Wednesday, January 18, 2012

dia kawan saya!

hey. hi people!
dah habis exam, macam yang disangkakan. saya kecewa sebab tak boleh perform. 
tapi apa nak buat. benda dah berlalu tak boleh nak patah balik. tawakal pada Allah je la saya mampu. 
semoga saya lulus semua subjek untuk semester 7. tiada halangan untuk saya tempuh final semester bulan 2 nanti. 
nak melegakan sedikit kekecewaan itu, saya tidur. 
nak elakkan sedih dan cemburu sebab kawan-kawan lain dating pun ye jugak. hihihihi. 
lagipun penat otak wooo. ngantok gila masa dalam exam hall.

so next, malam nya pergi lah dinner dengan cik wanie. 
dia ni bukan la kawan dari sekolah, matrikulasi atau universiti. 
tapi kitorang kenal, err. macam mana eh? 
lupa-lupa ingat lahh.
tapi sebab BF dia kawan sang pelaut yang menjadi kesayangan saya. 
kami sama-sama menanti cinta, penuh setia. 
walaupun kenal setakat dalam FB dan blog. tapi kami serasi!
boleh bercerita tentang apa saja dengan dia. dan dia sangat memahami. 
terima kasih Tuhan sebab memberi aku kawan sebaik dia. 
malam tadi bukan pertama kali kami dating, tapi dah beberapa kali. 
sebab kemesraan yang wujud dengan cepat, jadi kami tak kisah nak keluar sama-sama, lagi dan lagi!

bercerita tentang dinner tadi. 
cik wanie decide nak pergi Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru. 
okay, kepada sesiapa yang tidak tahu, NLAKB ni ada cawangan kat Dataran Pahlawan, Melaka. 
takde nya saya nak pi KL makan nasi lemak tu haa. 
hihihihi. 
tapi saya rasa biasa je, tak tahu la sedap dia kat celah mana. mungkin selera saya ni tak reti menilai kot.
nasi dia kami amik nasi lemak biasa je. RM 3.50
tapi yang penting, air dia punya cawan besar gila babe!
tak habis woiiii~
berbaloi la dengan harga air yang mahal itu. 
sila lihat gambar saya yang tak berapa comel ni haa. 
ni je entry untuk malam ni sebelum balik KL esok! yeahhuuuuuu! 

besar tak air cincau ituuuu? RM2.90 okay! paling murah kot. 


cik wanie dengan ice lemon tea. harga? lupa lah pulak. 

p.s: awak. bila kita nak dating lagi? hampir setahun dah ni. 

10 comments:

cadburrychoc said...

ohhh keciknya saya.. hihi! awak pon kawan saya juga :)

nasha sanza said...

awak bila nak dating dengan saya pulak? hehe..kidding! bestnya makan disitu...enjoy ada kawan macam tu!:)

ainraus said...

wanie. tu lah. nanti kalau ain pakai heels, nampak ain macam giant.

nasha. nanti kita dating pulak okay? :)

faiq said...

bile nk belnje aku? :)

ainraus said...

faiq. belanja? memang taklahh. ni pun makan pakai duit mak bapak.

cik helena said...

ramai cakap sedap!tapi tak pernah try..kalau nak tau sedap mesti kat sambal dia kan?

khalila ishak said...

ohhh... penah minum air kelapa gelas besar mcm tu. memg puas hati lah. hehe

Ema said...

ain, cincau tu besar gila.. share2 la :)

intan.maisarah said...

bila nak belanja saya?

ainraus said...

cik helena. sambal dia kurengg laa. so bagi i biasa2 je. ;)

khalila ishak. puas hati eh? i minum pun tak habis. hihihi. rugi je. :(

ema. kannnn? besar gila. mmg kena share aje. lepas ni. :D

intan. alahai sayang. jumpa kau ntah bila la ni haa.