Tuesday, January 10, 2012

Review: Sesuatu yang tertinggal

helo. hey. hi!
apa khabar kawan?
so, ni saya baru balik daripada wayang. 
tengok filem seram yang menampilkan pelakon yang digilai ramai,
Zahiril Adzim dengan Shera Ayub. 
juga Sara Ali. 
best jugak tengok Sara Ali ni berlakon. macam psiko pun ada. hebat dia menghayati watak. nampak natural je. tak payah dibuat-buat. 
so inilah entry untuk review pertama dalam tahun 2012. 
senang cakap, kalau nak kritik banyak-banyak,boleh sangat! sebab fresh lagi dalam otak jalan cerita nya. 
tapi sebelum post entry ni, saya tengok macam banyak komen -ve je pasal filem ni. 
macam kesian pun ada. 


tapi apa pun, memang betul. 
idea utama cerita ni dah menarik dah. kira boleh layan laa.
walaupun seram, pengarah dapat buatkan orang ketawa dalam wayang. 
mula-mula konfius jugak. 
"aku ni tengok filem seram ke apa?"
nak mula plot seram tu agak lambat la. 
boleh tahan lama juga nak tunggu gimik-gimik saya tutup muka ni kann. 


maybe lebih mudah saya cerita kan secara simple di mana silapnya. 

Mona. kena rasuk lepas tengok cermin kecik dimana suatu masa dulu bomoh tu perangkap benda halus ni dalam cermin. benda halus ni membolehkan Mona balas dendam pada budak sekolah yang selalu kacau hidup dia. tapi yang pelik, macam mana sampai boleh membunuh dengan cara yang mengerikan? huiiihhhh.
lepas tu walaupun dah menumpang dalam badan Mona, sesenang je dia keluar, masuk pulak badan orang lain?

Asyraf. budak kecik yang sangat lahhh comel. rasa nak gigit aje pipi tembam dia tuh. siap nak main Spirit of the coin sebab nak jumpa ibu ayah. alahai. kesiannyaa.sedih sekejap. tapi budak kecik ni pandai pulak berlakon bila part kena rasuk tu. tapi macam lawak lahh. tak tau kenapa.

Murni. budak-budak lain takut nak main atau berkawan dengan dia sebab ingat kan dia gila. selalu cakap sorang-sorang.sebelum habis filem ni, budak ni tak kena apa2,tak kena kacau dengan benda halus tu  sebab dia ada 'penjaga'.  err. pengarah tanak panjangkan cerita agaknya. sebab tu dia tanak pergi detail kan lagi pasal macam mana Murni boleh ada penjaga tuh.

ending filem ni paling tak boleh blahhh. setakat letak cermin besar, tak payah baca ayat apa2, tak payah buat apa2. tetiba terus benda halus tu ditangkap, masuk dalam cermin? maksudnya boleh tangkap dia dgn apa2 cermin je ke? siap lagi tu tarik sekali budak-budak ni masuk ke alam yang lain? ending dia macam tu je. dah la tak tahu benda halus tu datang dari mana sejarahnya. haishhh.
kecewa. kecewa. kecewa.


takkan nak buat sambungan pulak?
anyway, ini hanya pendapat peribadi. 

2 comments:

Azie Azman said...

ending cerita ni macam kecewa je..
huhu..azie dah lama tak tengok wayang..
tapi cerita yang ada dlm list skrg ni Sherlock Home :)
best tak cerita tu?

ainraus said...

azie. boleh tahan kecewa lahh. :(
sherlock holmes? agak bosan lah. tapi kalau bebetul minat, boleh jadi best kot. hihihihi.