Thursday, March 31, 2011

new perfume collection

rasa macam dah lama je tak tambah koleksi perfume kan?
kesian tak?
dah lama gila survey nak beli perfume kat Perfume Avenue.
antara yang menjadi favourite saya adalah:


FLIGHT OF FANCY by Anna Sui


FLORAL by Issey Miyake


ROCK ME SUMMER by Anna Sui

tapi malam ni, saya dan beberapa orang housemate rajin pulak pergi MITC sebab ada jualan Metrojaya.
jadi, tiba-tiba terpikat lagi dengan satu perfume. 
dan disebabkan dah lama sangat tak beli kan, encik boyfriend pun dah suruh je beli dari dulu lagi.
maka inilah koleksi terbaru saya! 



ROXY Love ; shower gel and perfume.

kenapa saya beli yang tak tersenarai dalam favourite list?
sebab yang ni murah berbanding semua dan bau dia pun sedap. hehehe.

terima kasih la kepada kawan-kawan yang sudi melayan kegilaan ini!


mereka ini housemates yang gila-gila. i love you!


kepok *afidatul nadia* dan jugak ika. 


patee dan wanie.


saya dan kepok. itu nickname dia okay. :)

so, lepas kenyang perut. kami pun pulang. tu je nak cerita. heheh. :)

p/s: encik boyfriend, saya dah beli perfume. :) i miss you and thanks!

Wednesday, March 30, 2011

Big Breakfast Mcd until 31st March 2011

good morning people!
mesti semua orang dah tahu kan pasal promosi McDonald kan?
kalau yang belum tahu, boleh sambung baca.
kalau dah lama tahu, tak payah baca kot! :)
untuk sarapan pagi.
korang beli je lah apa dengan minimum harga RM5,
lepas tu bagi kupon ni haa.


kupon tu yang kat bahagian bawah je.
korang boleh print atau fotostat je. nak jimat, amik bahagian kupon je.
esok last day!
jadi kepada sesiapa yang belum try, why not?
tak rugi kot.
one coupon per customer.
boleh je kalau 1 kupon nak kongsi dua orang. cuma perlu beli air sebab air takde.
nanti ada pulak yang tercekik. 
hehehe. 

*buat malu je. orang lain semua dah tahu. kau yang lambat ain oi*

anyway, semalam tido lambat. almost 4 a.m. lepas tu bangun pulak pukul 6.15 a.m. 
terima kasih la McD. jom sambung buat assignment?

Sunday, March 27, 2011

Fast Five Trailer



FAST FIVE

ohh. gilaa. dia main lagi dengan kereta mahal-mahal tu. *baby love, can i have one please? *
so, ada siapa2 nak belanja saya movie ni bila ditayang kan nanti?
sangat tak sabar nak tengok!

tu je nak cakap. hehehe. :)

tolong Rempit lagi ye? saya suka!

okay. seperti yang saya janji dalam 2 entry yang lepas.
saya nak cerita aktiviti Jumaat malam hari tu bersama housemate.
kan?
so.

mula-mula kami pergi la jalan-jalan Jonker Walk.
*yeah, i know you people gonna say this: "asik je pergi Jonker Walk, takde tempat lain ke kau nak pergi?"
right?*
anyway, mmg takde idea dah nak pergi mana Melaka ni.
3 tahun dah duduk sini. mana lagi nak pergi?
errr. jangan lah suruh pergi alor gajah ke, merlimau ke, gadek ke.
jauh tu sayangg oi~






ayuni yang kacak. :)


maiza the model.


next, kami pergi Pahlawan Walk pulak. dekat mana? dekat sebelah Mahkota Parade je. 
saja nak makan strawberry celup coklat. hahaha.
dah macam mengidam pun ada. 



then saya dengan ayuni yang kelaparan membawa kami ke Old Town White Coffee.
dekat atas Dataran Pahlawan.
padahal masa tu dah pukul 11.30 malam.
bukan ke itu time for supper? tapi pedulik hape kitorang kan. kata dah lapar. 





last but not least, kami redah je tengok wayang dekat MBO Melaka Mall.
movie apa? yeah. movie yang telah mengecewakan kami macam saya cerita entry lepas.
Sucker Punch *sila klik untuk membaca,walaupun  kalau skroll ke bawah pun dah jumpa. :D *
hehee.



ini lah yang jadi bila terlampau bosan+stress. :)

KENAPA TAJUK SEBUT REMPIT? SEBAB ON THE WAY BALIK SAYA TENGOK TERLALU BANYAK AKSI LAGAK NGERI LIVE! DEPAN MATA BABE DIORANG BERDIRI ATAS MOTOR. SIAP ANGKAT TAYAR DEPAN LAGI. 'SUKA GILAAAA!'
kalau nak jadi apa2, accident ke, m**i ke, tolong jangan biar depan mata saya!

thanks for the reading people!

