Wednesday, December 19, 2012

Reminder to myself.

Hidup kita. Punya jalan yang berbeza untuk setiap individu. Sering saja kita rasa, oh. Jalan hidup dia sentiasa nampak indah. Penuh dengan senyum semata. Pandang diri kita, cuma yang kelihatan yang sedih-sedih saja.

Kadang kala mesti terdetik di hati. Alangkah bagus kalau kita dapat jalani hidup seperti dia. Saat itu, kita terlupa. Ramai lagi yang mahu merasa apa yang kita rasa.

Saya lupa. Pada bahagian masing masing, rezeki masing masing. Tak semestinya dia senyum sekarang, dia akan senyum hari esok. Tak pula saya akam muram dan suram hingga ke ahir hari. Mungki esok atau lusa, giliran saya untuk merasa gembira?

Ingatkan saya. Bahawa di atas sana ada Tuhan sebaik baik perancang. Disusun hidup kita sebaik mungkin. Berhenti merasa dengki, iri hati dan cemburu akan kehidupan mereka yg lain. Ain, belajar untuk menerima dengan redha, belajar untuk senyum terima setiap yang berlaku. Hati, mungkin saja diusik syaitan. Mengada-ngada.


P/s: aku makin keliru. Moga hati ini tetap pada sang pelaut. Walaupun setia itu tak mudah, tapi tetap tak susah. :)

Posted via DraftCraft app

Monday, December 10, 2012

Selamat belayar, semula. Sayang.

Saat ini datang lagi. Rindu akan kembali menggunung. Penantian yang akan bermula. Seperti biasa. Selamat kembali ke laut sayang. Semoga awak baik-baik saja. Selamat pergi, dan selamat kembali.



Dah lepas mengidam kenny rogers awak, johnys awak, twilight. Walaupun saya tak follow langsung siri twilight, demi tunaikan keinginan sang pelaut, saya redah jugak masuk wayang. Last- last dok tanya itu ini, siapa itu ini, kenapa macam tu macam ni. Hikhikhik. Nasib awak la sayang. Janji saya dah teman. Kan? Winkwink. ;)

Anyway, thanks for your last gift for this year. New collection of fragrance for me! Yeayyy!


And a new collection of card too! Thanks for everything dear darling. May God bless your journey.


Semoga kita berjumpa lagi, 6 bulan lepas ni. Insya Allah.

Posted via DraftCraft app

Thursday, December 6, 2012

Awak nak jadi siapa?

Jadi kanak-kanak, asyik nak bergaduh bertengkar. "Taknak kawan kau, jangan kawan dia, kawan dia tipu-tipu je." Bosan asyik dibuli. Nak cepat-cepat besar. Boleh pakai cantik-cantik. Boleh simpan rambut panjang sebab dah boleh jaga diri sendiri.


Bila dah remaja, krisis identiti. Tercari-cari arah nak tuju dalam hidup. Nak jadi macam dia ni, nak cantik macam dia tu, nak jadi cool macam orang tu, nak jadi hebat macam orang ni. Perasaan nak mencuba itu ini, nak memberontak bila tak dapat sesuatu. Tak sabar nak jadi dewasa. Boleh bebas sebebas-bebasnya.


Akhirnya sudah dewasa. Ingat hidup akan jadi lebih gembira? Tidak. Not at all! Now i know rhe hardship to start a new life. Ntah macam ibu ayah kita dulu mulakan hidup.

Jadi dewasa ternyata tidak mudah. Lagi banyak hal nak fikir. Lagi besar tanggungjawab nak pikul. Emosi makin pelbagai. Hingga suatu tahap, rasa nak menangis pun takde air mata. Jalan makin berliku. Tak ada jalan yang straight. Even highway pun punya selekoh.


So, people. Being a human is not easy, but that's so called life right? Kalau hidup ini terlalu mudah takde cabaran, takde dugaan. Mana warna warni kehidupan? Bosannya!


Maka kesimpulannya, ain. Berhenti mengeluh walaupun penat hati, penat otak, penat perasaan. Tanggung semuanya dengan tabah. Itulah corak hidup awak yang membezakan awak dgn insan lain.

Monday, November 19, 2012

merepek lagi.

perasaan apakah yang mendatang ini?
jangan hadir,
jangan menetap dalam hati ini. 
pergi, pergi sejauh yang boleh. 

jahat. kejam.
senyap-senyap rasa ini menyusup. 
tersudut tanpa disedari, tak sempat pintu hati menutup. 
tak sempat nak menepis perasaan yang aneh. 

yang pasti, perasaan ini tak seharusnya wujud. 
tidak. 
semoga secepat mungkin dapat kuusir pergi. 
akan kucuba untuk buang jauh. 

syaitan. nafsu. 
suka mengganggu hidup aku. 

p/s: i wonder what it feels. i cant write. why? what is wrong with me? :'( seriously, i miss blogging. 

Sunday, November 4, 2012

Isnin datang lagi.

selamat hari Ahad. esok isnin. Monday blues dah datang. cane?

homesick. boleh tak cakap macam tu? hihihihi. okay. sangat menggedik. umur dah 23 nak main homesick lagi payah la cik Ain oi. padahal umur 13 pun dah hidup kat asrama.

sigh. kenapa Johor ni bukan sebelah KL? boleh balik tiap2 minggu. wuwuwuwuwwu. okay. jangan minta yang bukan-bukan.

dah 2 minggu. masih lagi menyesuaikan diri hidup sendiri dekat Johor. terima kasih kepada sang pelaut sebab sudi datang sini semalam. temankan saya habiskan waktu hujung minggu la konon. marathon tengok wayang. Skyfall dan jugak Ted. hilang sikit rasa rindu rasa sedih. cewahhhhh. maafkan saya juga banyak habiskan duit awak. dominos lagi, JCo lagi. orang tengah demam memang gedik nak makan macam2. last2 bukan nya habis. okay membazir.


btw, kenapa semenjak kerja ni dah macam tak reti nak update entry? berjam-jam mengadap, still jari taktau nak menari step apa. rindunya kat dunia sebelah sini. korang rindu ain tak?

Wednesday, October 31, 2012

Tuesday, October 30, 2012

singgah sebentar update entry.

hey hi helo! Assalamualaikum!

yuhuuuu. lama gila tak update blog and blogwalking. kan kan kan? since konvo haritu, sehari lepas konvo terus mula hari pertama kerja! yooo. its not easy for me dude. nope. gila kelam-kabut hidup masa tu.

okay sebab lama dah tak menulis kan, ayat pembuka pun tunggang langgang. so, actually. isnin yang lepas merupakan hari pertama saya kerja okay. setelah sekian lama entry saya asyik kata bosan dan letih jadi penganggur. akhirnyaa.

but still, i miss home. i miss mom and dad. i miss putrajaya. i miss KL. i miss everything there. its a bit hard to starts a new life. totally new life. bukan senang nak bina tapak dalam hidup. nasib baik ada ma abah yang dah terlalu banyak berkorban. beribu habis duit diorang untuk permulaan hidup saya.

all that i can say, i wish life will be better as soon as possible. Johor, please be nice to me. Dear God, help me to help my parent for a better tomorrow.

p/s:  to all bloggers. i miss you guys.

Sunday, October 21, 2012

Its my Convocation, its my day!

Let the photos tell you the story. Okay? Senyum lebar sampai ke telinga. :D
































End of the day. Thanks beloved family, thanks dear darling, thanks friends!

Posted via DraftCraft app

Wednesday, October 17, 2012

Wordless wednesday #4

New chapter in my life is about to begin. Soon darling, soon.
Wish me luck. :)



Senyum, namun ada airmata.

Posted via DraftCraft app

Sunday, October 14, 2012

Short Date with love in Johor!

Hi korang! Selamat hari ahad! Selamat berhujung minggu. Harini saya ada kat melaka. Dari hari jumaat lagi. Menumpang kat rumah kawan-kawan yang sambung master. Kononnya excited nak amik jubah esok! Wink wink! ;)

Actually semalam saya ada interview, kat Nusajaya Johor. Jauh kan? Disebabkan kereta saya tidak berada dalam good condition untuk long distance, jadi saya telah menyusahkan sang pelaut sekali lagi suruh dia yang hantar dan teman kan. Hikhikhikhik. Thanks and sorry sayang! Hambik kau. Belum 5.30 dia dah kejut suruh mandi siap-siap. Pukul 6 pagi terus gerak. Padahal interview pukul 11. Dia punya laaa taknak gerak lambat sebab takut banyak kereta. Last-last pukul 8.30 pagi dah terpacak kat depan company tuh! Terpaksa la pusing pekan Gelang Patah untuk cari breakfast and lepak-lepak kejap.





