Monday, January 2, 2012

merindu sahabat itu salah?

setiap daripada kita mungkin punya sahabat, teman, kawan baik. 
atau apa saja istilah yang melambangkan keakraban yang tak ternilai. 
persahabatan. 
bukan satu ikatan yang kita pinta untuk berakhir. 
apatah lagi dalam akhiran yang tidak dijangka. 


berkenalan. 
senyum. dan kemudian ketawa. 
bersuka ria dan berduka lara. 
semuanya kita lalui bersama. 
susah, atau senang. 
tetap teguh setia di sisi. 
bukan cinta sebagai kekasih. 
tapi kasih dan sayang hanya sebagai teman


bermula dengan keluar bersama teman-teman yang lain. 
berkongsi masalah . 
sama-sama saling menasihati. 
tengok wayang. main boling. keluar makan. 
assignment satu kumpulan. lab partner. 
study, walaupun masing-masing di hostel sendiri. 
mesej dan call. alam maya. 
dan suatu memori persahabatan yang tak terungkap. 
tapi. 
kita yang merancang untuk mengekalkan persahabatan itu. 
kita lupa Dia yang menentukan segalanya. 
kita terpisah. 
jasad mungkin sentiasa dekat antara satu sama lain. 
tapi tidak hati dan jiwa. 
tiada senyum, tiada patah perkataan. 


mungkin itu yang terbaik buat kau dan dia. 
cuma semoga suatu hari, dia akan sedar. 
bahawa aku tak pernah terniat, atau berniat. untuk merampas kau sebagai kekasihnya. 
semoga kau sentiasa bahagia bersamanya. 
dan jangan kau pinta untuk aku kembali bersahabat bagai dulu. 
sungguh. aku kecewa. 
tapi aku rindu. 
salahkah itu?


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN yang ke-23, teman. 
semoga kau sentiasa dalam lindunganNya.