Saturday, March 26, 2011

biar lah kau nak cakap tak cantik pun.

ini adalah entry pendek.

semalam saya ada blog walking.
macam biasalah nak baca entry blogger lain kan.
dipendekkan cerita *sebenarnya takut nak taip, takut ada yang terasa*
saya cuma nak bagitahu pada mereka yang anonymous ni.
rajin sangat nak komen kat tuan punya blog yang saya singgah tu.

cantik atau tidak bukan awak yang tentukan.
cantik tu kan subjektif.
mungkin pada awak tak cantik, tapi pada orang lain jelita.
mungkin awak kata dia tak hot, tapi pada orang lain dia ayu?

huhuhu.
itu yang selalu encik boyfriend selalu cakap pada saya tiap kali saya hilang keyakinan diri.
and it was true!

ada lagi ke lelaki yang nak sorok awek dia sebab tak cantik?
tak masuk akal~

Sucker Punch?


do you guys know about this movie?
ohh God. how come i dont even know what its all about?
and yet i was attracted to watch this????
WHY??????????????

you people out there, just dont waste your money watching this.
trust me! you wont feel it's worth it.
i paid for RM10 to only watch a movie like playing a game?
PS2? Xbox maybe?
to make it simpler, i tell you what its all about.

this girl named babydoll, was sent to a mental house by her stepfather.
and suddenly it comes to a house?cafe? or whatsoever called-place-for-orphans.
they have to dance to seduce customers. *maybe*
all the girls are own by a man named Blue. he gonna kills every single one who tried to escape.
this is all about babydoll and 4 other girls run a plan to get out of the hell. 
babydoll is the master of the plan. she's got the idea with imagination. 
and this babydoll, whenever she dance, the gaming part starts! just like in the poster.
this is where the imagination is too much!
haiyaaa. then it comes back to the place-for-orphan. 
until the end, babydoll sacrificing herself to help the only one girl who survive to escape. 
*the others were dead*
finally, this movie comes back into mental house. and please dont ask me what's all about.
BECAUSE ME EITHER DO NOT UNDERSTAND THIS MOVIE.

OKAY. MESTI KORANG PENIN BACA ENTRY KALI NI KAN?
SENANG CERITA, TAK PAYAH KOT TENGOK CERITA NI KAT WAYANG.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

p/s:sebenarnya nak cerita, malam ni saya jalan2 dengan housemate pergi jonker walk, pahlawan walk, Old Town White Coffee, dan MBO melaka mall. tapi movie ni punya bosan dah matikan mood saya. so, jumpa next entry okay?

Thursday, March 24, 2011

aku yang terlalu sempurna.

hari ni dah selesai satu subjek untuk test 2.
kalau diikutkan, memang nak je ikut cakap ma abah.
balik Putrajaya hujung minggu ni.
then hari ahad pergi melawat adik kat Bagan Datoh sempena birthday dia.
tapi apa nak buat? tuntutan sebagai seorang pelajar.
cewahh~ ayat skema.
ada test Jepun hari isnin. ada test Data and Communication Network hari selasa.
belum masuk assignment yang nak kena submit. jadi terpaksa batalkan niat nak balik rumah.

okay. enough pembuka entry yang takde kaitan dengan tajuk.

AKU YANG TERLALU SEMPURNA.


aku kan cantik. baik. bijak. pandai jaga hati orang. tak pernah nak marah kalau orang pijak kepala, mengata belakang atau buat cerita pasal aku.
aku terlalu sempurna. 
aku tak pernah moody, sentiasa tersenyum.
tak punya apa-apa masalah.
takde apa pun yang orang lain tak puas hati tentang aku.
aku lemah lembut, sopan santun dan berbudi pekerti.
pemurah, memang tak pernah berkira.
aku pun tak pernah tersa hati dengan sesiapa.

helo! kalau korang nak cari individu macam AKU tu, percayalah. memang sampai mati pun korang tak jumpa. sebab atas dunia ni memang takde siapa yang diciptakan sempurna. 
mungkin ramai antara kita yang dilahirkan sempurna fizikal, tapi perangai? sifat? kekurangan lain tetap ada.

