Thursday, December 6, 2012

Awak nak jadi siapa?

Jadi kanak-kanak, asyik nak bergaduh bertengkar. "Taknak kawan kau, jangan kawan dia, kawan dia tipu-tipu je." Bosan asyik dibuli. Nak cepat-cepat besar. Boleh pakai cantik-cantik. Boleh simpan rambut panjang sebab dah boleh jaga diri sendiri.


Bila dah remaja, krisis identiti. Tercari-cari arah nak tuju dalam hidup. Nak jadi macam dia ni, nak cantik macam dia tu, nak jadi cool macam orang tu, nak jadi hebat macam orang ni. Perasaan nak mencuba itu ini, nak memberontak bila tak dapat sesuatu. Tak sabar nak jadi dewasa. Boleh bebas sebebas-bebasnya.


Akhirnya sudah dewasa. Ingat hidup akan jadi lebih gembira? Tidak. Not at all! Now i know rhe hardship to start a new life. Ntah macam ibu ayah kita dulu mulakan hidup.

Jadi dewasa ternyata tidak mudah. Lagi banyak hal nak fikir. Lagi besar tanggungjawab nak pikul. Emosi makin pelbagai. Hingga suatu tahap, rasa nak menangis pun takde air mata. Jalan makin berliku. Tak ada jalan yang straight. Even highway pun punya selekoh.


So, people. Being a human is not easy, but that's so called life right? Kalau hidup ini terlalu mudah takde cabaran, takde dugaan. Mana warna warni kehidupan? Bosannya!


Maka kesimpulannya, ain. Berhenti mengeluh walaupun penat hati, penat otak, penat perasaan. Tanggung semuanya dengan tabah. Itulah corak hidup awak yang membezakan awak dgn insan lain.

7 comments:

cik nana said...

sabarlah sayang. cabaran seiring dgn usia kite. makin besar cabaran hidup awak, tu tanda awak dah matang dan mampu nak hadapi segalanya.

p/s : dah besar dah boleh kawin. ;)

✿A I N A A✿ said...

betul tu sis.. dlu kecik2 ngat dah besar ni best sebab boleh jd tinggi cam orang lain.. rupa2nya, kesabaran dan ketahanan juga kena tinggi.. =D

fifie said...

Bila penat kerja dan sometimes rasa gaji tak berbaloi dengan penat tiba tiba rasa enak lagi jadi pelajar. Takde duit mintak dengan parents, penat pun taklah sangat. Huhu. Sabar lah ain :)

ezasunflower said...

Hidup satu proses.. setiap hari adalah proses yang tak ada penyudah, dan proses hanya terhenti bila kita mati.. =)

Kidd Fallen said...

Hahaha seriously it's a true story! In the end, being a kid is a lot more easier. The only problem occurred is "What to play today?". miahaha miss le old moment.

Hasrina said...

okkk

Misz Wati said...

Slm ain. Nice sharing. Mohon share ye. T kasih.