Monday, January 31, 2011

the interview for internship! :)

yeay!
guess what?
i had an interview today for my internship.
i was like. huh?
kenapa lah nak internship pun kena interview.
then a senior told me that is common.
so, i prepare for myself.
puas lah nak mencari tempat nya,
nak ingat company background lagi.
nak fikir balik apa yang aku dah belajar.
tu belum masuk pujian untuk diri sendiri pulak kan?


anyway. 
gerak pukul 12 p.m.
dengan kawan yang biasa dengan jalan area Bandar Utama tu lahh.
tapi sangkut jamed lahh pulakk. 
benci gila! dengan kereta manual pulak tuh!
aku dah la nak interview kejap lagi. boleh pulak sangkut jamed?
adoiiiii~


then 1.30 kami pun sampai.
dah la nak cari parking pun bagai nak gila.
lepas tu boleh pulak pakcik guard tu marah2 kami.
kata tak boleh masuk. sebab semua orang keluar lunch.
then melepak pulak depan IBM.
pukul 2 saya pun pergi la masuk ke Media Prima Berhad.
yeay!.
makin seram untuk interview.
dipendekkan cerita.
Mr. Simon Lee dan juga Mr. Simon Warkey yang interview saya.
interview tu agak menyenangkan hati.
tapi tak formal sgt. boleh cakap campur2 BM and English.
again?
i was shocked!
knowing that no one ever has an internship in the department of Radio Network Engineering.
moreover. im the first lady to be in!


can you imagine how excited i am?
ohh. thank God. im so glad. :D

Friday, January 28, 2011

kena saman lagi ke?????

haish. 
takde lesen memandu susah. ada lesen pun susah.
takde kereta leceh, ada kereta pun leceh. 
ni lah padahnya kalau tak beringat.
bila bawak kereta, patuhi la segala undang-undang.
beberapa tahun lepas, *cewahh. macam la lama sangat*
kena saman dengan JPJ dekat Melaka sebab tak pakai seatbelt. 
RM300.
naik mahkamah baru la kurang sikit.


azam selepas tu?
tanak lupa pakai seatbelt.
tapi kesalahan lain?
ntah laa. jangan la tiba-tiba saman sampai. 


huhuhu. hari ni balik Putrajaya.
macam biasa, memandu sendirian kan mengantuk?
jadi konon tanak lah bawah 90 km/h.
TAPI!
awal-awal masuk highway,
dah nampak khemah Polis!
alamak aii~ slow kejap.
lama sikit lepas tu,
kerata Mitsubishi Lancer?
tapi ada pelekat Polis: Peronda Lebuhraya!.
adeyhh~ slow lagi. takut kena kejar.
jalan lagi. ada apa pulak?
2 ke 3 kereta dan lori kena tahan dengan Polis kat tepi jalan!


ohoiiiii! baru la teringat. 
kan nak Chinese New Year ni!
mestilah ada Ops Sikap kan?
haiyaaa. 
matilah. semoga takde lah speed trap yang sangkut!


kepada pemandu lain,
memandu lah dengan cermat.
Ingatlah insan tersayang.
yang penting, nanti duit melayang oi kalau kena saman!

Wednesday, January 26, 2011

Latihan Industri

saya masih pening dan kusut.
asyik fikirkan tempa untuk praktikal (LI) masih tak dapat.
kawan-kawan lain dah mula dapat jawapan.
tinggal diorang nak terima atau tidak saje.
haish.
saya?
masa cuti bulan 12, Dec 2010.
dah hantar by hand.
Ericsson?takde jawapan.
MEASAT? pun takde jawapan.
baru-baru ni emel pulak pada 5 tempat.
>IC MIC
>Petronas  Carigali
>KRU studio
>Malaysian Airline System


semua pun tak dapat jawapan lagi.

CUMA SATU!
dapat emel dr HR Manager of Media Prima.
saya dipanggil untuk interview!
HAHAHAHAHAHAHA
jadi?

saya sangat nervous yeah.
harap sangat dapat buat yang terbaik masa interview nanti.
semoga murah rezeki saya dapat internship dekat Media Prima.
dan dapat elaun!
hehehehe.

bila interview?
biarlah rahsia~

Monday, January 24, 2011

dah namanya pun student kan?

dah nama pun student kan?
biasalah tu bila rasa malas.
bukan setakat malas nak study,
buat assignment,
nak update blog pun malas?
memang hampeh la kau ain!


hahaha. maaf lah ye.
bukan saya sengaja tanak update blog.
tapi sebab takde cerita menarik nak dikongsi.
weekdays macam biasa,
pergi kelas.
balik kelas.
online.
eh? tak buat assignment ke? tak study ke?
kata kan pemalas dari tadi.
okay betul!
saya bukan calon isteri yang baik.
maaf~


dah merepek meraban pulak kan.
ini cuma nak kongsi aktiviti weekend hari tu.
macam biasa, muzium dah masuk. 
jadi hari tu saya dating dekat istana melaka!
wahhh! gila hebat kan?
hahahaha. 
biarlah gambar bercerita.





alamak.
lupa pulak. bateri kamera habis. 
ni je yang cantik  untuk dipapar kan.

hahaha. anyway.
thanks to kakak dan abang!
i love you. 

Monday, January 17, 2011

bila bosan di Melaka

weekend?
apa nak buat? bosan lah kan.
lepak rumah sewa je boleng pengsan otak saya.
nak tengok wayang? nak main boling? nak karaoke?
semua pakai duit.
sekarang ni zaman jimat-cermat.
*cewahhh*
jadi, untuk menghilang kan kebosanan tahap cipan saya pada hujung minggu.
saya berjalan dengan encik boyfriend lahh.
ohh. gila. 
melaka? mana lagi nak pergi?
ADAAA LAGI TEMPAT YANG SAYA BELUM PERGI TAU!


parking kereta dekat depan menara Taming Sari. 
*tapi tak naik pun*





jalan-jalan dekat belakang Dataran Pahlawan. 
tapi tak naik lah kubu yang ada meriam tu. 
maklum lah. hujung minggu, ramai gila orang.


sambil jalan, sambil bergambar lah kan.
acara wajib. hehehe.


okay. cuba teka ni dekat mana?
haaa. konon nya dekat Stadhuys tu lahh. 



lintas jalan sikit, sampai lah cendol Jam Besar.
so, saja nak merasa lahh kan. 
kami ada cendol dan ABC!



then, tiba-tiba hujan lah pulak kan.
tak tahu macam mana nak balik ke Dataran Pahlwan,
kami pun masuk lah Muzium tu.
pameran apa eh namanya?
maaf! lupa pulak.
















okay. dah jom balik ke Dataran Pahlawan. :)


lepak Klebang kecil kejap.
sebelum hujan lagi. :(


jambatan ke Masjid Selat.


ambil angin petang. 


okay. encik Boyfriend jumpa kawan-kawan dia kejap sebelum kami semua pergi dinner!

habislah hujung minggu saya.
sekian.

Saturday, January 15, 2011

anak ikan mama!

kawan-kawan!
siapa ingat entry saya tentang nak bela ikan?
yeay! finally saya dah ada ikan!
teka lah ikan apa?
heeeeee~
ikan Guppy je. :)
saya ada 4 ekor. sila jenguk kecomelan mereka yeah.







sila abaikan background yeah.

tu je nak cerita dalam entry ni.
kalau ada rezeki,
saya beli ikan emas pulak yeah.
semoga anak-anak ni panjang umur!

Cadbury: Black Forest

siapa suka coklat?
yeah! saya gila suka sangat coklat!
any of the chocolate will be okay. trust me!
boleh habis dalam sekelip mata. :)
entry ni saja je. teringat kisah cinta lama.
eh.eh. boyfriend tetap sama okay.
cerita je cerita lama.
masa ulang tahun kelahiran saya yang ke-15.
form 3 lah tu kan?
saya tak sangka pulak dapat hadiah dari si dia!
sebab tengah dingin la zaman tu.
ececece. malu pulak nak bukak kisah lama.

dah malam dah ni.
dah nak habis kelas Prep pun. (preparation class).
kemas-kemas buku nak balik hostel, eh tak. pergi DS (dewan selera) dulu. nak makan.
hehe. tiba-tiba classmate saya, En. Fazril dan En. Hariz datang.
"weh. happy birthday. ni hadiah dari syuwari"

ohhh. coklat cadbury!
BLACK FOREST


okay. tipulah kalau yang diberi macam di atas. ni bungkusan baru kan.

so, dalam hati rasa macam nak menjerit lah kan! happy gila!
"dia ingat birthday aku woi!"
tapi kat luar cover lahh dulu.
"yeke? emm. terima kasih la kat dia eh"
cepat-cepat balik bilik!
tak jadi pegi makan oii~
happy sangat masa tu. 
dah la dia masih ingat tentang aku, bagi coklat pulak!
*okay betul, masa zaman sekolah lagi saya dah gatal. thank you*

so, from that moment, saya panggil coklat cadbury Black Forest apa tau?
COKLAT ROMANTIK. 
heheheh. 
I Love You Afiq Syuwari!
dah dekat 9 tahun kita kenal.
semoga Allah panjangkan umur dan jodoh kita.


p/s: kenapa saya taip entry ni? sebab sekarang dah pukul 12.45 p.m. 
means? saya dah bersiap untuk keluar dating 2 jam. tapi Si Dia masih belum bangun tidur? terima kasih. 

Thursday, January 13, 2011

Season of the witch


semalam saya dah tengok movie ini.
yea, encik boyfriend yang beriya nak sangat tengok cerita ni.
minat sangat! huh!
okay, panggung tu tak penuh pun.
so, macam curiga jugak lah. best ke macam orang hebohkan di Facebook?
kalau menarik, best gila, kenapa tak ramai pun kat panggung?
pulak tu hari Rabu. kan ke murah?
lupakan situasi di atas.

kat dalam panggung yang agak lengang tu,
saya pun mencari mood untuk menghayati.
sebab encik boyfriend cakap cerita ni macam slow sikit perkembangan dia.
tak sampai separuh jalan cerita,
2 ORANG MANUSIA keluar meninggalkan panggung wayang tersebut. (-.-)

apa lahh. dah bayar kan,
tengok aje lahh sampai habis.
mentang-mentang lah hari Rabu murah.

tapi akhirnya.
cerita tu OKAY je.
TAK BOSAN pun.
tak paham betul saya.
mungkin diorang yang rasa cerita ni bosan,
bukan dari mereka yang minat aksi dan corak filem macam ni.

anyway. saya sedih. sebab ending nya tak disangka.
ohh. 


gambar tiada kaitan dengan entry.
sekian. :)

Monday, January 10, 2011

Tiada apa

ermm.
entry ni takde apa pun.
cuma saya yang pelik.
readers blog ni macam ramai.
tapi kenapa follower saya tak bertambah?

ohh. dah semakin bosan ke blog saya?
sedih~

Saturday, January 8, 2011

A double date in Melaka

zaman sekolah seronok untuk dikenang semula.
banyak betul kenangan pahit manis yang saya rindu. 
cinta hati saya pun bermula di sekolah.
perkenalan yang agak tak logik dek akal.
hanya sebab nama dia unik?
Afiq Syuwari.
okay. semoga panjang la jodoh kami.

tu cerita dulu.
sekarang dia dah nak mula bekerja.
jadi sebelum dia belayar,
En. Zarul Afizi nak sangat jumpa dan lepak dengan En. Afiq.


maka datang lah si zarul bersama kekasih hati nya, Cik Tira.
 you both are great! thanks for coming.
but then, kami berdua bukan lah tour guide yang bagus.
kami tak tahu nak bawa anda kemana.

ini je lahh yang mampu kami bawa anda pusing-pusing.


Melaka International Bowling Center



kedai makan D'Nangka






Jonker Walk. 



Dataran Pahlawan for Midnight movie: Gulliver's Travels.



Lepak di Klebang 



Jusco Bandaraya Melaka




dan akhirnya, Pantai Klebang.


thanks for the moment.
may the friendship remains forever. 







Friday, January 7, 2011

saya terpaksa cintakan awak.

cinta sepatutnya tak boleh dipaksa.
tapi saya terpaksa merelakan hati untuk mencintai awak.
walaupun hati ini memberontak ingin menjauh dari awak buat selamanya kalau boleh.
tapi apa lah daya saya?
sampai bila kita akan terperangkap dalam cinta yang entah apa akan buatkan saya bahagia?
percayalah.
bila sampai suatu saat nanti,
saya akan tinggalkan awak.

ohh ELECTROMAGNETIC!
last semester saya sayang awak untuk lulus subjek Electromagnetic.
semester ni jodoh kita masih ada. 
kita jumpa pulah dalam subjek Advanced Electromagnetic.
kenapalah begini pulak jadinya?

cewahhh*
gedik tak?
apa-apa pun,
saya cuma harap saya akan dapat result yang lebih baik untuk semester ini.
doakan saya ye kawan-kawan?

Monday, January 3, 2011

kelas bahasa Jepun

adoii.
hari ni hari pertama semester 6.
kan entry dulu saya cerita saya pilih bahasa Jepun.
okay. malam tadi kelas pertama.
ingat nak ringan je la pembelajarannya.
mana lah tahu Sensei ni semangat nak mengajar?

aduhh. berpeluh nak menulis dan membunyikan.
padahal baru Hiragana Chart je.
cara nak menulis pun saya main redah je.
doakan lah otak saya tak pengsan belajar Jepun sepanjang semester ni ye kawan-kawan.

kepada sesiapa yang dah expert, boleh la beri idea pada saya.
how to study this japanese language?

Sunday, January 2, 2011

31st December 2010

yeah.
entry dah terlewat benar.
HAPPY BIRTHDAY ABAH!
ulang tahun lahir abah pada 28 Dec yang lepas.
tapi kami sambut lewat sedikit.
2 kali kami sambut.
yang pertama antara kami ahli keluarga ma, abah, abang, saya dan adik.
setakat makan KFC dan Secret Recipe je.
abah nampak gembira walaupun terlewat sehari.

kemudian.
sehari sebelum habis tahun 2010,
adalah hari kami sekeluarga menghabiskan masa bersama.
cewahhh. ayat nak sebak*
tapi memang sebak lahh.
sebab lepas tu ma dan abah kena tinggal berdua seperti biasa.
semua dah balik tempat belajar masing-masing.
malam nya, kami sambut lagi hari lahir abah dengan saudara-mara pulak.
tapi tak lah besar-besaran. sebab tokwe tengah sakit.
cuma kek 2 biji dan mee hun goreng.

dan hadiah daripada ma kepada abah.



amacam balutan nya?
saya lah yang balut. :)
hadiah nya apa?
seutas jam tangan ALBA.

semoga abah bahagia selalu dan dimurahkan rezeki.
I love you more than everything.