Monday, April 2, 2012

selamat datang April.

entry ni terlewat beberapa hari. 
dah masuk bulan April. 
tak sampai 3 bulan je lagi, insya Allah. 
kehidupan sebagai seorang pelajar dah nak sampai ke penghujungnya. 
semoga Allah izinkan saya habiskan dalam masa yang ditetapkan. 
tak sanggup nak kecewakan hati ma abah lagi. 
cukup lah diorang tanggung perit nak sara hidup saya. 
Tuhan. 
murahkan lah rezeki saya, agar senang dapat kerja selepas ini. 
maka dapatlah saya mula membantu ma abah. 
saya amat berharap diorang dapat pergi ke Tanah Suci selagi mereka masih berdaya. 
hanya pada-Mu tempat kami meminta. 


tak kiralah dimana rezeki yang Engkau tetapkan. 
kalau dekat dengan rumah, boleh duduk dengan ma abah. 
makan minum kembali terjaga oleh ma. hihihihi. 
bangun pergi kerja, insya Allah tak terlewat sebab ada ma nak jaga. 
kebajikan, kesihatan semua, abah akan ambil peduli. 
dijaga seperti anak kecil, semula. 


tapi kalau rezeki saya jauh dengan mereka. 
tak mengapa. mungkin saya harus terus belajar berdikari. 
mungkin juga, bila jauh. perasaan rindu akan sentiasa menebal. 
membuatkan saya lebih menghargai saat-saat bersama mereka. 


serahkan kepada takdir. :)

1 comment:

msredcheesecake said...

rezki kat mana pun, kalau baik terima saja....