Thursday, December 30, 2010

a minute at Old Town White Coffee

after so long tak jumpa my bestfriend, Hafizati.
i miss you!
selain atie, jumpa jugak adik kesayangan, Haniza.
okay. atie dengan aniz ni dua-dua kawan saya di Pasir Salak.
kami borak dan gelak macam dunia ni takde siapa selain kami.
*cewahhhh*

kami jumpa dekat area Bangi je. sebab atie ada kelas pukul 4.
memang tak puas lahh jumpa sekejap macam tu.
tapi nak buat macam mana kan?
lain kali jumpa lah lagi.
sempat amik gambar sekeping dua je.
huhuhu. sedih.


haniz


atie and me


me and haniz

so, after makan dan minum dan borak dan gelak.
hantar mereka pulang ke UKM. 
sempat lalu beberapa kilang electronic.
okay, bila saya nak hantar resume untuk internship?

A Gift from a Blogger Friend: adihays :)

fuhhh.fuhhh. tiup sikit.
dah bersawang,berhabuk ntah apa lagi la kotoran yang dah melekat dekat blog ni.
lama sangat saya tinggalkan kawan-kawan dekat sini.
maaf ye semua.
cewahhhh* ayat nak gedik. 

seminggu yang lepas saya tak sihat.
jadi banyak lah entry yang tertangguh. 
ni semua gara-gara keracunan makanan dan demam.
tiba-tiba rasa sejuk menggigil macam nak demam. 
tengah-tengah malam terbangun muntahkan segala isi perut.
*eeuuwww. yeks. geli*
ntah macam mana boleh kena. 
haishh. dah nasib badannnn. apa nak buat?
doktor nak bagi injection. berlagak!
konon nak makan ubat je.
sudahnya? diri sendiri yang merana. 
menyesal~

anyway, entry ni adalah khas untuk miss adihays
beliau sangat murah hati untuk berikan saya sedikit hadiah.
sempena saya ni follower dia yang ke berapa eh?
maaf! saya tak ingat.~
SO SORRY DEAR FRIEND.

apa yang telah dikirim oleh beliau untuk saya?
jeng jeng jeng~


masa 1st time tengok. tertanya-tanya siapa pulak pos kat aku ni?


rupa-rupanya ada barang kecil yang comel. pink lagi~ suka!


comel tak? thank you cik adihays! i love pink~


terus saya letak dekat pendrive saya yang cute ni. amcam? comel tak macam tuan dia?HAHA


jadi, terima kasih banyak ye!
siapa lagi nak pos hadiah untuk saya?
cepat mintak alamat.

hehehee~

Tuesday, December 21, 2010

ALAM 103rd Convocation.

pada tanggal 18 Disember 2010.
encik boyfriend telah pun menerima Diploma in Marine Engineering dengan rasminya.
ohh. cemburu gila okay!
kami sebaya, tapi dia bakal bekerja.
saya masih terkontang-kanting nak abiskan Degree.

setinggi ucapan tahniah saya ucapkan kepada beliau.
*cewahh*
beliau telah konvo di Akademi Laut Malaysia, Melaka.
selama 2 tahun belajar di ALAM Terengganu, hampir setahun praktikal yakni 9 bulan di atas kapal.
akhirnya usaha dan pengorbanan hidup macam dalam penjara dekat ALAM tu dah terbayar.
again dear darling, Congratulation!





ohh. agak bergaya dia hari konvo. HAHA.
gambar kami berdua, tak boleh nak upload sgtt lahh. sebab blurr.
sedih je kan?



ni je yang mampu saya paparkan. cewahhh. :)

apa2 pun, tahniah kepada Afiq Syuwari dan kawan-kawannya.
terima kasih kepada kawan lain yang sudi hadir pada hari konvo dia.
sangat terharu itu mamat. :))


Thursday, December 16, 2010

ais krim potong: kacang merah

hey.hey!
siapa suka makan aiskrim?
yeah. i love ice-cream!
tak kiralahh apa jenis aiskrim pun.
vanila, coklat, keladi, durian, jagung, segala nya lahhh. 
suka gilaaa!


jangan sebut lah Baskin Robbin ke, Haagen Daz ke.
yang tu kompen lah kan gila punya sukaa!
cuma, tak mampu lahh nak makan selalu2.
seminggu sekali pun tak. 
sedihhh pulak. 