maka, dengan siapa kita berkawan, kasih dan sayang, cuba la terima diri dia seadanya. 
kepada kawan-kawan yang ikhlas bersahabat dengan AINRAUS,
terima kasih!
sebab terima saya yang kelam kabut tak tentu pasal. *menggelabah kadang2*
terima saya yang agak lemah daya ingatan. kadang tu nak cakap apa pun boleh terlupa.
terima saya yang kadang2 agak moody bila tension.
sedih dan diam bila rindu.
emosional bila tak sihat.
busybody nak tahu pasal korang yang saya kenal. *ambil berat sebenarnya*
dan
kadang-kadang buat hidup korang serabut. 
walaupun korang rimas, terima kasih sebab masih setia jadi sahabat!
TERIMA KASIH!





gambar hiasan. :)

Saturday, March 19, 2011

saya tak sombong.

okay. here we go.
saya mengaku saya ni lemah sikit daya ingatan.
tak kira lah akademik ke, benda dalam kehidupan seharian ke.
termasuk lah manusia!
huuuuu.
orang yang saya jumpa bukan seorang dua kan?
ada lebih dari sepuluh manusia dalam ingatan minda sepanjang saya hidup.
kalau yang baru jumpa dan berkenalan dalam lebih kurang seminggu pun kadang-kadang saya lupa rupa, ingat nama.
atau mungkin ingat rupa tapi lupa nama.
atau ingatan tu datang blurrrrr je.
jadi, kalau yang saya jumpa sekejap benar tu apatah lagi kan?
memang tipis laa harapan saya nak ingat.

maka entry ni, saya ingin minta maaf kepada mereka yang agak terasa, kononnya saya cepat lupa orang.
atau mungkin dia tak terasa, cuma terdetik dalam hati dia.
"eleh.sombong betul dia ni. senyum pun taknak."
ohhhh. beribu kemaafan laa saya mintak.
takde niat pun nak sombong.
saya ni bukan nya gadis cantik yang hot, sampai nak menyombong diri.
tapi betul. memang saya agak lupa.

kesimpulan?
kepada sesiapa sahaja yang kenal ainraus ni haa.
kalau tanak tegur, senyum je kat saya!
insya Allah, kalau saya nampak awak, mesti saya senyum balik.
macam beberapa kes.
saya tak kenal mereka, tapi mereka selamba berborak dengan saya.
jadi kami lepak bersama. no matter what!
lagi satu, ada mamat ni. dia pandang saya semacam.then,saya pikir, 'aku kenal ke dia ni'.
and finally dia lambai. dan saya main lambai je la balik kan.
ok. pikir lebih lama lagi, ye. memang saya kenal.



sekian, saya gadis biasa yang tak punya apa, tak sombong. :)

Friday, March 18, 2011

The Night

okay. malam tadi.
sekali lagi saya jadi burung hantu.
berjaga tengah malam. bukan untuk stay up untuk study atau siapkan assignment.
tapi melepak dengan kawan-kawan.

ada pulak kan Cik Neddya ni boleh call lepas pukul 12 malam.

Neddya: "yangg. jom lepak?"
Princess: "lepak mana pulak ni yangg?"
Neddya: "tak tahu lah yangg. i tengah pusing2 ni."
Princess: "alahai. mana nak pergi malam2 ni?"
Neddya: "anyway, you cari num Didy ajak dia lepak sekali okay?"
Princess: "hah?mana i ada num dia? okay laa. nanti i contact u balik babe."

hah. amik kau. Didy tu satu fakulti dengan aku. boleh pulak aku tak tahu dia kelas mana.
mana nak redah cari number dia. 
finally cuba teka apa yang membantu saya? FACEBOOK la kan.
haaa. akhirnya. terjadilah plan yang tak berapa bagus pada malam tadi.
kami lepak dekat Restoran El Izzat dekat Hang Tuah.
konon ada live band. sesiapa nak karaoke free pun dipersilakan.
memang sakit telinga lah babe!


syamin and neddya


neddya and me.
*okay, i know i look messy*

okay people! teka! berapa ringgit satu gelas air tu?
RM5!
gila~ adoii. konon dia cakap kalau tak order makan, memang dapat air gelas besar. gelas besar RM5. 
can you guys imagine, horlick ais tu harganya RM5. cissss. baik aku lepak McD ke, Starbucks ke. 

next destinantion, lepak kat tepi pantai je. tak tahu pulak saya apa nama pantai tu.


encik didy dan cik neddya


again.


me and syamin


3 gadis cantik. *please jangan muntah untuk yang kat tengah2 okay*


here you go. sampai la kawan baik encik boyfriend dari KL. thanks Zuri. 


