Tuesday, October 2, 2012

China Blue; Marks and Spencer

hi awak semua. :(
kita punya mood nak update blog asik hilang je. sebab stress. kadang-kadang dah macam putus asa pun ada. dah lebih 3 bulan menganggur. keje tak dapat lagi.

okay. tipu. jumaat lepas dah pegi interview. dan dah dapat pun. semalam sepatutnya mula kerja. tapi. emmmm. cane nak cakap ehh? maybe korang kata saya ni memilih atau demand. you can say whatever you want. tapi. bukan sebab gaji. tapi sebab kerjanya shift. jauh pulak tu dari putrajaya. ma abah macam berat hati je nak bagi balik pagi-pagi buta pukul 2 ke 3 pagi. sengsorang pulak tu kan. dan ada la perkiraan yang rasanya macam tak berbaloi nak kerja kat situ. jadi sekarang, masih mengadap lappy untuk mencari peluang. doakan saya please.

anyway, entry ni sebenarnya nak detail-kan previous entry. ramai nak tau kaannnn? eceehhhh. ramai la sangat! (Floral Heritage) China Blue from Marks and Spencer ni bau dia cane ehh nak cakap? alaaa. bau macam fresh gitu laaa. dia ada set lengkap untuk setiap harumannya. aicehh ayat.

ada Deodoran, Bedak, Handwash, Shower cream, bath cream, bath essence, hand and body lotion, hand and nail cream, 3 in 1 spray (body, room and linen). tapi saya tipu sikit. actually gambar kat entry lepas tu adalah bath cream. bukan shower cream. hikhikhik. bath cream ni digunakan kalau orang yang ada bath tub tu. :P tapi sebab bath cream macam lebih kurang dgn shower cream, dan bath cream jauhhhhhh lagi berbaloi, so saya pakai bath cream tu masa mandi shower. okay. jangan gelak please. lepas tu pakai hand and body lotion, dan jugak body spray. weeeeehuuuu! sang pelaut sukaa tau bau ni. wangi!


bath cream 500ml-RM24 


hand and body lotion 250ml- RM24
body, room, linen spray 100ml- RM49



kalau korang nak try rangkaian ni boleh la pergi melawat Marks and Spencer. cawangan M&S adalah seperti di bawah:


  • The Gardens
  • One Utama
  • Sunway Pyramid
  • KLCC
  • Paradigm Mall
haaaa. selain China Blue, saya jatuh hati dengan bau Iris. okay 2 tu bau saya. jangan curi okay. pilih bau lain macam Rose, Lavender, Camelia, Magnolia. semua floral punya fragrance. 

susah sangat, korang klik je >> marks & spencer

12 comments:

Jna marcello said...

pasal kerja tuuu..yes bettr dont.bahya laa..body lotion tu mcm menarik nakk try laa tq for sharingggg

cik nana said...

ain, mungkin bukan rezeki insyallah ad keje lain dah tunggu lepas ni..

fifie said...

Fie pun dah dapat offer dekat KL, tapi again ayah tak bagi. Sedih jugak tapi bila dihitung hitung entah la tak berbaloi rasanya. hehe..,

Fie tak pakai body lotion malas ke melekit ke tak suka ke tak tahu. haha

Didiey Fadhilah Ramli said...

InsyaAllah, rezeki awak mesti ada. Sabar, usaha & doa. :)

MizzTina said...

dik, okla klu awk tolak sbb btl la, parents akn risau bila anak dara diorg blik lewat.. keje tnpa restu family pun ssh..



hurmm, jauhnya cawangan M&S tu.. apsal kt alamanda xde??

TiranaAduka said...

kalau dah rezeki tak kemana.usah jemu mencuba.. Usaha itu tangga kejayaan

comeliness_zaty said...

cik ain, anda duduk di presint brape kah? hehe..

InsyaAllah ada lah tu rezeki kat tempat lain..jangan risau ye dear..

Everything's Everythings said...

Yup, lebih baik berjaga2 kan?
xpe demand sikit yg penting kita selamat inshaAllah ^^

Gd luck dlm mencari pekerjaan nnti ;D

Indah Mulya said...

cantek btol packaging botol2 tuh..haha..yg tu plak la yg dikomen..sy mls nk pkai lotion..tak disiplin sungguh kalo bab nyapu lotion..wuwuwu

Lyaa Suriany said...

3 bulan menggangur tu lbh krg kite dah

sabar je
nanti ada rezeki yg lbh baik la tu


bath cream tu nampak menggoda jiwa laaaa

nur hidayah isa said...

dok putrajaya ek? kat mana?

kay_are said...

nanti dapat r tu keje lain.. yang penting rajin2 mencari sampai dpat.. pasal bath cream tu, tak reti nak komen pe.. huu