Interview nya dekat OISB Nusajaya. Untuk position apa? Biarlah rahsia. Sebab belum tentu dapat lagi kan. Tapi lama gilaaaaaaa tu interview. Sampai 2 jam. Macam-macam soalan lah yang dia tanya. Jenuh nak jawab, jenuh nak fikir. Lepas keluar dari bilik interview, berserah je la kan. Kalau ada rezeki yang jauh dari keluarga ni, terima sajalah . Interviewer tu adalah owner business ni. So harapan tu agak menipis. Sian sang pelaut tunggu lama. Dah la penat drive jejauh. Layan game kat iPakkkk je la dia.






After dah selesai semua dalam pukul 1, saya mintak la dia bawak ke Johor Premium Outlet JPO. Teringin la pulak kan nak jejak kaki kat sana semua orang asik bercerita je. So, lepas sesat-sesat pusing-pusing highway, mintak tolong member semua, sampai la kitorang kat situ. Penat penat penat.





Tu je? Yes. Beli coklat je. Sebab tak best nak jalan- jalan. Hujan lebat sangat. :( before 3 p.m. Kitorang pun gerak balik melaka. Sang pelaut dah penat sangat. Dia nak suruh saya drive pun tak sampai hati sebab dia rasa saya pun penat. Terharruuu. :'(


That's it! Well, yes, i call it, a date. No matter what. Bye JPO! Bye Nusajaya! Bye Johor! See you when i see you. :)


Posted via DraftCraft app

Thursday, October 11, 2012

entry takde tajuk

helo! hi korang!
weeee. best la bile cite apa2 kat sini. korang sentiasa ada je naikkan semangat saya balik! sayang lahhhh korang semua kat sini! *virtual hug*

so, saya tak give up macam korang nasihatkan. semalam saya cuba nasib pergi walk-in interview kat Samsung Electronics (M) as known as SEMA kat Port Klang sana. jauh gilaaaaaaa, amik kau! pergi tak sesat. balik pulak sesat. sebab salah masuk simpang. tapi tol balik lagi murah dari tol pegi. kira okay la tuhh. hikhikhik.

anyway, sebab SEMA ni tak jangka pun yang akan datang ni ramai gilaa termasuklah golongan yang dah berpengalaman, makanya diorang tak boleh conduct proper interview. so diorang just tanya sesikit je pastu suruh amik exam. ada 2 exam. satu berkaitan dengan diri sendiri 125 soalan. rasa macam nak muntah okay baca semua tu! pastu yang yang kedua gabung math dengan apa ntahhh. yang penting math dia bukan engineering punya soalan sangat. rasanya kalau budak statistik pejam mata kot boleh jawab? dah la tak bawak kalkulator. pakai la ipong tu je. pastu siap msg sang pelaut kat umah tu tanya cana nak kira itu ini. sebab math SPM ni dah lupa laa. heheheh. nasib baik sang pelaut terer math.



kertas yang saya buat kira-kira tu adalah resume saya okay! diorang taknak pun resume so saya buat jadi kertas untuk kira-kira. 



ni saya dah nak balik. siap exam pukul 4.30 petang. 3 orang kawan ni tak stat amik exam lagi. kesian kan. 





so, tunggu dalam masa 2 minggu. kalau senyap means saya tak bagus la masa exam tu. kalau ada rezeki, ada la kannn. tunggu je lahhh. 


Tuesday, October 9, 2012

nak petik pengalaman kerja kat mana?

hey. bosan bosan bosan! stress. tekanan jiwa sungguh. balik-balik isu sama je! kalau korang boring, sila tekan pangkah kat atas belah kanan tu laju-laju!

susah la macam ni. asal cari iklan kerja kosong je, semua nak ada pengalaman bertahun-tahun. habis fresh graduate ni sapa yang nak bagi pengalaman? nak tadah dari langit? lepas tu jangan la diskriminasi gender. sikit-sikit tulis, 'MALE ONLY'. alaaa. abes female ni cane? nangis kang! tu belum masuk racist lagi. 'C****** ONLY*. hish. bertambah sedih tahu tak? sekarang dah rasa macam menyesal tak amik Mandarin sebagai subjek bahasa ke3 masa study dulu. bahasa Jepun ni taknak membantu saya langsung ke?

hish. kadang-kadang macam nak give up pun ada! okay dah berapa kali mengeluh ni? jangan kira. sebab masa tulis ni tengah emo klik iklan kerja kosong sana-sini. kat surat khabar pun sama je. boikot internet dengan surat khabar ni kang! baru tahu.

okay, pengsan*

Friday, October 5, 2012

Si Dia, milik aku. Izinkan aku simpan selamanya

Kadang kadang,
kita tak perlukan si dia yang romantik.
Tak perlu si dia yang pandai buat kejutan.
Tak perlu si dia yang bermulut manis seperti insan lain,
Menulis puisi buat sang kekasih.

