hihihi. 
selamat malam pencinta yang setia. mimpi indah!

Friday, January 13, 2012

Friday the 13th ?

Helo. Short entry for today.
Sebab saya ada killer paper malam nanti.
13 jan 2012. 8.30 - 11.30 malam.
Digital Signal Processing.

Sama ngeri la dengan cerita mitos pasal Friday the 13th nih.
Sape yg tengok nightmare on elm street tu, kenal la dengan Freddy Krueger.
Tapi kita jangan la nak percaya sangat pada benda mengarut ni eh
Semua nya kembali kepada Tuhan yang Esa.
Semoga Dia permudahkan laluan supaya saya dapat jawab exam.
Jadi saya sambung conteng nanti ye.
Doakan saya sayang sekalian.
Selamat malam buat sang pemimpi setia.

Thursday, January 12, 2012

RentakArtis[dot]com

hey. hey. 
siapa sini tak suka gossip?
tak suka cerita pasal artis?
okay. kalau tak suka. lebih baik awak jangan baca entry ni. hihihihi. 
sebab. 
hari ni saya nak jadi mak joyah kejap. 
*kidding, kang terasa pulak orang yang bernama joyah*

actually, kali ni saya nak share. 
kalau selama ni awak, awak, awak semua ni mesti masuk blog yang glamor je kan nak tahu update pasal retis-retis dalam industry ni kan?
kadang-kadang, tak semestinya blog fofular je yang ada cerita-ceriti yang panasszz~
lerts gitu. kann?
apa kata awak, awak, dan awak jugak. 
cuba masuk blog yang baru naik ni.
cuba la klik tengok. 



amacam?dah usha?
selamat malam dunia! mimpi indah.  



Wednesday, January 11, 2012

Review: Keramat

Keramat: Apabila Keramat Ini Dibuka, Nyawa Galang-gantinya


sumber: YouTube &  MiG Online

apa yang anda expect daripada filem seram Malaysia?
macam saya ni memang la, suka tutup mata, tengok celah-celah jari, atau tutup muka dengan shawl. 
tapi itu sebab saya tak suka tengok rupa hantu tu. tapi still, saya suka tengok filem seram Malaysia. 
hihihi. okay apa saya merepek? 
abaikan saja~

macam biasa, pendapat peribadi;

banyak persoalan yang tak terjawab bila tengok filem macam ni. 
kenapa Zul yang dipilih untuk nampak apa yang berlaku pada masa dulu?
kenapa Mon yang dirasuk dgn roh Mustika?
kenapa Rebecca yang hilang anak dalam kandungan?
apa motif ini? apa motif itu?
ending dia? lagi lah tak dijangka. 
zzzzZZZzzzzZZZzzzz.
tapi kalau saya cerita banyak-banyak nanti, sian David Teo. 
dia dah la nak semua filem dia box office kan?
saya cume bagi 3.5 daripada 5 bintang. 
okay tak?

Tuesday, January 10, 2012

Review: Sesuatu yang tertinggal

helo. hey. hi!
apa khabar kawan?
so, ni saya baru balik daripada wayang. 
tengok filem seram yang menampilkan pelakon yang digilai ramai,
Zahiril Adzim dengan Shera Ayub. 
juga Sara Ali. 
best jugak tengok Sara Ali ni berlakon. macam psiko pun ada. hebat dia menghayati watak. nampak natural je. tak payah dibuat-buat. 
so inilah entry untuk review pertama dalam tahun 2012. 
senang cakap, kalau nak kritik banyak-banyak,boleh sangat! sebab fresh lagi dalam otak jalan cerita nya. 
tapi sebelum post entry ni, saya tengok macam banyak komen -ve je pasal filem ni. 
macam kesian pun ada. 


tapi apa pun, memang betul. 
idea utama cerita ni dah menarik dah. kira boleh layan laa.
walaupun seram, pengarah dapat buatkan orang ketawa dalam wayang. 
mula-mula konfius jugak. 
"aku ni tengok filem seram ke apa?"
nak mula plot seram tu agak lambat la. 
boleh tahan lama juga nak tunggu gimik-gimik saya tutup muka ni kann. 


maybe lebih mudah saya cerita kan secara simple di mana silapnya. 

