Monday, October 11, 2010

tragedi 10.10.10

ramai yang menanti tarikh keramat ni.
bagi saya,tiada apa yang istimewa.
mungkin tiada kenangan.
tapi sangkaan saya meleset.

ketika ingin pulang ke Melaka,
saya agak hairan.
kenapa lah banyak pulak kereta atas highway minggu ni.
tiba2 saya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di tengah2 lebuhraya ke simpang ampat.

rupa-rupanya satu kemalangan yang agak ngeri bagi saya telah berlaku.
sebuah bas dari haluan bertentangan,
terbabas ke haluan saya sehingga merempuh lalu terbalik di atas beberapa buah kereta.
antara kereta yang terlibat termasuklah Myvi dan Honda.
sebuah bas yang lain juga terbabas.
saya kurang pasti jumlah sebenar kereta yang terlibat.
namun, terdapat sejumlah mangsa yang mati di tempat kejadian.
mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital berhampiran.
kesesakan berlaku di kedua-dua arah.

setelah 3 jam tersangkut,
saya akhirnya berjaya melepasi tempat kejadian.
alhamdulillah.
ada hikmah nya bila saya terlewat bertolak dari rumah.
kepada Mu aku bersyukur.
takziah kepada keluarga yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

MAAF,SAYA SEORANG YANG TIDAK KUAT SEMANGAT.
TIADA GAMBAR KEJADIAN YANG SAYA RAKAM.

No comments: