Monday, January 17, 2011

bila bosan di Melaka

weekend?
apa nak buat? bosan lah kan.
lepak rumah sewa je boleng pengsan otak saya.
nak tengok wayang? nak main boling? nak karaoke?
semua pakai duit.
sekarang ni zaman jimat-cermat.
*cewahhh*
jadi, untuk menghilang kan kebosanan tahap cipan saya pada hujung minggu.
saya berjalan dengan encik boyfriend lahh.
ohh. gila. 
melaka? mana lagi nak pergi?
ADAAA LAGI TEMPAT YANG SAYA BELUM PERGI TAU!


parking kereta dekat depan menara Taming Sari. 
*tapi tak naik pun*





jalan-jalan dekat belakang Dataran Pahlawan. 
tapi tak naik lah kubu yang ada meriam tu. 
maklum lah. hujung minggu, ramai gila orang.


sambil jalan, sambil bergambar lah kan.
acara wajib. hehehe.


okay. cuba teka ni dekat mana?
haaa. konon nya dekat Stadhuys tu lahh. 



lintas jalan sikit, sampai lah cendol Jam Besar.
so, saja nak merasa lahh kan. 
kami ada cendol dan ABC!



then, tiba-tiba hujan lah pulak kan.
tak tahu macam mana nak balik ke Dataran Pahlwan,
kami pun masuk lah Muzium tu.
pameran apa eh namanya?
maaf! lupa pulak.
















okay. dah jom balik ke Dataran Pahlawan. :)


lepak Klebang kecil kejap.
sebelum hujan lagi. :(


jambatan ke Masjid Selat.


ambil angin petang. 


okay. encik Boyfriend jumpa kawan-kawan dia kejap sebelum kami semua pergi dinner!

habislah hujung minggu saya.
sekian.

2 comments:

Nasuha Salleh said...

dating kt muzium..
unik! hehe

My Recent Post: Lenguh Sana Sini dan Ucapan Raya

ainraus said...

heheh. tu sebab hujan tu. :)