Mona. kena rasuk lepas tengok cermin kecik dimana suatu masa dulu bomoh tu perangkap benda halus ni dalam cermin. benda halus ni membolehkan Mona balas dendam pada budak sekolah yang selalu kacau hidup dia. tapi yang pelik, macam mana sampai boleh membunuh dengan cara yang mengerikan? huiiihhhh.
lepas tu walaupun dah menumpang dalam badan Mona, sesenang je dia keluar, masuk pulak badan orang lain?

Asyraf. budak kecik yang sangat lahhh comel. rasa nak gigit aje pipi tembam dia tuh. siap nak main Spirit of the coin sebab nak jumpa ibu ayah. alahai. kesiannyaa.sedih sekejap. tapi budak kecik ni pandai pulak berlakon bila part kena rasuk tu. tapi macam lawak lahh. tak tau kenapa.

Murni. budak-budak lain takut nak main atau berkawan dengan dia sebab ingat kan dia gila. selalu cakap sorang-sorang.sebelum habis filem ni, budak ni tak kena apa2,tak kena kacau dengan benda halus tu  sebab dia ada 'penjaga'.  err. pengarah tanak panjangkan cerita agaknya. sebab tu dia tanak pergi detail kan lagi pasal macam mana Murni boleh ada penjaga tuh.

ending filem ni paling tak boleh blahhh. setakat letak cermin besar, tak payah baca ayat apa2, tak payah buat apa2. tetiba terus benda halus tu ditangkap, masuk dalam cermin? maksudnya boleh tangkap dia dgn apa2 cermin je ke? siap lagi tu tarik sekali budak-budak ni masuk ke alam yang lain? ending dia macam tu je. dah la tak tahu benda halus tu datang dari mana sejarahnya. haishhh.
kecewa. kecewa. kecewa.


takkan nak buat sambungan pulak?
anyway, ini hanya pendapat peribadi. 

Sunday, January 8, 2012

so, pilih dekat atau jauh?

takut sebenarnya nak taip enty ni. 
takut orang bosan, jemu, geli nak baca. 
tak habis2 cerita hal yang sama. 
tapi saya tak ada diary nak luahkan semua ni. 
lagipun ada ke orang yang singgah dan baca blog macam ni?

anyway, kepada kawan-kawan yang rajin singgah.
kawan jauh, kawan dekat, kawan realiti atau kawan di alam cyber  
terima kasih. 
you have no idea how much i appreciate you. 
by reading mine, i know you care. 
i love every words that you leave for me. 
trust me. 

again, Love. 
kalau pilih yang dekat, 
boleh msg dan call setiap masa. 
jumpa tiap hari. 
sentiasa ada di kala kita susah. 
tapi kalau pilih yang jauh. 
msg? call? mahal la pulak. kalau ada duit pun, bukannya ada line kan?
nak jumpa? tunggu lah bila masanya tiba. 
masalahnya kita manusia. menunggu tu lah paling kita benci kan?
kalau setakat tunggu 2 ke 3 jam pun saya dah bising, membebel. 
apatah lagi tunggu 2 ke 3 minggu hanya untuk dapat khabar berita. 
tu belum masuk tunggu 7 ke 8 bulan baru boleh jumpa. 
bila masa susah, saya harap dia ada di sisi. bantu mana yang boleh. 
bila saya sedih, saya nak dengar kata-kata nasihat dia. 
tapi apa boleh saya buat?
pendam sajalah~
kalau ingat nak cerita lepas setengah tahun terpisah, 
nanti saya ceritalah. 

mungkin ada yang di luar sana, 
semudah bicara:
>> alahhhh. tunggu je lah. itu pun nak bising. 
>> BF je pun. mengada je lebih
>> orang lain ada ynag terpisah lagi lama, relax je.

yang paling selalu orang cakap:
>> dah tahu susah, kenapa tak bercinta je dengan orang dekat? nak jugak pilih orang jauh. bagi mereka, tak adil kita susah kan kawan, lelaki. bila kita hanya perlu mereka di saat susah.  
*tapi niat saya hanya untuk berkawan. siapa kata siapa perlu kawan lelaki hanya bila masa susah?ada je masa dan ketika, bila masa saya senang, bergembira saya habiskan dengan diorang. tak terfikir ke masa tu betapa saya rasa kasihan pada yang si kejauhan punya perasaan?

as a matter of fact, people can say whatever they want and think. never think what we feel inside. only people who had gone through in the shoes, will always understand the tears. 

p/s: love, i miss you. so much. 

