Tuesday, November 30, 2010

Adat Perkahwinan Negeri Johor.

pada tarikh 27 & 28 Nov. 2010 yang lepas,
saya dan keluarga telah pergi ke JB bagi menghadiri majlis perkawinan sepupu saya.
*cewahh. ayat nak macam tulis karangan pulak kan*
senang cerita, wedding abg saiful anak bongsu maklong saya,
pengantin perempuan nya pun anak johor jugak.
jadi wedding kedua belah pengantin ni berlangsung pada sabtu dan ahad tu jugaklah.
pada hari sabtu,
kami rombongan pihak lelaki pergi ke rumah perempuan la kan.


lagi sekali saya tengok adat orang Johor yang tiada pada negeri lain.
TOL.
tau tak apa tu?
huhu. 
banyak betul pengantin lelaki kena bayar tol sebelum dapat naik pelamin.
sebelum masuk kawasan rumah,
*means jauh lagi daripada khemah tempat orang makan*
dah kena tol.
nak masuk pagar rumah, tol lagi.
nak masuk pintu rumah, tol lagi.
nak naik pelamin, tol lagi.
nak duduk kat pelamin, lagi la mahal tol nya.
haiyaaa...
nasib baik tak jadi macam wedding abg zaki.
sampai habis duit tol.
siap kena mintak dekat maklong.
huhuh.


tol ni cuma adat kan?
jadi.tak boleh ke buat ala kadar je?
bukan apa.
kami ni rombongan lelaki dah berpanas terik.
siap berpeluh tengik. bau macam2. 
*tapi tetap wangi tau*
kena pulak dekat setiap tol tu bukan seorang je yang jaga.
 ada yang berdua, ada yang berlima.
huiyoo. siap boleh kata tak cukup. tak cukup. tak cukup.
silap2 tak naik pelamin oii.


adat melayu memang tak boleh dilupakan.
cuma biar lah bertempat kan.


apa pun, jangan lah ada yang tersa baca entry ni.
saya cuma meluahkan pendapat.
maaf andai terkasar bahasa ye. :)

3 comments:

m!da BucHuxX said...

hehe.waa.tapi tue la yg buat meriah majlis kan.:))

PRINCESS... said...

yeah. meriah jugak. :)

Mohd Hanif said...

Unik adat kahwin orang johor, siap ada tol tu.