anyway.
entry ni nak bagitau je.
hari ni saya makan aiskrim potong perisa kacang merah!.
weeee~



cemburu tak?
hehehe.
bosan sangat.
plan nak keluar teman kawan survey tempat training kat KL tak jadi.
so, after doing house chores,
saja gedik nak makan aiskrim ni.

ehem2. maggi pun macam sedap je.
sejak cuti semester ni tak makan pun lagi. 
err. siapa mahu maggi??

i love you stalker :)

thank you for being a stalker.
i love you
no one cares about me like you do.
*except my family and boyfriend of course*
no one love to see all of my photos,
one by one.
no one really read all my posts.
when you keep talking about me,
means you know everything about me and my life then.

rumors do spreads fast.
but the truth will show itself one day.

p/s: sorry kepada pembaca dan kawan2.
emosi ntah apa2 pulak entry kali ni.

Sunday, December 12, 2010

ikan laga atau ikan guppy pengganti boyfriend?

hai semua!
lama gila kan saya takde entry baru?
bukan lahh busy. im doing nothing until i have no story to share with you guys.
what a boring holiday without money.
dah nak habis semester break baru lah nak terpacak iklan part time.
haishhh. rugi tau!


anyway,
my love dah nak konvo nanti. 

insya Allah.
dia akan konvo pada 18 Disember 2010
Diploma in Marine Engineering, di Akademi Laut Malaysia.
means what? he's going to start working next year.
ohh. saya akan ditinggalkan lagi buat jangka waktu yang panjang.
bila dia naik kapal, susah nak berkomunikasi lah kan?

jadi.
ini antara sebab nya. saya nak bela ikan!
ikan apa?
saya masih berfikir
nak bela ikan emas ke, ikan laga ke, atau ikan guppy?
ada sesiapa boleh cerita sikit?
saya pilih 3 ikan ni sebab senang nak jaga. 
tak perlu pump dan boleh simpan dalam balang je.



maklum lahh. baru nak belajar kan.
sekurang-kurang nya saya ada ikan untuk dipelihara,
tadelah otak ni asek nak pikir pasal dia je kan?
huhuhu. ada tanggungjawab lain. nak jaga ikan bukan senang tau.
so, what do you think guys?


Sunday, December 5, 2010

kepada follower/pelawat saya

emm. cewahh.
macam nak cakap apa je kan?
sebenarnya cuma nak pesan,
kalau sesiapa add saya di FB,
tinggalkan pesan ye. anda jumpa saya di blog.

atau kepada yang tenagh tunggu saya approve dari tahun lepas,
masih saya tak approve lagi.
boleh tak mesej saya beritahu anda jumpa saya di blog?

maaf kalau ada komuniti kat sini yang terasa.
tak ada niat pun nak biarkan friend request tu berkampung kat situ.
mari kita berkenalan yeah!

Friday, December 3, 2010

Andai Itu Takdirnya; Cinta Kau dan Aku

apa agaknya yang saya ingin merepek dalam entry ni?
tidak. bukan mahu merepek.
tapi mahu berkongsi tentang hobi yang tidak asing lagi.


bagi pencinta novel,
saya percaya. anda mesti tahu apakah tajuk entry ni.
kedua buah novel ini adalah hasil penulisan Siti Rosmizah.
Andai Itu Takdirnya
novel ni pernah hangat diperkatakan oleh pembaca setia novel di Malaysia.
sampai kan housemate saya sanggup kirim pada saya untuk beli di KL.
alasannya stok di Perak dan Melaka dah habis.
hebat betul penangan nya.
maka saya pun teringin nak tengok.
sehebat mana novel yang diperkatakan?


lantas saya pun pinjam lah dari kawan.
*sebab saya tak pernah beli novel. manjang pinjam dekat orang je*
tak sempat saya baca, kawan lain dah rembat. 
dia bukan peminat novel. tapi cuma tertarik dengan novel tu.
sebab terlalu ramai orang bercerita.
dan dia pun setuju. novel itu sangat seronok.
akhirnya sepanjang saya baca novel Andai Itu Takdirnya,
banyak airmata saya keluar rupanya.
penulisannya betul-betul menarik saya masuk ke dalam dunia tu.
kalau anda nak tahu sinopsisnya atau nak baca novel, boleh pergi ke Mr. Google yeah.


dan baru hari ni,
saya selesai baca sebuah lagi hasil penulisan Siti Rosmizah.
Cinta Kau dan Aku.
percayalah. masih bagus lagi garapan beliau.
saya gelak dan gelak dan gelak.
tidak kurang juga menangis dan menangis dan menangis lagi.
tidak kecewa saya baca novel beliau.


kepada peminat dan pencinta novel yang lain.
apa pendapat anda tentang dua buah novel ni?
semoga Siti Rosmizah berjaya dalam bidangnya. 

Thursday, December 2, 2010

Rapunzel

hai!
dah lama kan saya tak tulis entry tentang review Movie yang saya dah tengok?
agak terlambat untuk Rapuzel ni.
ditayang kan pada 25 Nov. 2010.
saya tengok bersama encik Afiq dan 2 orang adik lelaki dia.
percaya tak?huhu.
sebenarnya rancang nak tengok cerita Ngangkung. 



tapi sebab showtime terdekat dah penuh. showtime seterusnya agak lewat.
disebabkan saya bawak dua orang kanak-kanak, 
maka tak elok pulak kalau balik lewat kan.
dipendekkan cerita, saya angkut mereka tengok kartun perempuan.
RAPUNZEL
*terpaksa, tapi mereka rela*



cerita ni comel. seronok.
boleh gelak-gelak.
dah la banyak budak kecik.
tapi yang saya kurang minat, MUSICAL lahh sikit.
haish. macam movie The Princess and The Frog.



banyak menyanyi buat saya agak bosan. 
tapi ada yang minat kan?
jadi, keseluruhannya okay. :))

JADI, BILA SAYA BOLEH TENGOK NGANGKUNG?
anyone! nak belanja?????

Wednesday, December 1, 2010

Cerita Kasut Tumit Tinggi.

haha,
ini bukannya apa.
sekadar cerita tentang saya dan high heel.
sedari kecik, saya agak keras.
suka bermain sukan dan berseluar.
saya tak rasa saya agak kelelakian pun masa kecik.
tapi ma saya yang cakap macam tu.
arwah nenek pernah tegur, cuba lah pakai skirt. jangan nak duduk pakai seluar aje.
huhu. siksa jugak pakai skirt bila balik kampung jumpa nenek.

beranjak umur 13 tahun, masuk asrama.
saya dah biasa pakai baju kurung ke sana sini.
tapi, KASUT TETAP TUMIT RATA.*flat heel*
time raya, ma desak suruh belajar pakai high heel.
tapi degil.masih tak mahu.
dah selesa dgn flat heel.
sampai saya tamat sekolah, masuk matrik.
saya masih setia dengan flat heel.

bila dah belajar dekat U, baru terfikir.
sampai bila saya nak dress up simple macam ni?
memang lah boyfriend tak kisah.
tapi dalam hati dia?
tu belum masuk orang sekeliling yang kata adik lagi matang dari kakak.
adik lagi bergaya dari kakak.
ohh. stress tau kadang!

bermula raya tahun ni, 2010.
saya nekad. *cewahh.ayat nak poyo kan*
nak belajar pakai high heel dan bergaya lebih sikit. *konon la kann*
mula nya ma langsung tak percaya.
sebab puas dia dan adik paksa saya tetap tanak.
tapi saya beli jugak!!!!!!!!!!

AKHIRNYA.
saya dah ada high heel!
my first high heel!


TOLONG ABAIKAN KASUT SUKAN DI SEBELAH!

nak kata saya terer pakai high heel tak lahh.
tapi lepas suatu kejadian,
dimana keadaan memaksa saya berlari pakai high heel.
percayalah! saya tak terpelicok walau sedikit pun!
*terpelicok? boleh tak anda buat2 paham? *



hahah.
tapi, saya pakai high heel kadang2 je.
sebab saya tahu. high heel punya keburukan nya pada kaum perempuan.

okay lahh. sekadar ingin berkongsi kisah. thank youu. :)

Tag from Puteri Hati :)

it has been such a long time since i was being tag into this by a pretty lady named Syue.
sorry darling.
i've been busy with study week and Final Exam.
and now only i have plenty of time to answer your tag. :)
i have to write 25 random things about me. 
*could it be more less?*
here it is for you, Puteri Hati

1. i am a girl with a dimple.