Aku tak perlukan si dia yang pandai menambat hati
Seperti drama di kaca TV.
Aku tak mahu jejaka kacak yang menjadi pujaan hati wanita lain.
Aku tak mahu ditaburi wang dan benda mewah yang kononnya boleh beri kebahagiaan.

Tidak, aku tak mahu dan aku tidak perlukan semua itu.
Kalau dulu aku sering mengeluh kenapa kita sering berjauhan.
Tapi kini aku terima,
Yang aku mahu dan perlu, cuma si dia.

Dia yang tahu gerak geri dan perlakuanku tika aku dirundung sepi, didatangkan dengan masalah.
Dia yang mudah memahami bahasa jiwaku.
Dia yang tidak pernah jemu membantu aku dari segenap sudut.
Dia yang tidak pernah mengeluh akan sikap ku yang tidak-tidak.
Baran tidak bertempat mungkin, emosi tak mengira masa aku kira.
Namun dia masih di situ, setia menemani aku.
Ada ketika aku tertawa, ada tika aku berduka, tangisku, sudah sebati dalam jiwanya.

Terima kasih sayang. Semoga perasaan ini kekal ke akhirnya.

P/s: God knows what's the best for you ain. Keep believing. Do not give up. Rezeki ada di mana-mana. Bumi Allah terlalu luas.

Posted via DraftCraft app

Tuesday, October 2, 2012

China Blue; Marks and Spencer

hi awak semua. :(
kita punya mood nak update blog asik hilang je. sebab stress. kadang-kadang dah macam putus asa pun ada. dah lebih 3 bulan menganggur. keje tak dapat lagi.

okay. tipu. jumaat lepas dah pegi interview. dan dah dapat pun. semalam sepatutnya mula kerja. tapi. emmmm. cane nak cakap ehh? maybe korang kata saya ni memilih atau demand. you can say whatever you want. tapi. bukan sebab gaji. tapi sebab kerjanya shift. jauh pulak tu dari putrajaya. ma abah macam berat hati je nak bagi balik pagi-pagi buta pukul 2 ke 3 pagi. sengsorang pulak tu kan. dan ada la perkiraan yang rasanya macam tak berbaloi nak kerja kat situ. jadi sekarang, masih mengadap lappy untuk mencari peluang. doakan saya please.

anyway, entry ni sebenarnya nak detail-kan previous entry. ramai nak tau kaannnn? eceehhhh. ramai la sangat! (Floral Heritage) China Blue from Marks and Spencer ni bau dia cane ehh nak cakap? alaaa. bau macam fresh gitu laaa. dia ada set lengkap untuk setiap harumannya. aicehh ayat.

ada Deodoran, Bedak, Handwash, Shower cream, bath cream, bath essence, hand and body lotion, hand and nail cream, 3 in 1 spray (body, room and linen). tapi saya tipu sikit. actually gambar kat entry lepas tu adalah bath cream. bukan shower cream. hikhikhik. bath cream ni digunakan kalau orang yang ada bath tub tu. :P tapi sebab bath cream macam lebih kurang dgn shower cream, dan bath cream jauhhhhhh lagi berbaloi, so saya pakai bath cream tu masa mandi shower. okay. jangan gelak please. lepas tu pakai hand and body lotion, dan jugak body spray. weeeeehuuuu! sang pelaut sukaa tau bau ni. wangi!


bath cream 500ml-RM24 


hand and body lotion 250ml- RM24
body, room, linen spray 100ml- RM49



kalau korang nak try rangkaian ni boleh la pergi melawat Marks and Spencer. cawangan M&S adalah seperti di bawah:


  • The Gardens
  • One Utama
  • Sunway Pyramid
  • KLCC
  • Paradigm Mall
haaaa. selain China Blue, saya jatuh hati dengan bau Iris. okay 2 tu bau saya. jangan curi okay. pilih bau lain macam Rose, Lavender, Camelia, Magnolia. semua floral punya fragrance. 

susah sangat, korang klik je >> marks & spencer

Wednesday, September 26, 2012

wordless wednesday #3

i think im falling in love with this.


China Blue from Marks & Spencer :)

Tuesday, September 25, 2012

kerja. cepat la datang kepadaku. :(

helo geng!

puhhh. lamanya tak update blog. bajet busy je la saya ni kan. poyo! padahal masih menganggur. cehhh. takpe. sabar ain, sabar. rezeki kita Tuhan tentukan. insya Allah.

beberapa hari ni asyik keluar je. banyak cerita nak tulis kat sini. tapi asal balik je dah malam. penat, mengantuk. hari Sabtu lepas ada career fair dekat Mid Valley . 21-23 September 2012. JobStreet punya anjuran. sejujurnya, career fair ni nampak lagi menarik berbanding career fair yang saya pergi beberapa bulan lepas kat PWTC. tapi untuk yang berkaitan kos saya tak banyak. nangis!

so i decide to drop my CV dekat mana-mana booth yang ada possibilities for Electronic Engineer. lantak lahh. kalau Tuhan kata ada rezeki, ada la kan? apa nak buat. usaha, sudah. cuma tinggal doa dan tawakal je. berserah. kesat air mata.

saya nak kerja cepat sebenarnya! tak kisah la kat mana pun. tak dapat KL Selangor pun tak apa. doakan saya ehhhh koranggg?

thanks to Cik Lily yang sudi temankan saya at last minute. habis je program dia kat UKM terus saya angkut dia pegi Mid Valley. dia ni one of the blogger yang saya kenal few years back. sampai sekarang! thank God for this friendship.




free drinks from Starbucks. :)



Cik Lily yang dah stop blogging for a while. :)






Friday, September 21, 2012

merepek bab kecantikan muka

ehem. ehem.

saya nak cerita pasal cantik lagi boleh?walaupun saya ni tak lah cantik mana kannn. kehkehkeh. actually bukan pasal cantik sangat pun. nak kongsi sambil tanya korang-korang yang jelita dan hensem kat luar sana. mana tau boleh share lagi tips-tips korang yang berharga tu.

nak cakap pasal set penjagaan kulit muka ni kan. dulu masa muda-muda kan. cewahhhh. sekarang macam dah tua sangat kan?dulu saya selalu rasa kalau nak muka cantik, kena pakai 1 set lengkap. kalau tak pakai 1 set, nanti hasilnya tak mujarab. kononnya lahhh kannn. tapi makin lama, makin saya sedar. ramai jugak orang yang pakai set campur-campur. pencuci muka pakai brand lain, toner, moisturizer, serum, mask, semuanya lahhh lain-lain! tapi muka diorang nampak cantik je. but still, saya tak berani nak campur-campur lagi masa tu. konon setia gila habis la kan pakai 1 set semua.

zaman matrik dulu, pakai set AVON PT White,tahun 2007 macam tu. sebab pakai set ni la menyebabkan saya terus terdaftar sebagai wakil Avon. padahal nak pakai untuk diri sendiri je. then, suatu hari matrik takde air. bila ada je air, saya antara golongan terawal mandi which sadly, air karat yang awal-awal keluar. muka  terus jadi sensitif, bengkak dan gatal-gatal. so no more Avon punya produk after that. jenuh tau masa tu nak cari pencuci muka yang sesuai.

asyik bertukar je, sampai la suatu hari tu masa daftar kat UTeM, tengok kawan baru merangkap housemate pakai Loreal Hydrafresh kaler hijau tu, untuk kulit kering. then i decided nak pakai Loreal jugak. tapi masa tu pakai yang whitening punya. and it suits my skin. cuma masalah kulit berminyak tak berjaya diatasi. biasalah kan, kulit berminyak, senang la jerawat nak bertapak. nak dijadikan cerita, manusia mana pernah reti bersyukur? and that was me! gedik tukar pakai yang lain pulak until one day ikut kawan yang lain pulak pakai set Tia Amelia.

