Sunday, January 15, 2012

perempuan itu siapa buat lelaki?

Assalamualaikum W.B.T
selamat malam. eh, selamat petang. belum nak tidur lagi. hihihi. 
tapi dah tengah malam ni. selamat apa-apa je lah.


malam ni saya cuma nak meluahkan pendapat. 
berkisar tentang perkara yang makin menjadi kebiasaan pada zaman ini. 
dah, kenapa macam skema pulak penulisan malam ni?
lantaklah. ini je idea yang datang untuk menulis. 


Islam mengatakan kaum hawa tercipta dari tulang rusuk adam yang kiri.
mereka kaum yang lemah. perlu dilindungi. 
tapi yang kelihatannya kaum ini lah yang ditindas. 
mungkin juga kesilapan itu berpunca dari kami. Tuhan saja yang mengetahui.
takpelah. saya bukan daripada golongan cerdik pandai dalam ilmu agama. 
takut ada yang tersalah tafsir kalau saya beri pendapat lebih-lebih. jadi isu nanti, tak best pulak.


dalam kes ini. 
pernah juga saya terbaca dari blog seseorang. bercerita kisah yang lebih kurang isinya.
tapi maaf. sebab saya tak ingat siapa. jadi tak dapat lah nak kredit kan.


bila perempuan itu sudah terjatuh hati pada sang lelaki. 
cinta yang ternoda dek hasutan syaitan dan nafsu. 
terlupa akan kewujudan Tuhan yang Esa. 
menidakkan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, seorang anak, seorang wanita. 
yang dipandang hina itu, perempuan lah.
si lelaki yang telah merasai sesuatu yang bukan pada haknya?
tidak pulak menerima caci maki dan umpat keji. 
sedangkan kaum adam diberi 9 akal katanya?
juga bertanggungjawab melindungi kaum hawa?
saya biarkan anda fikirkan selebihnya.


seterusnya, bila perempuan yang mencintai lelaki. 
cintanya pulak jatuh kepada seseorang yang telah bergelar suami. 
ohh. perempuan itu dikatakan perampas. perosak kebahagiaan rumah tangga.
masyarakat, bukan kah kalau bertepuk sebelah tangan tak berbunyi?
lalu perlukah kesalahan itu diletakkan sepenuhnya di atas bahu perempuan?
si lelaki. atau kata nama lainnya, si suami. 
kau dengan gembira bersuka ria bersama yang tersayang. 
kau lupa pada anak dan isteri yang memerlukan kau?
ketika kau bersama keluarga pulak. 
tak terfikirkah apa yang diharap oleh perempuan yang kau simpan untuk keseronokan?
untuk mengambilnya menjadi yang halal, 
alasan kau tidak mahu meruntuhkan rumah tangga yang sedia ada. 
tak sanggup kehilangan isteri yang setia. 
hati perempuan itu pula? kau pijak sesuka hati. 
bila kau mahu kau belai. bila kau tak perlukannya, letak dia di tepi sebagai barang hiasan. 
mudah sungguh semuanya bagi kau. 


saya tak mahu berceloteh dengan panjang lebar. 
kerana ini cuma coretan yang tertulis atas pendapat peribadi. 
semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan kasihNya. 
insya Allah. 


err.serius betul entry saya kali ni. okbai!