Friday, December 3, 2010

Andai Itu Takdirnya; Cinta Kau dan Aku

apa agaknya yang saya ingin merepek dalam entry ni?
tidak. bukan mahu merepek.
tapi mahu berkongsi tentang hobi yang tidak asing lagi.


bagi pencinta novel,
saya percaya. anda mesti tahu apakah tajuk entry ni.
kedua buah novel ini adalah hasil penulisan Siti Rosmizah.
Andai Itu Takdirnya
novel ni pernah hangat diperkatakan oleh pembaca setia novel di Malaysia.
sampai kan housemate saya sanggup kirim pada saya untuk beli di KL.
alasannya stok di Perak dan Melaka dah habis.
hebat betul penangan nya.
maka saya pun teringin nak tengok.
sehebat mana novel yang diperkatakan?


lantas saya pun pinjam lah dari kawan.
*sebab saya tak pernah beli novel. manjang pinjam dekat orang je*
tak sempat saya baca, kawan lain dah rembat. 
dia bukan peminat novel. tapi cuma tertarik dengan novel tu.
sebab terlalu ramai orang bercerita.
dan dia pun setuju. novel itu sangat seronok.
akhirnya sepanjang saya baca novel Andai Itu Takdirnya,
banyak airmata saya keluar rupanya.
penulisannya betul-betul menarik saya masuk ke dalam dunia tu.
kalau anda nak tahu sinopsisnya atau nak baca novel, boleh pergi ke Mr. Google yeah.


dan baru hari ni,
saya selesai baca sebuah lagi hasil penulisan Siti Rosmizah.
Cinta Kau dan Aku.
percayalah. masih bagus lagi garapan beliau.
saya gelak dan gelak dan gelak.
tidak kurang juga menangis dan menangis dan menangis lagi.
tidak kecewa saya baca novel beliau.


kepada peminat dan pencinta novel yang lain.
apa pendapat anda tentang dua buah novel ni?
semoga Siti Rosmizah berjaya dalam bidangnya. 

6 comments:

aisya said...

andai itu takdirnya memang sgt best.. xboleh berhenti menangis.. =p

ainraus said...

kan. huhu. cuba lah baca cerita kau dan aku pulak. :)

☆aDihAys☆ said...

penah bace andai itu takdirnya tp cerita kau dan aku xbace pn lg..

ainraus said...

yeke. mungkin cerita kau dan aku tak sepopular andai itu takdirnya kot.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

byk novel yg best2 kn? smpai fifiey tak terbaca dh. but my friends boleh hbiskan baca dlm msa 1 hari novel yg tebal tuu. so superb laah. haha

ainraus said...

hehehe. kalau cerita tu menarik, i pun boleh habiskan in 1 day. :)