Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu?

helo pencinta novel. helo pencinta filem Melayu. 
sebelum anda teruskan bacaan dalam entry ni, 
kepada sesiapa yang belum tengok Ombak Rindu, 
atau obses dengan filem Ombak Rindu. 
lebih baik anda keluar daripada page ini. 
takut entry ini akan mengecewakan anda.
tapi, walau apa pun. ini hanya lah pendapat peribadi saya. 
sama macam pendapat saya untuk filem lain. 
*senyum*

Ombak Rindu.

novelnya penuh dengan babak yang menyentuh perasaan. 
sedih, terharu. gembira. 
macam-maca emosi yang penulis, Fauziah Ashari bawakan untuk kita selami. 
perasaan takut dan trauma yang dialami Izzah, 
perasan berbelah bahagi antara cinta dan harta dalam diri Harris. 
kisah cinta Myla Amylia, Harris dan Izzah. 
sengketa, angkuh, ego Dato Sufiah. 
semua nya bersatu bila kita menyelami isi penceritaan yang disampaikan. 

filem?
bagi saya, andai kata anda peminta tegar novel ini, 
anda akan hafal setiap plot yang ada. 
sayangnya dalam filem ini, 
watak yang diubah karakternya. 
ibu saudara izzah tidak membenci izzah seperti dalam novel;
perkara pertama yang telah memotong emosi. maksud saya, hilang kosentrasi. 
keluarga tiri harris?;
tiada dalam penceritaan langsung. 
ya, mungkin untuk memendekkan cerita. 
kawan sekampung izzah, Mail? ;
tiba-tiba menjadi salah satu watak yang agak penting dan banyak pulak kemunculannya?
ya. adalah alasan tersendiri. 

benar, mungkin ada diantara anda yang berkata;
"alah. biasalah tu nak ubah sikit jadi filem. takkan nak ikut 100% cerita novel kan. "
bagi saya, kami yang jatuh cinta pada cerita Ombak Rindu berdasarkan novel, 
akan rasa kecewa bila filem itu disampaikan agak berbeza dengan cerita asal. 
tapi, semoga industri filem Malaysia akan terus maju. 


malas nak komen lebih-lebih. 
sebab saya bukan seorang yang pakar. 
hanya melontar pendapat peribadi. 
selamat menonton! 

No comments: