Tuesday, April 19, 2011

cinta jarak jauh

helo again people.

cinta? tak payah nak bagi definisi sangat lah kan?
majoriti semua orang dah tahu cinta tu apa.
usahkan kita yang dah remaja dan meningkat dewasa ni,
budak sekolah pun tahu istilah cinta.


ramai daripada kalangan kita sekarang dah pun bercinta.
mak bapak ada yang dah restu.
ada yang masih samar-samar, sebab belum kenal rapat dengan bf/gf si anak.
ada yang menegah, konon tak sama taraf.
ada yang masih tanak anak bercinta sebelum kahwin.
macam-macam ragam la kan?


saya cerita bagi golongan usia yang lebih kurang saya la sekarang ni kan.
lingkungan 20-25 tahun.
ada yang bercinta satu kolej, satu universiti, satu tempat kerja.
pergi kelas atau pergi kerja boleh jumpa.
tak payah plan nak dating tiap hari pun takpe.
sebab mmg senang sangat nak jumpa.


tapi kalau cinta jarak jauh?
sorang kat utara, sorang kat selatan.
sorang kat malaysia, sorang kat oversea.
atau mungkin dua-dua kat oversea tapi lain negara  lain benua?
dan kalau macam saya, sorang kat darat, sorang kat tengah laut?

dugaan...........................
apa yang penting?
orang selalu cakap, kita kena :
SABAR
PERCAYA
KUATKAN HATI
SETIA

tapi sabar tu ada had nya kan?
bukan saya nak kata saya tak boleh sabar nak tunggu dia balik.
cuma saya rindu amat dekat dia. nak jumpa memang dah tak boleh.
cemburu je tengok orang lain dating. tapi saya tak kisah sangat.
yang paling sedih, bila berhari-hari tak terima call atau mesej. tak tahu apa khabar berita si dia.


percaya?saya memang percaya kan dia. kenal dah lama.
saya tahu mungkin ada yang kata, orang yang dah kahwin 20 tahun pun boleh bercerai.
tapi insya Allah, kalau Tuhan panjangkan jodoh kami. walaupun hampir 10 tahun kami kenal, dia tak pernah berubah. cuma saya tidak percaya pada hati sendiri. takut kalau-kalau hati saya yang berubah sebab penat merindu. 


kuatkan hati?kadang-kadang memang saya rasa macam dah kuat.
konon sebab dah berjaya tunggu dia belayar 9 bulan.
tapi kalau cukup kuat, takkan sampai demam seminggu?
kalau kuat hati sangat, saya takkan menangis bila asik teringatkan dia.


setia? insya Allah. yang ni saya akan perjuangkan sampai akhir hubungan kami.

Mr. Love. if only you can come back here, and be just next to me always. my life would have no challenge at all. i know, we have to face this, then only we'll know how strong our love is!




Monday, April 18, 2011

amaran buat semua pemandu!

kepada semua pemandu kenderaan di Malaysia.
kita sering disuakan dengan iklan dan peringatan untuk berhati-hati di jalan raya.
jangan lupa untuk memakai tali pinggang keledar, topi keledar.
jangan bawak dengan melebihi had kelajuan yang ditetapkan.
jangan langgar lampu merah,
jangan memotong di garisan yang tidak diputuskan.
jangan jadi samseng jalan raya.
dan banyakkkkkkk lagi la kannnn?


tapi. ada lagi satu.
mungkin tak ramai yang lupa.
tapi benda ni saya memang lupa sangat!
LESEN MEMANDU!
alahai. dah expired hampir 2 minggu. 
boleh tak perasan langsung!
dengan selamba tanpa rasa bersalah,
masa lalu kat road block kat melaka.
siap angkat tangan main hai-hai dengan pakcik polis!
tak cukup dengan tu, 
balik Putrajaya dari Melaka dengan lesen yang dah mati!


Ya Allah. dah la hujan lebat amat.
keadaan boleh tahan bahaya.
mengucap panjang ma dan abah bila tahu lesen dah mati.
buatnya kalau jadi apa2?
tak pasal je insurans tanak cover langsung.


jadi sebagai peringatan, jangan lupa melawat lesen memandu dalam wallet masing-masing.
selamat memandu dan utamkan keselamatan.
doakan keselamatan saya nak balik Melaka esok! 


p/s:kalau nak buat entry pasal perfume lagi. korang bosan tak? heeeee. :D

Saturday, April 16, 2011

Givenchy Play : Justin Timberlake

helo readers.
how are you today?
dekat page twitter semua cerita pasal maharaja lawak.
tapi nak buat macam mana?
parent saya tak minat nak pasang astro dari dulu lagi.
jadi rumah ni mmg takde astro la. apatah lagi astro warna.
tunggu kat youtube je laaaa jawabnya kan?


anyway. petang tadi lepak dengan member dekat Alamanda.
Syamin dan Nadia.
kalau sesiapa rajin singgah sini, pernah la nampak gambar diorang dalam entry lepas-lepas.
maaf la sebab kali ni keluar kitorang takde snap photo.
sebab kamera pink kesayangan saya tertinggal pulak kat melaka..


so, we have nothing to do.
just teman syamin cari barang sikit. 
hadiah birthday kawan dia.
mula macam nak beli coklat, jam tangan, spek mata, and finally tengok perfume.
you guys tahu lah kan. saya suka gilaaaaaa PERFUME!
ada banyak gila perfume yang macam i tak pernah nampak.
okay, i admit. so lame!


antara yang kitorang rasa unik,
perfume yang berbentuk dumbbell.

Davidoff Champion.





unik kan?
bau dia tak sempat try pulak.
next one. 
ramai kot pencinta perfume yang dah tahu jenama Ferrari? 






but finally syamin pilih perfume yang boleh dikatakan agak baru.
botol dia sangat unik dan menarik!


Play for him by Givenchy.



siap ada play for her lagi. 
pink pulak tuu kannnn!

and now saya dah terpikat lagi.
mesti korang cakap. perfume lagi??????
yes, yes, and yes!
saya memang gila perfume. rasa macam nak buat wishlist perfume pulak.
boleh tak?
play for her ni bau dia lembut. tak keras atau kuat sangat.
dan yang paling penting. botol dia ni,
tak cantik ke????????


tapi apa nak buat?mahal gila kot! RM300++
financial tak mengizinkan.
jadi cuma dapat hadiah kecil dari syamin.






walaupun kecik. tapi okay laa.
im a perfume lover. so, tak kisah la kecik ke besar kan?
thanks darlings.
nanti lepak lagi okay? 
love you both. 

Friday, April 15, 2011

kegilaan tengah malam.

sekarang jam laptop menunjukkan pukul 1.07 minit pagi.
suasana?
boleh tahan panas la sebab kat sini tak hujan macam dekat melaka.
so bila balik rumah memang saya tak study la kan.
dah puas tengok TV, masuk bilik online lagi.
kan ke acara wajib online ni kan?
hishhh. remaja zaman sekarang. teruk betul!

anyway, ntah gila apa tadi.
masa blogwalking tersinggah pulak kat blog yang cerita pasal karak highway ni.
boleh pulak saya terlekat baca semua entry seram.
lepas tu baru teringat sekarang dah tengah malam.
boleh tahan penakut jugak saya ni.
jadi terpaksa la tukar genre bahan hiburan.

jadinya, saya layan la kat youtube.
video yang dah terlebih popular sekarang ni.
tak yang cakap video apa.
kalau bagitahu tagline ni mesti semua orang tahu kan?

TANGAN DI BAHU, MATA PANDANG KE ATAS.

dah agak dahh. semua orang dah layan cerita sentap hati mak nak tu kan?
yeah. saya memang ketinggalan sikit.
dah. saya nak sambung layan video tu biar ketawa pulak sorang2 tgh malam ni.
byeeee.

Thursday, April 14, 2011

bila memandu dalam hujan lebat.

penat.dan bosan.setiap kali drive balik mesti sorang-sorang.
nak hilang mengantuk buat apa?
pasang lagu kuat-kuat sampai nak pekak telinga.
pun tak berapa nak berkesan.
bawak laju-laju? bahaya pulak~
speed trap lagi.
*pernah ke kau slow bila ada perangkap had laju ain oi?*
hishh. utamakan keselamatan di jalan raya ye kawan-kawan.
kena cari alternatif lain. 


