Wednesday, August 24, 2011

Suasana itu, di zaman dulu.

kurang dari seminggu, 
bulan Ramadhan yang penuh keberkatan akan tinggalkan kita. 
datang pulak bulan Syawal yang penuh kemeriahan.
tapi. suasana Hari Raya masih kurang dirasai.
tak macam tahun yang lepas-lepas.
zaman seangkatan saya yang dulu di alam budak-budak.

main bunga api.
mercun walaupun tak kuat bunyinya macam bom.
tapi tetap mendatangkan suasana Raya yang bakal tiba.
sampai ada mercun yang kejar saya masuk dalam kain baju kurung!
tu laa. balik dari mengaji terus kejar nak main bunga api dengan mercun.
tak reti dah nak tukar baju dulu.
lagu raya masing-masing nak pasang kat radio sendiri.
konon dia je laahh ada radio.

lepas baju raya siap. asyik je lah tengok.
tak sabar nak pakai!
tu belum masuk asyik cuba try pakai kasut raya!
agaknya masa tu takut kot, bila hari raya nanti tiba-tiba dah tak muat?!
tak cukup baju kurung, kasut raya. mintak lagi jeans, tshirt, gaun. 
beraya sakan habis laaa habis kan duit mak bapak!
nasib baik masa tu ma berduit. dapat la merasa pakai KIKO, KIKI LALA.
ntah apa jenama lagi masa tu. 
beg raya pun nak jugak tuh! 
memang tak menahannnnn la time nak beraya!
huhh. kesian kat parent.

tapi tu semua suasana dalam 12 tahun yang lepas.
sekarang?
baju raya beli sebab nak tambah koleksi baju kurung dan baju kebaya. 
takde la excited sangat nak pakai. 
sebab tahu dahhh. semangat time pagi raya je. petang raya semua dah tertidur. siap pakai baju compang-camping je.
beg raya? tak payah nak havoc sangat. selalunya pakai apa yg ada je.
kasut raya? terpaksa beli sebab kasut yang dah ada habis lenjan pakai sehari-hari. 
bunga api? mercun? lupakan je lahhhh.

sekarang ni pun. seminggu lagi nak raya. 
1 family tak shopping apa2 lagi. 
bila ntah nak membeli-belah. tak tahu laa.
agaknya, kemeriahan Raya yang pernah ada tu.
akan wujud dalam kenangan je kan?

Selamat Berpuasa di hujung-hujung bulan mulia, Bulan Ramadhan. 
semoga kita dipanjangkan umur untuk berpuasa lagi di tahun depan.

2 comments:

msredcheesecake said...

Persiapan raya msred baru 15 %. Kalau dulu lagi bape hari nak raya ni semua dah setel....kurang meriah?ermmmm

Selamat hari raya maaf zahir batin

ainraus said...

selamat hari raya jugak! :)