Saturday, January 7, 2012

Bebelan Si Gadis #3

okay. 
tadi malam, konon-konon nak pergi makan malam dengan cik FK.
macam biasa. saya paling susah nak decide nak makan kat mana. 
so end up she decided to go to Pizza Hut Batu Berendam. 
sebab tiba-tiba dia teringin lah agaknya. 
jadi saya tak kisah la nak makan mana pun asalkan tak perlu decide. 
pakai spek mata. *sebab saya rabun silau*
and go!


malam, tak ramai sangat orang kat Pizza Hut. 
Island Supreme, mine. and Royal Masala, hers. *cik FK punya pedas.lepas ni tanak order dah. *
Temoura Calamari , Ice Cream. 
makan punya makan. kenyang lah akhirnya. Alhamdulillah. 
bila tiba part nak bayar ni macam biasalah. 
kira kau punya, kira aku punya. cik FK pun letak bahagian dia. 
saya ni punya lah mencari dalam beg, 
RUPA-RUPANYA BEG DUIT TERTINGGAL!
masa tu punya lahhhh terkejut. cuak. suspen. 
semua ada lahh. 
bukan sebab takut kena basuh pinggan. 
itu cik FK boleh laa nak dulukan duit dia kann. *apa la guna kawan kalau tak dpt tolong.cewahhh. hihihihi*


the most scary part is that i dont have the IC and driving licence!
ohh God knows what i feel that moment. 
dah la muka saya ni memanjang asik kena tahan dengan JPJ lah, Polis lah. 
kang buat nya tetiba ada road block lagi?
tak ke haruuuuuu. 
tapi nasib baik. 
nothing happened. thank God. 
menggigil jugak lah tangan dan kaki tu kannn. 


jadi peringatan, sendiri mau ingat lah ye cik Ain.  


and one more thing, i just feel comfortable. honored. 
bila salesman, saleswoman, waiter or waitresses or whoever, 
called me 'Kak'. 
yes, i admit.
kalau dulu mungkin rasa tuanya aku kau panggil aku kakak!
tapi sekarang, rasa lebih selamat, selesa. 
at least dia hormat kita sikit kann. 
*okay, perasan*


p/s: awak. kalau lah awak tahu betapa saya menahan rindu. dapat bercakap dengan awak seminit pun jadilahh. sekurang-kurangnya saya tahu awak selamat. 

Friday, January 6, 2012

Bebelan Si Gadis #2

hey. hey. 
dah miss entry untuk 5 Jan 2012. 
alahai. *buat muka sedih*
konon2 semalam tanak update sebab ada paper pertama. 
Digital Communication System
masa study otak tepu macam lah dah belajar banyak sangattttttttttttttttttt!
at the end, terkontang-kanting jugak dalam dewan. 
tawakal je lah. 
semoga aku lulus, sudah. 
taknak berharap tinggi untuk cemerlang. 
bukan sebab apa, kang kalau dah terkandas, terduduk sampai tak boleh nak bangun dan berdiri lagi. 
kecewa, bukan boleh dibuat main. 


nak dijadikan cerita, 
lepas exam, terus lepak gerai Cendol kat Bukit Katil. 
hoi! lama gila dah nak pekena Cendol. 
nasib baik cendol dia boleh tahan. *muka puas*
tapi Air Batu Campur (ABC) dia lagi sedap kot daripada Cendol. 
Goreng Pisang panas-panas makan kat situ jugak. 
hilang sikit rasa terkilan dan kecewa tak boleh jawab exam. 


tapi lepas balik tuh, 
tido macam orang pengsan. 
tak cukup tidur ah konon-konon. 
ceh. tak boleh harap. 
Projek Sarjana Muda (PSM) 1 tak jugak setel lagi. 
ain la hai. bila nak sedari diri ni?


okay. apa yang aku membebel ni? 
sebenarnya, ada banyak benda nak cerita. 
tapi sebab dah tangguh. macam biasa. LUPA!
ini lah nasib orang yang cepat lupa. muda lagi tuh. 
dah tua nanti tak tahu la. 

p/s: sang pelaut, awak kata awak nak wish saya sebelum exam. takde pun? lama dah awak menyepi. semoga awak baik-baik sayang. saya, rindu. 

