Tuesday, September 4, 2012

Raya kan sebulan. :)

selamat hari raya! maaf zahir batin! entry ini terlalu lambat. yes, i admit. tapi raya kan sebulan? kalau nak bagi saya duit raya pun boleh lagi ni. hikhikhik. nak no akaun tak? *winkwink*

lama kan kita tak jenguk dunia kat sini. rindu rindu rindu! raya tahun ni agak suram buat saya. cewah. suram kau! takde perkataan lagi sesuai ke? actually, bukan la suram apa pun. tapi sebab macam biasa, cinta hati saya si pelaut tu masih tak dapat raya kat darat tahun ni. kesian dia. lepas tu tok ayah kita kena operate kat Assunta Hospital. keluar hospital sehari sebelum raya. so plan nak balik kelantan semua cancel. yela. takkan baru lepas operation tok ayah kita nak duduk dalam kereta untuk long journey pulak kan? huhuhu. 

so raya pertama kita kat KL je laa. macam tahun tahun sudah jugak. tapi bersyukur sebab masih dikelilingi kerluarga tersayang kan? pastu keluar pegi umah nenek sedara kat area KL jugak. then baru balik Negeri Sembilan. ntah kenapa adik beradik abah teringin nak berkumpul kat N9 tu. mulanya seram jugak sebab rumah tinggal bertahun lamanya kan. bukan seram apa. cuma takut binatang macam cik **pan tu je. seumur hidup ni dah 2 kali kena gigit cik **pan. sakit!tapi Alhamdulillah. nothing happen.  

keseluruhannya, macam tu lah raya saya. takde pun jalan jalan raya umah kawan kawan cam tahun lepas. jemputan rumah terbuka pun tak banyak. sedih kan? lastly, layan kan aje la gambar di pagi raya di kota Kuala Lumpur ni. :)



baju ni buat saya nampak gemuk kannn? sedih. :(



the only adik and abang in this world. 



beloved family. cinta matiku. 



cucu dara tok ayah. hikhikhik. 



okay budak kecik ni gelarkan diri dia ubi kayu. can you believe this? -.-

sampai sini je dulu okay? nanti kita jumpa next entry. :) sesapa nak buat open house, jemput la saya. hihihihi. okay. tak malu. bye!

11 comments:

cik nana said...

suram2 pun tgk baju tuu biruuu u ! si pelaut-pelaut memang beraye kat laut.uhuk.insyallah raye tahun depan maybe?slmt hari raya ain ;)

cik.belog said...

tema biru eh.. cantiknya.. selama hari raya ! :D

fifie said...

Ain lama gila tau tunggu awak punya entri raya. huhu. Lisa pun sama, masih tak ada entri raya. Btw, baby blue tu comellll

MizzTina said...

awk tu, bila nk jemput akak dtg umh beraya?

gdsbnga said...

raya gua seminggu je :(

azalia hjsalleh said...

cantik warna biru =)
i loike

comeliness_zaty said...

e'eh..kite same. Blue theme. hehe..tp wondering, knape bdk kecik tu panggil diri dye ubi kayu? huhu

Ain Dzaya said...

lipan??!! eww amat menggelikan jasmani ain >.<

emieysandra said...

xrase dh suasana raya sebulan, dtg melaka je trus fokus pd tesis. huhu..

p/s : rindu ain, nti sblum emiey abis study kite jumpe eh kt KL lak =)

Hasrina said...

cantik2 cantik color bajuu

msredcheesecake said...

akk beraya kat shah alam tahun ni tapi merasa gkla balik kpg kejap...