pergh. bila pakai set Tia Amelia ni serius! muka jadi cantik, jerawat tak naik. kulit pun makin cerah! tapi harga pun boleh tahan, then set dia kena pakai selalu which leads to situasi asyik membeli tetiap bulan sebab cepat habis. dah la kena pakai pencuci muka, toner, krim siang, foundation/bedak asas, krim pencerah (malam) dan krim kunyit (malam jugak). once saya missed pakai sekali/sehari salah satunya. habis naik jerawat balik. so agak rasa pelik disitu, so saya stop. masa tu la bermula kejadian tak diingini. hah! amek kau bahasa!

i mean, kulit jadi over-sensitif. tak boleh kena panas matahari atau berpeluh sikit, habis gatal-gatal sampai bengkak. then i regret why stop that Tia Amelia. at the same time, regret kenapa pakai produk yang macam ni. once you stop, you'll suffer. after that slow-slow i find again the one yang sesuai dgn kulit. memang ada some of it yang sesuai, but it just sesuai lahh. tak gatal or whatsoever, cuma takde perubahan. langsung. Clean &Clear, Clinelle, Eucerin, Sebamed and Neutrogena.



for last set, i used Sebamed Clear Face macam gambar Mr. Google atas ni. okay. kira ok la.masih ada tapak untuk jerawat naik. so i ikut ma pakai Neutrogena. but this time i decided to campur. tanak jadi pengguna setia kepada whole set jenama tu. and Alhamdulillah! its much more better.

so maybe betul la ada sorang salesgirl The Body Shop penah nasihatkan saya jangan pakai the whole set for facial skincare. dia tak bagi saya teruskan satu set pakai Tea Tree macam dalam gambar dari Mr. Google ni. because itu akan menyebab kan muka saya jadi lagi teruk and it is so true! memang masa pakai set ni jerawat lumba-lumba naik. belum masuk dia jadi kering gila babeng!


so now, i think. mungkin betul. campur-campur lebih baik daripada setia kepada 1 jenama? sekarang ni saya campur seperti bawah. walaupun tak lah memiliki kulit flawless, putih dan gebu, tapi jerawat dah tak berlumba-lumba nak menempel kat muka ni. semoga ini akan berterusan. insya Allah. :D



pencuci muka Neutrogena.


Scrub Muka St. Ives


Toner Oxy for oily skin



Fair and Lovely atau Cocoa Butter


face mask from Etude House




 then baru saya apply foundation kalau nak keluar lelama. last but least, saya tak pandai sangat bab kecantikan ni. but satu benda je saya boleh cakap. kulit muka setiap orang berbeza. tak semestinya dia pakai ni cantik, awak pun akan cantik bila pakai. jadi, keberanian untuk mencuba adalah penting. selain sabar untuk menunggu hasil.

okay. entry ni dah over panjang. ada ke orang nak baca? selamat malam!




Tuesday, September 18, 2012

cerita kahwin lagi. mahligai cinta #6


housemate masa 2nd year dekat UTeM dah kahwin. lagi seorang kawan dah selamat jadi isteri orang. bestnya pergi majlis orang. majlis sendiri bila lagi? ehhh? hahahaha. okay. jangan nak merepek.

kali ni pergi Melaka naik bas, lepas tu tumpang cik Puzah ni pergi wedding Jiha kat Muar. weeeee. :D rindu naik Savvy merah ni tauu. ohh ohh. rindunyaa zaman student. cewahhhh.

oh yes. rugi kitorang datang lewat. tak boleh join kengkawan yang awal tu kutip tol. hikhikhik. adat perkahwinan orang Johor katakan. :)

layan gambar je la ehh entry kali ni? jom!



puzah me ecah in the red Savvy. thank you MBR!



jambatan Muar kata mereka. :)



geng-geng UTeM termasuk bebudak kelas Jiha. 



Jiha, dah jadi isteri orang kena sopan sikit tauu. wink wink. ;)



Jojo maintain diva, suha dah bekerjaya. saya masih menganggur. great. -.-




bebudak master dan yang dah bekerja. cis.



ni pun sama. dah kerja dan sorang lagi master. cis lagi.



so kawan-kawan, budak kelas kita siapa nak kahwin dulu? :D



banner jiha. boleh pulak gambar whatsapp yang dipilih si Jiha nihh. ;) comel!




Selamat Pengantin baru Jiha dan suami. semoga bahagia ke akhirnya. :)




next. masjid Muar katanya. 


pemandu pelancong sambilan, cik Farah. hihihihi.



tuan MBR. 













okay. best jalan-jalan. rindu mereka sangat. nak tapi entry pun jadi speechless.