so hari ni perjalanan saya lain sikit.
huuuuuuu. selalu kalau perjalanan KL-MELAKA-KL,
kalau tak sangkut jamed, accident, mesti sangkut hujan lebat.
hari ni sangkut dalam hujan.
lebat gilaa pulak tu!
hishh. habis saya yang jenis mudah terkejut setiap kali guruh,kilat dan petir macam mana kalau tengah drive?
alone pulak tu.
haaaaa. 
tu la hebatnya diri saya. *cewahhhh*
kalau time drive, automatik boleh kawal perasaan terkejut dan takut tu. 
sebab tanak PERGI dalam accident. 
jadi untuk keselamatan bila kita tak nampak jalan langsung,
semua kereta pakat pasang lampu, double-signal.
tak cukup dengan tu, siap bawak 60km/j tau!
tapi ada jugak golongan yang macam kena kejar dengan hantu.
bawak macam 140km/j .
tak sayang nyawa takpelah, tapi tak kesian ke kat orang lain yang memandu penuh hati-hati.
tiba-tiba mcam air terjun menjunam kan cermin kereta.
semuanya gara-gara kau bawak macam pelesit.
*paham-paham je la kalau kereta laju sangat then langgar kawasan yang penuh air*
hishhh. suspen sekejap aku!


nasib baik dah selamat sampai rumah.
Alhamdulillah.
jadi nak buat apa sekarang? 
dah sorang2 kat rumah, apa lagi. tidur lah jom! zzzzZZZZzzzz. 

Monday, April 11, 2011

mood jiwang: please dont read.

cuma nak lepaskan perasaan.
rindu gila kat dia.
tahu la tengah laut takde line,
tapi bila ada line pun tak dapat call.
sebab dia busy.


semalam konon dia buat daily broadband daripada celcom.
yet until today, 
dia tak online lgsg.
buang je RM5 kat celcom macam tu.
haish.
sms pun takde, call lagi lah jangan harap.


love, 
i tahu i kena kuat macam mana i tunggu you 9 bulan atas kapal macam 2 tahun lepas.
tapi kali ni you kerja kapal malaysia kan?
tak pergi jauh sangat pun. 
please do call again, again, and again.


i'm sorry for asking too much.
but it's all because i love you.
and i miss you. 

Friday, April 8, 2011

Yong Tau Foo Melaka

helo semua.
ye. blog ni makin suram.
takde sapa nak baca dah.
tak tahu kenapa saya punya entry makin suram.


anyway, ni saya baru je balik makan Yong Tau Foo.
makan dekat area Pulau Gadong sana.
tak pulau sangat la kannn.
kedai tu mmg specialized in YTF je.
nice one!
ada banyak pilihan. harga pun berbaloi.
tapi sorry la saya tak snap photos the choices pulak.
ada ketam banyak jenis.
sotong, kerang, apa lagi lahhh. 
pilih lah apa saja.
macam biasa kita layann gambar aje lah yeah? 




















okay, dah jom balik. :)

Monday, April 4, 2011

Butik Queens : Ayer Keroh

hello people. 
this is my 1st entry on April.
and i hate April Fool. luckily we are getting matured, no one give me any damn on 1st April 2011. 
anyway Ain, no need to talk rubbish.
people wont read you entry as you expect. 


i have no hot stories to tell you guys since i am not a hot babe.
on the last weekend, my friend has a part time job which is handle a boutique.
*i think we can assume as yesterday and the day before yesterday.*

so, here it is my lecturer's boutique. 


dah. cukup. tak payah nak cakap omputih sangat tuan puteri oi!
awak punya English berterabur. balik la ke pangkal jalan. 
okay, 
butik ni terletak di deretan kedai KK Home Deco.
blok yang dekat area Mydin MITC yang besar tuh.
nanti korang nampak lah board yang tertulis QUEENS.


nak cakap lebih pun korang tanak baca kan? 
layan gambar je la. 


fuzah, fara dan shema belek tudung new arrival.


farah and shema jalan-jalan kejap.


i dengan fuzah mestilah join kan. 


okay. shema jaga butik, i buat kerja kejap okay?


shema tengah cari asas nak bukak butik sendiri.


err. i tertarik dengan baju ni.


ada yang berkenan tak?


sila pilih.


dress pun ada.


this is my favorite dress!


okay. sila singgah ye kalau lalu dekat Mydin MITC.


kami yang menjadi penuggu butik, jannah, shema and me!