2. i have an elder brother with one year older than me, and a litle sister who is going to take her SPM next year.

3. i love pink color. my friends sometimes tired with crazy into pink thingy.  *sorry for making your eyes a bit blurr*

4. i am chocs-lover!

5. i can never play any musical instruments.

6. i love watching movies or drama, less on sad story line. *its because i hate crying in front of people watching the same thing*

7. my mom is kelantanese who used to stay in KL since she was kid. my dad is from N9,yet i can eat spicy food. * stomach ache*

8. i am still learning to use make up and heels. *please do teach me*

9. i am not an up-to-date person in fashion.

10. my hair is not straight yet not curly.

11. a bit sensitive, ego and emotional

12. i am not so into korean or japanese. *including movies and dramas*

13. i'd been met an accident when i was not even born yet. *thank God that im still alive*

14. i hate vegetables

15. i hate waiting

16. i'm so jealous with any pretty girl with light skinned. *but im still grateful since i was born perfectly.*

17. cant wait to finish my degree in electronic. *i cant get a good result in this field*

18. i've known my boyfriend since we were in form 1. but seriously be together after SPM.

19. i had been study at those place:
*MGS Brieckfield, KL
*SRA Sri Pantai, KL
*SK Putrajaya
*MRSM Kuala Klawang, N9
*MRSM Pasir Salak, Perak
*Kolej Matrikulasi Pahang
*UTeM Melaka

20. i love to write poems.

21. i love shopping

22. i have a car with Manual Gear. *i wish to have an Auto one just in case i'm stuck in the jamed*

23. i love to know wen people in life

24. i hate to be alone

25. i am not a brave type of person.

thank you. to be honest, i have no idea to complete this task. so tired of thinking. HAHA.
i will tell the person who ganne be tag by me after this. :)

Tuesday, November 30, 2010

Follower ke-100

thank you kepada semua follower yang sudi baca entry dari blog saya.
akhirnya genap jugak 100 follower. :)
sesungguhnya penulisan saya lebih cenderung kepada perihal kehidupan saya.
maaf la kalau tak dapat membantu anda semua dalam menambah apa-apa info.

and special thanks to my 100th follower that is:
puan elly
hot mama and a wife.
semoga bahagia selalu bersama keluarga tersayang.

kepada pembaca lain.
senyum selalu. :)

Adat Perkahwinan Negeri Johor.

pada tarikh 27 & 28 Nov. 2010 yang lepas,
saya dan keluarga telah pergi ke JB bagi menghadiri majlis perkawinan sepupu saya.
*cewahh. ayat nak macam tulis karangan pulak kan*
senang cerita, wedding abg saiful anak bongsu maklong saya,
pengantin perempuan nya pun anak johor jugak.
jadi wedding kedua belah pengantin ni berlangsung pada sabtu dan ahad tu jugaklah.
pada hari sabtu,
kami rombongan pihak lelaki pergi ke rumah perempuan la kan.


lagi sekali saya tengok adat orang Johor yang tiada pada negeri lain.
TOL.
tau tak apa tu?
huhu. 
banyak betul pengantin lelaki kena bayar tol sebelum dapat naik pelamin.
sebelum masuk kawasan rumah,
*means jauh lagi daripada khemah tempat orang makan*
dah kena tol.
nak masuk pagar rumah, tol lagi.
nak masuk pintu rumah, tol lagi.
nak naik pelamin, tol lagi.
nak duduk kat pelamin, lagi la mahal tol nya.
haiyaaa...
nasib baik tak jadi macam wedding abg zaki.
sampai habis duit tol.
siap kena mintak dekat maklong.
huhuh.


tol ni cuma adat kan?
jadi.tak boleh ke buat ala kadar je?
bukan apa.
kami ni rombongan lelaki dah berpanas terik.
siap berpeluh tengik. bau macam2. 
*tapi tetap wangi tau*
kena pulak dekat setiap tol tu bukan seorang je yang jaga.
 ada yang berdua, ada yang berlima.
huiyoo. siap boleh kata tak cukup. tak cukup. tak cukup.
silap2 tak naik pelamin oii.


adat melayu memang tak boleh dilupakan.
cuma biar lah bertempat kan.


apa pun, jangan lah ada yang tersa baca entry ni.
saya cuma meluahkan pendapat.
maaf andai terkasar bahasa ye. :)

Thursday, November 25, 2010

Jalan-jalan Melaka.

lepas Final Exam,
malam itu saya jalan-jalan pusing melaka.
*pusing melaka lah sangat kan*
dengan kekeringan duit dan minyak.
jadi saya cuma makan di McD Melaka Mall bersama yang tersayang.




setelah kenyang perut, 
kami berjalan pulak ke stesen River Cruise.
cewahhh/ tapi tak naik pun.
*mahal la*
cuma bergambar je.



last but not least,
kami lepak dan berbual di dataran MBMB sahaja. :)



*okay,betul. selipar tu mencacatkan pemandangan. maaf. *

sekian. :)
selamat bercuti.

Tuesday, November 23, 2010

Final Exam is Over!

okay. sorry lama tiada new entry.
ini kerana konon nya saya fokus kepada peperiksaan akhir.
huhuhu.
akhirnya dah selesai.
tapi hati masih berkecamuk.
sebab tak dapat buat yang terbaik.
padan muka saya.

tapi masih tak boleh pulang.
sebab ada Taklimat LI (latihan industri) pulak.
sabar ye wahai hati.

terima kasih kepada semua pembaca. :)
cewah. macam la ada yang membaca.
mood perasan seorang diri.
selamat bercuti semua.

kepada yang SPM & STPM,
semoga berjaya.

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

malam ni malam raya. :(
dah masuk hari raya sebenarnya pun.
2.13 pagi.
Salam Aidiladha semua!


tahun ni, saya tak balik ke rumah untuk berhari raya.
selain jimat minyak dan tol,
ada alasan yang lebih kukuh untuk hal ini.
peperiksaan yang berderet lepas raya.
membuatkan ramai pelajar UTeM sanggup beraya di rumah sewa dan hostel masing-masing.


ohhh. takbir raya itu sungguh syahdu.
selalu nya sebak di pagi raya sebab teringat arwah yang dah tiada.
tapi malam ni sebab sebab teringat Family di KL yang beraya tanpa saya disisi.
CEWAAhHH~

saya mahu nasi dagang tokwe.
saya mahu rendang ma.
saya rindu semua.

ohhh.
kuatlahh hati~
selamat hari raya. :)

Friday, November 12, 2010

Its been awhile

hari ini.
mood saya ntah ke mana.
ke laut agaknya.
bosan,bila pegang nota pening dan mengantuk.
letak nota ke tepi.
tak tahu pulak nak buat apa.
tiba perasaan nak edit blog ni datang.
saja. nak tukar pemandangan.
so,how was it? better?

next,
tiba-tiba tangan ni rajin nak tengok post lama-lama.
antara entry yang terawal saya post bila mula berjinak dengan dunia blog.
HAHAHAHAAHHA.
tu je yang mampu saya luah kan.
macam budak sekolah baru kenal dunia. :P
tapi,
kenapa dulu entry saya lebih seronok berbanding sekarang?
dan saat-saat yang gembira je saya ceritakan.
sekarang dah tiada momen bahagia ke?
mungkin ke sebab dulu punya entry banyak gambar?
tidak jugak.
hidup makin mencabar.
dan kita semakin matang.

okay. abaikan entry ni.
sebab saya pun taktahu apa yang saya carut kan.
sekian. ayuh! study. :(

Thursday, November 11, 2010

Unstoppable

okay.
Unstoppable



movie ni tak membosankan.
saya suka.
tak rugi kot tonton movie ni.
tak menyesal macam Adele : Rise of the Mummy



walau apapun, fokus tak boleh lari daripada Final exam. 

Monday, November 8, 2010

Final Exam Schedule

my first paper starts on Wednesday.

10 November 2010 - Technical Communication 2
19 November 2010 - Communication Principle
20 November 2010 - Engineering Management
22 November 2010 - Numerical Method
22 November 2010 - Electronic Telecommunication
23 November 2010 - Electromagnetic

okay.the climax will be after RAYA. thank you. :(

Friday, November 5, 2010

Jualan Gudang Metrojaya MITC

okay.
semalam 4 November 2010.
bermula nya Jualan Gudang Metrojaya sehingga 7 Nov.
banyak pakaian untuk lelaki dan wanita juga untuk kanak-kanak.
ada juga barang perhiasan dapur dan perkakas rumah.
tapi itu semua saya tak peduli.
baju atau blouse atau dress pun saya tak tertarik.
saya cuma mahukan ini!

ANNA SUI




ROXY



tapi saya tahu.banyak lagi nak pakai duit.
lagipun harganya masih lebih RM100 walaupun jualan gudang.
okayy.hentikan angan-angan. 


Wednesday, November 3, 2010

Minyak Wangi

emm.
hobi kumpul minyak wangi tak pelik kan.
cuma perlukan duit yang agak banyak.
kadang-kadang boleh dikategorikan sebagai membazir.
tapi kenapalah minat yang ini jugak datang kepada saya?
Ma tadelah cakap dia melarang.
cuma biar kena pada tempatnya.

dalam beberapa ketika ini, 
ada beberapa minyak wangi je yang saya ada koleksi.
tu pun banyak yang dah habis.
AVON dan The Body Shop.
itu je yang saya mampu.



Vanilla Soft Musk - AVON



yellow : Ice Sheer Luscious - AVON
pink : Wish of Love - AVON



Neroli Jasmin - The Body Shop



red : Chymara -The Body Shop
white/pink : Japanese Cherry Blossom - The Body Shop
blue : Aqua Lily - The Body Shop

above all, some of my favorite are Neroli Jasmin and Japanese Cherry Blossom.
i just love these two. 



Sunday, October 17, 2010

10 things i hate about you


I hate the way you talk to me,

and the way you cut your hair.

I hate the way you drive my car,

I hate it when you stare.

I hate your big dumb combat boots

and the way you read my mind.

I hate you so much it makes me sick,

it even makes me rhyme.

I hate the way you're always right,

I hate it when you lie.

I hate it when you make me laugh,

even worse when you make me cry.

I hate it when you're not around,

and the fact that you didn't call.

But mostly I hate the way I don;t hate you,

not even close,
not even a little bit,
not even at all. 

i love you

Monday, October 11, 2010

tragedi 10.10.10

ramai yang menanti tarikh keramat ni.
bagi saya,tiada apa yang istimewa.
mungkin tiada kenangan.
tapi sangkaan saya meleset.

ketika ingin pulang ke Melaka,
saya agak hairan.
kenapa lah banyak pulak kereta atas highway minggu ni.
tiba2 saya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di tengah2 lebuhraya ke simpang ampat.

rupa-rupanya satu kemalangan yang agak ngeri bagi saya telah berlaku.
sebuah bas dari haluan bertentangan,
terbabas ke haluan saya sehingga merempuh lalu terbalik di atas beberapa buah kereta.
antara kereta yang terlibat termasuklah Myvi dan Honda.
sebuah bas yang lain juga terbabas.
saya kurang pasti jumlah sebenar kereta yang terlibat.
namun, terdapat sejumlah mangsa yang mati di tempat kejadian.
mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital berhampiran.
kesesakan berlaku di kedua-dua arah.

setelah 3 jam tersangkut,
saya akhirnya berjaya melepasi tempat kejadian.
alhamdulillah.
ada hikmah nya bila saya terlewat bertolak dari rumah.
kepada Mu aku bersyukur.
takziah kepada keluarga yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

MAAF,SAYA SEORANG YANG TIDAK KUAT SEMANGAT.
TIADA GAMBAR KEJADIAN YANG SAYA RAKAM.

Sunday, October 10, 2010

kembali ke sekolah.

10.10.2010
tarikh di atas cantik.
tapi lagi cantik kalau
20.10.2010 kan?
haha.berangan la nak nikah tarikh tuh.
belajar pun tak habis lagi.
okay.berhenti berangan.
kejap lagi dah kena balik ke melaka.
tempat menimba ilmu.
yeah.
siapkan mental dan emosi untuk siapkan assignment yang tertunggak
dan bersedia untuk test 2 yang bakal menjelma.
belum masuk final lagi?
haish.
nasib nasib.

Tuesday, September 21, 2010

Milo dah mati :(

okay...hari ini 21 September...
kelas habis dalam pukul 1...
sampai je rumah...
kawan sebilik saya: Ain Atiqa...
macam biasa...die jenguk dari tingkap bilik kitorang..
mengadap ke dapur luar...
tempat die letak sangkar arnab die...
tetiba die kata..
"eh..jangan kata Milo dah mati?"
kami pun bergegas lari ke sana...
dan....