Wednesday, January 4, 2012

mana lagi kau nak lari sayang?

kawan-kawan saling bermesej dengan yang tersayang. 
bersiap secantik yang boleh nak dating. 
tengok wayang sama-sama. 
makan dengan kekasih hati sambil bergelak ketawa. 
call, mengadu itu dan ini. 
berkongsi masalah. 
online dan bergurau senda. 
mereka nampak happy. 

aku?
mencari kawan nak teman bersuka ria. 
mengharap kawan untuk makan bersama. 
sering menjeling phone. 
kot lahh nak berbunyi masuk mesej dari si dia. 
lama dah tak bersiap cantik-cantik untuk yang dirindu. 
nak mesej jugak. 
nak call jugak. 
rindu tahu?

kalau aku susah, aku nak kau ada dengan aku. 
kalau aku sedih, aku nak kau dengar rintihan aku. 
kalau aku gembira, aku nak kau dengar celoteh aku. 
tapi tak mengapa. 
aku tunggu kau kembali, sayang! 

dan, terima kasih kawan-kawan! kerana sentiasa ada di sis!

p/s: maaf. entry asik jiwang dan emo. tapi sini je lah tempat nak meluahkan segala yang terbuku di hati. 

Tuesday, January 3, 2012

cinta itu derita. #puisiAku

siapa kata merindu kerja mudah?
bila kita merindu, hati dan minda asyik terfikirkan si dia
yang mungkin sudah lama kita tinggalkan. 
atau mungkin jua seseorang yang meninggalkan.
perpisahan sementara, perpisahan selamanya. 
tidak pernah gagal mengundang rindu. 
mengapa merindu? andai tiada cinta di hati?
maka, salahkan cinta yang membawa derita itu!

tapi kita lupa.
tanpa cinta kita tidak mungkin menyayangi, tidak akan disayangi. 
lalu harus terisi dengan apa hidup ini?
senyum? tawa? tangis?
seperti kanvas putih yang tak punya corak dan warna. 
oh. aku bosan begitu. 
aku rela derita kerana kau cinta. 

Monday, January 2, 2012

merindu sahabat itu salah?

setiap daripada kita mungkin punya sahabat, teman, kawan baik. 
atau apa saja istilah yang melambangkan keakraban yang tak ternilai. 
persahabatan. 
bukan satu ikatan yang kita pinta untuk berakhir. 
apatah lagi dalam akhiran yang tidak dijangka. 


berkenalan. 
senyum. dan kemudian ketawa. 
bersuka ria dan berduka lara. 
semuanya kita lalui bersama. 
susah, atau senang. 
tetap teguh setia di sisi. 
bukan cinta sebagai kekasih. 
tapi kasih dan sayang hanya sebagai teman


bermula dengan keluar bersama teman-teman yang lain. 
berkongsi masalah . 
sama-sama saling menasihati. 
tengok wayang. main boling. keluar makan. 
assignment satu kumpulan. lab partner. 
study, walaupun masing-masing di hostel sendiri. 
mesej dan call. alam maya. 
dan suatu memori persahabatan yang tak terungkap. 
tapi. 
kita yang merancang untuk mengekalkan persahabatan itu. 
kita lupa Dia yang menentukan segalanya. 
kita terpisah. 
jasad mungkin sentiasa dekat antara satu sama lain. 
tapi tidak hati dan jiwa. 
tiada senyum, tiada patah perkataan. 


mungkin itu yang terbaik buat kau dan dia. 
cuma semoga suatu hari, dia akan sedar. 
bahawa aku tak pernah terniat, atau berniat. untuk merampas kau sebagai kekasihnya. 
semoga kau sentiasa bahagia bersamanya. 
dan jangan kau pinta untuk aku kembali bersahabat bagai dulu. 
sungguh. aku kecewa. 
tapi aku rindu. 
salahkah itu?


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN yang ke-23, teman. 
semoga kau sentiasa dalam lindunganNya. 

Sunday, January 1, 2012

welcoming 2012 with BBQ!

walaupun agak tertekan dengan Laporan Projek Sarjana Muda 1 (PSM1),
stress dengan kedatangan peperiksaan akhir semester (Final Exam),
tension dengan segala yang ada.
kami sambut jugak kehadiran tahun baru 2012.
terima kasih kawan-kawan atas senyuman dan tawa anda semua. :)
harini hari pertama kita melangkah ke tahun 2012,
tapi insya Allah, tahun ini lah tahun terakhir kita bergelar pelajar Sarjana Muda.
semoga setiap apa yang dirancang menjadi kenyataan!
























may this year filled with bless!

p/s: i miss you so much darling.