lepak kat sini jangan cakap la sejuk nya macam apa kan.
adoi.lepas tu, kami lepak pulak dekat restoran Ayub Bistro dekat MITC. kira penutup laa.
lepak sana sampai la dah nak azan. tu pun mereka rancak lagi berborak. tapi saya dah tak sanggup. huuu.
tamat lah kisah di malam hari.
sekian.huhuhu.

p/s:im sorry love but nothing to be worry about. zuri ada sekali. :)

Tuesday, March 15, 2011

LOVE : i miss the memory

do you ever believe,
love at a first sight?
i don't know.
am i fall in love you at a first sight?
no.
i'm getting know you by your name.
only then i know who are you.
yet, i don't love you.
it's just a special friendship.
people keep talking about us.
wishing, challenging.
that both of us can make it as a real relationship.


i do, admit that i'm ego.
i'd let you go.
at the same time,
i wish you knew that i keep missing you.
trying so hard to get you out of my mind.
jealousness with all the rumors.
and i'm the one who walks away.
put a distance between us.
real apart.


nevertheless, the destiny bring us back.
together get into a relationship.
which at the moment i realize,
i need you more than anyone.
i can't love others. only you.
thanks to HIM.
letting us to continue the love story.
may you and me both be blessed.
love happily aver after.

Sunday, March 13, 2011

miss you badly

huhuhu. maaf kepada semua pembaca.
mood meroyan sekejap.
sebab perasaan rindu datang menjenguk.

awak tahu tak? 
saya rasa macam nak conteng je wall FB awak sampai penuh.
tapi saya tahu awak tak boleh online kat atas kapal tu.
kadang-kadang rasa nak call awak sampai awak angkat,
tapi saya tahu awak sibuk berkerja kat tengah laut. mana nak ada line.
boleh tak saya marah sebab awak tak mesej saya berhari-hari?



how i wish you know how much i miss you?
if only i can tell you how am i really need you?
please be home as soon as possible. 
you got another 5 months to let me keep waiting. 
do not let it be longer than expected. 

Monday, March 7, 2011

friends, thanks and sorry.

dear friends.
thanks for always being with me.
thanks for listening my babbling.
thanks for your care.
and,
i'm sorry if you get tired with me.
i'm sorry if you get bored with my story.

i just cant keep it by myself.
and i admit that i need you now and forever in my life.
just like my family and love.
i wish i can make all of you happy ever after,
having me as your friends.


a girl who has nothing to be proud of except only herself. 

Thursday, March 3, 2011

Tutti Frutti vs Cool Blog

apa saya nak merepek sebanarnya ni?
takde apa pun.
cuma bila pikir balik.
bila balik KL, 
saya asik cari Tutti Frutti untuk habiskan duit.
bila duduk kat Melaka ni haaa,
asik pulak cari Cool Blog nak buang duit.


haishh.
tak boleh ke kalau tak makan dan minum semua tu cik ain oi?
awak bukan orang kaya pun. 
tutti frutti kan ke lebih kurang macam aiskrim?
*konon-konon laah*
beli je aiskrim yang murah-murah kat pasaraya.
coolblog? buat je la ice blended sendiri.
*terer sungguh. jom beli blender kejap*


kesimpulan?
entry ni saja nak ingat kan supaya saya berjimat sikit.
tak payah beli kalau rasa tak penting.
sekali sekala tu okay lah jugak kan?

Tuesday, March 1, 2011

hobi baru?

selalu budak-budak kecik je kan cerita pasal hobi.
kegemaran masa lapang ni kan?
tapi orang tua pun ada hobi jugak. 
hehehe.
hobi saya sentiasa berubah. 


>baca komik
>main game komputer
>baca majalah
>baca novel
>melayari internet
>BELA IKAN.


senarai di atas adalah antara hobi yang pernah saya miliki dulu.
sekarang? ada lagi. tapi jarang-jarang dah.
BELA IKAN? kenapa saya CAPS LOCK?
sebab saya baru je mula berjinak nak bela ikan.
tapi asyik mati pulak.
sedihhh. dan agak kecewa. 
nanti-nanti lah saya beli ikan lain.


jadi sekarang apa hobi saya?
cuba teka? hahahaha. 

lipat-lipat bintang. tapi botol kaca belum beli lagi. :(
ada sesiapa nak bagi tak?

saya agak slow sikit yeah nak buat Sudoku ni haa

kawan-kawan cakap buku saya senang. tapi saya yang berjam-jam nak siapkan. :(


word search? konon-konon nak tambah vocabulary laa.
sebab English saya makin teruk dari hari ke hari. huhuhu. :(

okay. setakat ni tu saja yang saya nak kongsi dengan kawan-kawan.
have a nice dream. night. :)