Wednesday, December 19, 2012

Reminder to myself.

Hidup kita. Punya jalan yang berbeza untuk setiap individu. Sering saja kita rasa, oh. Jalan hidup dia sentiasa nampak indah. Penuh dengan senyum semata. Pandang diri kita, cuma yang kelihatan yang sedih-sedih saja.

Kadang kala mesti terdetik di hati. Alangkah bagus kalau kita dapat jalani hidup seperti dia. Saat itu, kita terlupa. Ramai lagi yang mahu merasa apa yang kita rasa.

Saya lupa. Pada bahagian masing masing, rezeki masing masing. Tak semestinya dia senyum sekarang, dia akan senyum hari esok. Tak pula saya akam muram dan suram hingga ke ahir hari. Mungki esok atau lusa, giliran saya untuk merasa gembira?

Ingatkan saya. Bahawa di atas sana ada Tuhan sebaik baik perancang. Disusun hidup kita sebaik mungkin. Berhenti merasa dengki, iri hati dan cemburu akan kehidupan mereka yg lain. Ain, belajar untuk menerima dengan redha, belajar untuk senyum terima setiap yang berlaku. Hati, mungkin saja diusik syaitan. Mengada-ngada.


P/s: aku makin keliru. Moga hati ini tetap pada sang pelaut. Walaupun setia itu tak mudah, tapi tetap tak susah. :)

Posted via DraftCraft app

5 comments:

✿A I N A A✿ said...

semoga Allah beri pertunjuk pada sis ye.. Amin... Life is circle means cycle.. once on the top, and once on the bottom... so kita kena bersiap sedia...

fifie said...

Fie pun macam tu ain, selalu tengok kawan2 yang kaya. Best nya jadi diorang tak perlu kerja boleh shopping gila gila banyak. Tapi dia pun tak lah bahagia seperti yang kita lihat

MizzTina said...

ain, ada masalah ke..

Wan Afzan said...

Nice entry.. Dlm segala ha
, tawakal kepdaNya.. Sebab Dia yg susun jln hidup kita.. Cuma kne berusaha ke arah kebaikan ..

Hasrina said...

a very good reminder to my self too