Monday, August 6, 2012

Restoran Mattop Bariani Batu Pahat, Bangi


Yeay! Akhirnya dapat jugak berbuka puasa dengan kawan kawan UTeM. Best bila lepak dengan kawan kawan. Terasa diri mi muda pulak. Wahhhhh! Dah macam tua sangat la konon kan? ;) hihihihih.

Kami berbuka dekat satu restoran buffet beriani ni. Dah reserved dah plan, baru kawan saya bagitau yang restoran ni baru je masuk dalam tv, slot Jalan Jalan Cari Makan. Bangga kejap sebab nak perhi berbuka kat restoran yang masuk tv. Kehkehkehkeh. Okay gedik disitu, abaikan.

Okay, after berbuka, i can conclude my own opinion. I repeat, ini pendaat peribadi. Tiada unsur hasutan orang lain atau dibayar apa apa ye.

Bayaran dia nampak macam affordable, RM 28 nett per adult, RM15 untuk kanak kanak 7-12 tahun. Buffet style, so orang akan plan duduk lama lama la kan? Berbuka tu makan makan, pastu stop jap solat, lepas tu mesti la kita akan sambung makan, betul? Tapi sayangnya, restoran ni dah mula berkemas dalam pukul 8 lebih. Wuwuwuwu. Sedih tauuuu. Masa berbuka saya makan nasi beriani lauk ayam sambal, dengan daging. Kambing saya tak makan, so agak rugi sikit disitu. Then, saya makan buah buahan sikit dengan kentang goreng. Air sejuk, sirap limau dengan teh panas. Pastu stop kejap lah, tumpang semayang kat kedai tu. then bila nak sambung makan lagi, alaaaaaaaaaaa. :( air panas dah takde. Air sejuk pun tinggal air warna hijau je. Tau tau air apa. Tu pun dah nak habis. Sempat la saya amik mee kari. Lepas tu macam nak makan lagi bihun goreng dia atau kuih muih macam tak best pulak. Sebab pekerja dia dah mula mengemas kerusi meja. Akhirnya kami pulang,

But overall, serius cakap nasi beriani dia memang sedap! Mee kari pun boleh tahan. Cuma masa singkat sangat, tak sempat ulang-ulang makan. Tak berapa puas laa. Huhuhuh.

Jadi saya nak recommend korang pun 50-50. Kalau sanggup bayar untuk beriani sedap, boleh la pergi. :) tapi kalau niat memang nak makan buffet, nak ulang-ulang, this is not the place.
















P/s: sapa dah dapat kad raya saya? Wink wink. ;)

7 comments:

fifie said...

Habis apa jadah dia buat buffet kalau pukul 8 dah kemas kedai? Biasa lah orang Islam, lepas makan stop sembahyang kejap then nak sambung-sambung lagi. Maaf ternaik angin. hikhik

Liza Razak said...

eh...cepatnye diorang tutup kedai...x patut betul

MizzTina said...

laaa, mcm tu lak.. baik buat ala carte je..

Lyaa Suriany said...

feh. awal btl mengemassss

asfira aminuddin said...

amboi takkan makan setengah jam je kan. pelik gile restoran ni. hehe. btw i pon suke briyani :)

cik nana said...

boleh macam tu..tak patut betul kedai ni.

Ain Dzaya said...

awwrr..memang mattop betulla nasi beriani dia ea sis?!