Friday, September 7, 2012

luahan si penganggur.

hey. hi!

supposely saya dalam mood raya lagi. tapi kan. sebab takde jemputan rumah terbuka. hati ni rasa sunyi lah. *eh gediklah kau* duduk kat rumah je, terperap. bosan tahu? rasa macam nak nangis je. cemburu tengok kawan kawan lain dah mula kerja. dah makin ramai yang dah tak duduk rumah habiskan masa dengan sia sia. 

kesat air mata. *biarlah takde air pun*

bila ni nak panggil interview? rasa macam loser sangat sangat dah ni. orang mungkin kata;

"relaks laa. buat apa nak gopoh2 kerja? "
"duduk je rumah. nanti kalau dah kerja mesti rindu nak lepak rumah"
"alaa. baru 2 3 bulan. bukannya lama sangat. "

dan bermacam ayat keluar. actually memang betul pun statement di atas. tapi kan. ralat jugak lahhh bila nak keluar dengan kawan kawan kena meminta kat parent. diorang memang la tak kisah. tapi, malu tu tetap ada. segan lagi. haihhhhh. bila duduk rumah diam-diam, rasa bosan. baik kerja kalau apa pun tak boleh buat. kan?

diam kejap. 

tapi apa nak buat? kita kena percaya pada ketentuan Allah. Tuhan kata rezeki kau belum sampai. maka, bersabarlah dan terus berdoa. 



maaf. entry kali ni dah takde modal nak cerita apa. stress ni take over pulak. sampai jerawat lumba lumba naik kat muka. nangis!

4 comments:

fifie said...

bab yang nak keluar kena meminta dengan parents tu yang tak sedap. Fie macam tu la sekarang, nak beli itu ini pun fikir banyak kali.

cik.belog said...

eh same la kite pon.. ni pon lisa tgh google keje kosonng.. so far dkt 10 org da tnye bila nk keje .. malunye xtau nk cakap sbb mcm kite ni melenggang je duk umah.. padahal kite tunggu je interview.. huaaaa

cik nana said...

+ve ain, +ve. insyallah tuhan dah sediakan yg terbaik utk kite. mungkin lambat tu ada kebaikan nye. kalau ikutkan hati memang bosan dah duk umah ni.tapi takpelah mungkin rezeki tu lepas konvo. insyallah.

Arham Md Ali said...

Still student eh? Saya lelaki pun nak keluar mana-mana or nak beli apa-apa still kene mintak ngan parents tau.