Monday, April 30, 2012

masa sibuk yang tak akan kembali.

selamat tinggal April 2012. 
aku akan rindu pada kehadiranmu. 
walau sekali cuma, 
tapi kenangan yang aku lalui. 
tak terkira.
terima kasih. 


dalam kesibukan aku. 
berlari untuk menuju ke garisan penamat.
masih, 
aku mahu merakam sejuta kenangan. 
bersama rakan dan teman. 
yang bakal aku tinggal kan. 
tidak lama saja lagi. 
masa itu semakin hampir. 
puncak yang kami daki bersama. 
berjuang bersama, 4 tahun. 
untuk memiliki sehelai kertas itu. 


kurang dari 2 bulan. 
kita semua terpisah. 
namun semakin dekat garisan penamat itu, 
makin berliku jalan yang kita lalui. 
umpama berjalan dia atas kaca, 
merangkak di atas bara. 
semoga kita semua kuat, 
semoga usaha kita terbayar pada masanya. 
insya Allah. 




dengan izinNya, aku akan masuk ke alam yang baru. alam yang benar-benar dewasa. soon, soon enough. insya Allah. namun aku pasti, saat bergelar pelajar akan sentiasa dirindui. sentiasa. 


selamat datang Mei 2012. 
kemuncak segala tekanan yang ada. 
berikan aku kekuatan dan kesihatan yang baik Ya Allah. 
hanya padamu aku memohon. 

p/s: maaf. lately saya tak reti nak menulis seperti biasa, inilah gaya saya menulis bila kepala kosong. harap anda yang sudi baca, sudi jua mendoakan kejayaan saya. terima kasih kawan!

2 comments:

Cik Eka said...

good luck ain!
eh umur ain berapa..kang terpanggil ain je kang..hehe

ainraus said...

thank you eka! ain 23. eka? :)