Friday, October 5, 2012

Si Dia, milik aku. Izinkan aku simpan selamanya

Kadang kadang,
kita tak perlukan si dia yang romantik.
Tak perlu si dia yang pandai buat kejutan.
Tak perlu si dia yang bermulut manis seperti insan lain,
Menulis puisi buat sang kekasih.

Aku tak perlukan si dia yang pandai menambat hati
Seperti drama di kaca TV.
Aku tak mahu jejaka kacak yang menjadi pujaan hati wanita lain.
Aku tak mahu ditaburi wang dan benda mewah yang kononnya boleh beri kebahagiaan.

Tidak, aku tak mahu dan aku tidak perlukan semua itu.
Kalau dulu aku sering mengeluh kenapa kita sering berjauhan.
Tapi kini aku terima,
Yang aku mahu dan perlu, cuma si dia.

Dia yang tahu gerak geri dan perlakuanku tika aku dirundung sepi, didatangkan dengan masalah.
Dia yang mudah memahami bahasa jiwaku.
Dia yang tidak pernah jemu membantu aku dari segenap sudut.
Dia yang tidak pernah mengeluh akan sikap ku yang tidak-tidak.
Baran tidak bertempat mungkin, emosi tak mengira masa aku kira.
Namun dia masih di situ, setia menemani aku.
Ada ketika aku tertawa, ada tika aku berduka, tangisku, sudah sebati dalam jiwanya.

Terima kasih sayang. Semoga perasaan ini kekal ke akhirnya.

P/s: God knows what's the best for you ain. Keep believing. Do not give up. Rezeki ada di mana-mana. Bumi Allah terlalu luas.

Posted via DraftCraft app

14 comments:

Cik Aini said...

ececece
moga bahagia selamanya :)

cik nana said...

insyallah kalau kita memang sebahagian tulang rusuk si dia. insyallah susah senang dugaan kita, si dia tetap milik kita..

asfira aminuddin said...

so sweet! semoga semua perkara yg u bwat, semuanya akan berjalan lancar :)

hana_aniz said...

moga berjodoh di dunia dan di akhirat. aamiin! ^_^

Siti Safiyyah said...

kalau si dia itu memang diciptakan buat kamu, insya-Allah kamu akan disatukan walau dalam macam mana keadaan sekalipun. cuma sebaiknya jagalah hubungan itu dan jangan dinodai dengan perkara2 yang tak baik. semoga ada sinar kebahagiaan menanti kamu, cik ain ;)

p/s: tq sudi follow kite. kite jugak dah follow kat sini heee

Nurulee said...

Semoga berbahagia both of you =D

Everything's Everythings said...

itulah namanya cinta kan? ^^
saling melengkapi.. semoga kekal bahagia smpai bila2 :D

✿Lady Ainaa✿ said...

itu baru dinamakan cinta sebenarnya... menyintai kita seadaa... ^.^ semoga bhgia ye dear... untung sis ^.^

intan.maisarah said...

ain,..
selamanya jiwang


rindu ko oii

dya bunga said...

ala...sweetnya

Indah Mulya said...

it's not easy to find a soulmate rsnya ain..awk cm da jmpe da orgnye..hehe..smoga perasaan itu kekal slamanya :)

zila manaf said...

atotototo;p

kay_are said...

semoga kekal hingga akhir hayat ye.. time r die seadanya ok? =)

Lyaa Suriany said...

yg penting trust each other .
insyaAllah