Milo dah pun mati...tanpa kami ketahui punca nya dan ketika nya..
sedih....kawan saya menangis....
pasangan Milo pun nampak diam je..










Oscar kini sendiri.... tiada lagi Milo untuk temani hari nya...
huhu....kucing Ain Atiqa pun nampak muram...












suasana sunyi....
haish....
namun..yang hidup perlu diteruskan...

banyak lagi assignment & test!
mari berusaha yeah...

Tuesday, September 14, 2010

betul ke perempuan macam ni?

A store that sells husbands has just opened in New York City , where any woman may go to choose a husband. Among the instructions at the entrance is a description of how the store operates. You may visit the store ONLY ONCE!!!

You may choose any man from a particular floor, or you may choose to go up a floor, but you cannot go back down except to exit the Building! So, a woman goes to the Husband Store to find a husband…

On the first floor the sign on the door reads:

Floor 1 - These men have jobs and love the Lord.

The second floor sign reads:

Floor 2 - These men have jobs, love the Lord, and love kids.

The third floor sign reads:

Floor 3 - These men have jobs, love the Lord, love kids, and are extremely good looking..

"Wow," she thinks, but feels compelled to keep going.

She goes to the fourth floor and sign reads:

Floor 4 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead good looking and help with the housework.

"Oh, mercy me!" she exclaims, "I can hardly stand it!"
Still, she goes to the fifth floor and sign reads:

Floor 5 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead gorgeous, help with the housework, and have a strong romantic streak.

She is so tempted to stay, but she goes to the sixth floor and the sign reads:

Floor 6 - You are visitor 4,363,012 to this floor. There are no men on this floor. This floor exists solely as proof that women are impossible to please.

Thank you for shopping at the Husband Store. Watch your step as you exit the building, and have a nice day!

Thursday, September 2, 2010

syurgamu Ramadan!

drama ni terbaik!
kalau minggu lepas minggu menangis....
minggu ni minggu ketawa.. :P
tapi yang paling penting...
saya tak sabar tunggu kesudahan cerita ni...

love!

Sunday, August 1, 2010

gembira!

thanx love for this...!

much love for you...


Wednesday, July 28, 2010

haritu birthday saya!

25 JULAI 2010
i am already 21 now!
getting older means bigger responsibility....
haish....
my birthday this year...
i gain new experience with my adik2 from SM Vokasional Kluang!
thanx guys....nice memory...
pengalaman yg saya percaya...
none of the facis will forget!
trust me!
mungkin kisah nye bermula dgn sakit hati,menyampah dan dendam...
tapi akhir kisah nye..
saya percaya...masing2 tersentuh dgn apa yang terjadi....

forget the memory for a sec...
these are some present that given by my friends!










from above; bestfriend Teh Chee Kang and Ain Atiqa...followed by adik2 SMV Kluang...

yg tiada gambar;
>> kek dr housemate:lilly..maiza...wanie...pati...kepok...dibah...yuni..iqa..love you!
>>kek Secret Recipe from qeela..thanx!

waiting for my Love and Famliy!

Tuesday, July 13, 2010

new semester is so hard!

huh...
ni semua EAC punye pasal...
abes semua sistem akademik kene rombak...
haiyaaa.....
study...study...study....
all is theory now!

nway....
talking about new semester...
me and my housemate a.k.a my roomate...
wish to be in new appearance...!
hahahha..baru la sgtt kan....
padahal just azam nak pakai baju kurung je....
hihihihi...
tatau la macam mane kan...
semoga berjaya la kami...
TAPI.....
itu bukan bermakna kami tak pakai jeans lgsg utk ke kelas...
cume bykkan berbaju kurung je....
heee~~~

Monday, July 12, 2010

hidup saya di rumah sewa!

okay...tak dapat cerita panjang...
sebab internet tiada...
jadi peminjam sahaja...
ini lah bilik saya di rumah sewa...
sedih!!!!!!!!!!!!

ALMARI KAIN & TIADA KATIL



























ohhh..tidak pernah terlintas hidupku begini....
namun kuteruskan jua....
hohoohoho....
bile la nak pasang internet ni kannn...?
so u guys...please do miss me okay...
much love for you!